Rasa Nak Bertukar Ke Umobile Power Prepaid

Rasa Nak Bertukar Ke Umobile Power Prepaid. Sejak tengok iklan Umobile Power Prepaid (Free 1GB/Month) rasa macam dah terpikat la plak. Sebelum ini saya guna Maxis Free Basic Internet tapi sekarang dah ada unlimited kuota la plak dah. Kalau dulu asalkan sim kad tu ada tempoh sah (validity) selagi tu anda boleh surf internet. Tak payah beli pass dan on je mobile data. Kredit pun tak kena telan.

Plan Terbaru Umobile Power Prepaid (Free 1GB/Month)

plan umobile power prepaid 1gb free monthly

Sekarang plan Basic Free Internet ni dah lain. Bila dah cukup kuota kena tunggu renew semula. 20 Ogos 2015 yang lalu saya ada terima mesej dari maxis yang kuota internet dah sampai 100% dan akan direnew pada 14 September 2015. Haa..kira sendiri lah hampir 30 hari jugak tu kalau nak tunggu renew. Perasaan ni dah beralih arah ke Umobile lah pula.

Harga Umobile Power Prepaid ini adalah RM8.50 sahaja dengan RM5 kredit disediakan untuk anda. Selain itu, anda juga akan mendapat 200MB high speed internet secara percuma dan panggilan percuma selama 10 hari.

Apa Yang Best Plan Terbaru Umobile Power Prepaid (Free 1GB/Month)

  • Free 1GB high speed internet setiap bulan
  • Free basic internet (64kbps speed) sehingga 2GB/month
  • Free 200MB high speed internet (selepas diaktifkan)
  • Free Call selama 10 hari – 150 minit (selepas diaktifkan)
  • Harga Starter pack yang murah iaitu cuma RM8.50 dengan RM5 preloaded kredit.
  • Caj serendah 8sen/SMS ke semua rangkaian
  • Caj serendah 5sen/30sec atau 10sen/minit ke semua rangkaian.
  • 450 minit panggilan percuma kepada semua nombor Umobile setiap bulan.
  • Validity dikira dengan rate RM1/day. Contohnya, kalau anda topup Rm5, maka anda akan dapat 5hari validity.
  • Tempoh passive selama 60 hari, iaitu jika tempoh sah (validity) anda sudah tamat, maka anda ada masa sehingga 60 hari untuk topup semula bagi memastikan nombor anda kekal aktif.
Yang paling menarik dengan plan Umobile ni adalah pada Free 1GB Internet setiap bulan. Cara nak dapatkan internet free 1gb ni tak susah. Cuma perlu topup minima RM10 sahaja dan pastikan nombor sentiasa aktif.

Jika anda pengguna sedia ada Umobile, anda boleh bertukar ke Plan Umobile Power Prepaid ini bermula dari 1 August 2015 dengan caj sebanyak RM3 sahaja. Untuk lebih detail, anda boleh rujuk ke laman web u.com.my.


Sumber : Kaki Promo



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
August 25, 2015 3:49 AM delete

Looks good . Tak pernah try but for now stay with celcom tapi dr segi tawaran yang Umobile kasi ni . I would say .. WOOOWW banget sih :D . Thanks for the info

Reply
avatar
August 26, 2015 8:32 AM delete

Bolehlah cuba ye, celcom pun dah keluarkan plan Magic Sim..meletop gak tu :-)

Reply
avatar
August 26, 2015 8:34 AM delete

Ada dengar gak sal magic sim ni, cam best jer..leh lah share kat sini sket ye :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia