Suamiku Jatuh Dari Langit Rahsia Pikat Lelaki

Suamiku Jatuh Dari Langit Rahsia Pikat Lelaki. Itu tajuk telefilem yang keluar baru-baru ini. Saya bukan nak ulas panjang tentang filem tersebut memandangkan itu hanyalah filem komedi semata-mata. Dalam dunia realitinya memang tak akan adalah suami yang jatuh dari langit sebab bunyi pun macam tak masuk akal. Yang ada cuma doa yang kepada Allah SWT untuk mendapatkan suami yang soleh dan beriman. 

suami jatuh dari langit dan rahsia pikat lelaki

Pastinya tak masuk akal kalau seseorang wanita itu mengharapkan suami yang jatuh dari langit. Pendek kata wanita tak boleh bertepuk sebelah tangan tanpa berusaha. Tak salah untuk perigi cari timba tapi biarlah kena caranya.

Suami Jatuh Dari Langit Dan Rahsia Pikat Lelaki

Wanita biasanya ada pilihan hati masing-masing, dah jumpa lelaki idaman cuma yang menghalangnya adalah sifat pemalu mereka. Wanita memang dah normal dengan sifat pemalu. Ya, wanita memang sinonim dengan sifat lemah-lembut dan pemalu. TUHAN sudah memberikan sifat itu sebagai fitrah kepada seorang perempuan.
  • Namun, adalah SALAH jika membiarkan sifat pemalu itu menghalang kita membuat kebaikan.
  • Lagilah SALAH jika sifat pemalu itu menjadi penghalang wanita membina ‘masjid’ bersama lelaki yang beriman dan diseganinya.
  • Malah, bertambah-tambah salah jika malu itu menyekat usaha kita menambah iman dan menyempurnakan taqwa dengan perkahwinan.
 
Justeru, malu itu biarlah bertempat. Ilmu dan cara urus diri fizikal dan rohani itu perlu, supaya lebih cepat membina cinta bersama si hensem yang diidami. Islam itu rahmat. Islam itu fitrah. Tidak sesekali Islam itu menghalangi seorang wanita untuk memiliki lelaki idaman. Sedangkan Khadijah sendiri pun melamar Nabi Muhammad SAW walaupun usia mereka besar bezanya. Malah mereka hidup dengan gembira dan bahagia. Apa yang anda perlukan kini, hanyalah ilmu yang tepat, praktikal dan tips yang berguna dalam ‘memburu’ si dia jejaka teruna yang beriman.

Lain pula jadinya kalau wanita itu terlalu memburu cinta lelaki.. Kerana yang menjadi dosa dan salahnya, adalah si wanita menjual maruah sebelum ke gerbang perkahwinan. Dara seorang wanita itu tinggi di sisi agama, tidak patut diberi ‘rasa’ kepada sebarang lelaki sedangkan status belum bernikah.

Oleh itu, wanita harus berhati-hati. Bukannya terlalu mempercayakan lelaki atas alasan cinta sejati. Wanita perlu tahu menjaga diri, jika tidak mahu membinasa diri sendiri.

TUHAN memerhati anda wahai wanita...
Adab. Akhlak. Sikap. Ketiga-tiga ini dalam ruang lingkup yang sama. Elemen ini penting bagi mengelak murka Ilahi, terutamanya dalam bab memikat si lelaki. Jika nak memohon kepada TUHAN untuk mencari lelaki beriman, doa dipohon itu perlu beradab. Beradab terhadap TUHAN, dan beradab kepada manusia lain. Biarlah ia dalam ruang lingkup syariat yang TUHAN masih merahmati. Bercinta dan mencari cinta biarlah dalam redha TUHAN, supaya akhirnya pernikahan itu membawa nyaman dan tenteram. Bukannya ribut dan taufan!

Ilmu Pikat Lelaki Itu Rahsia Yang Luas … yang lelaki sendiri tidak pernah sedari!

Benar. Dasar seorang Islam itu Al-Quran dan As-Sunnah. Di dalamnya terkandung pelbagai rahsia langit dan bumi.Begitulah juga dengan ilmu mengenal lelaki dan cara memikat tanpa melanggar syariat itu masih luas. Walaupun ia tidak sehebat rahsia khazanah kitab Al-Quran, namun TUHAN telah menjadikan rahsia itu banyak di sebalik seorang manusia bernama lelaki.

Bagaimanakah ilmu untuk memikat lelaki?

Sebagai wanita, tiada salahnya mencari lelaki, berbanding menunggu lamaran lelaki semata-mata. Kadangkala lelaki itu tidak perasan akan kewujudan anda, bukannya kerana tidak mahu. Oleh sebab itu, dalam ebook ini, saya akan ‘basuh’ minda dan akal anda agar anda menjadi wanita yang lebih berani. Anda (wanita) perlu berani mulai hari ini. Berani yang saya maksudkan adalah:
  • Bukan berani melakukan maksiat, tetapi berani menampilkan diri dengan kesederhanaan.
  • Bukan berani yang memberahikan si lelaki, tetapi berani yang menarik hati lelaki untuk menikahi.

Bercakap untuk berani itu senang. Tetapi melakukan itu payah. Jadi, saya harap anda boleh berani (pada tempatnya) selepas membaca karya terbaru saya ini. Hayatilah dan saya harap keberanian itu akan ‘menghidupkan’ dirimu yang ‘tidur’ sebelum ini.

Oleh itu sebagai seorang wanita, janganlah malu melampau dan menyekat fitrah anda. Jangan pula terlebih mengejar cinta lelaki sehingga anda terjerumus dalam maksiat. Gunakan saluran yang betul dan jangan mengharapkan bakal suami mu itu jatuh dari langit. Baca lebih banyak panduan memikat lelaki yang betul.

Ikhtiarlah dengan sebaik-baik ikhtiar. Tak salah perigi mencari timba asalkan kena pada caranya. Tiada salahnya ilmu sebegini. Ianya bukan mentera sihir atau jampi si bomoh khurafat. Tetapi ianya berdasarkan pengalaman, bermatlamatkan pengabdian TUHAN dan beramalkan ilmu manusia. Malah, sebenarnya rahsia-rahsia ini lelaki sendiri tidak pernah sedar. Ia bukanlah kelemahan nyata, melainkan sifat tersendiri lelaki yang boleh ‘dimanipulasi’ oleh wanita dengan cara baik & berhemah, bukan menindas atau membuat jahat.

Oleh sebab itu, saya selalu berpesan agar sentiasa melihat ke depan. Maju mencari ilmu tambahan dan kemahiran kemanusiaan. Sikap tidak mahu mencari ilmu dan menganggap ilmu itu sesuatu yang biasa-biasa, adalah sikap yang perlu dijauhi. Sedangkan Nabi berpesan untuk berjaya dunia akhirat pun perlukan ilmu, siapakah kita untuk menafikan ‘kuasa’ ilmu dalam mentadbir manusia dan membawa hasil kebaikan di dunia.

Dapatkan Ilmu Berguna Memikat Lelaki Idaman --> Picit Disini

Apa yang terkandung dalam panduan ini sangat padat, malah 7 Titik Rangsangan Lelaki , Teknik Manipulasi Psikologi Lelaki dan Banyak Lagi Rahsia Lelaki turut didedahkan dalam panduan ini.


Dapatkan segera --> Ebook Pikat Lelaki Idaman


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
August 08, 2015 5:46 AM delete

untuk kebaikan..kena buang perasaan malu tu skit..hehe

Reply
avatar
August 09, 2015 7:28 AM delete

Jangan malu-malu melampau lagi ye.. :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia