Perisian Sistem Perakaunan DKS

Perisian Sistem Perakaunan DKS. Jika anda seorang usahawan pastinya anda ingin memudahkan kerja-kerja anda. Bagi usahawan yang berjaya mereka perlu bijak untuk menguruskan kewangan dan menyediakan kertas kerja perniagaan. Oleh itu, mereka memerlukan akaun perniagaan yang lengkap. Sebagai langkah bijak mereka mesti memiliki software atau perisian sistem perakaunan yang memudahkan kerja-kerja mereka.

Perisian Sistem Perakaunan DKS

Bercakap tentang perisian sistem perakaunan, akan timbul isu pelbagai perisian di internet yang pastinya belum tentu menyelesaikan masalah. Ada juga perisian di internet ini yang dikategorikan sebagai sampah yang tak membantu kerja-kerja perakaunan anda.

Tak kurang juga berlambak-lambak perisian percuma yang boleh anda gunakan tapi faham-faham sajalah kan kalau perisian percuma ini mesti ada kekurangnya. Maka terbantut lagilah kerja-kerja perakaunan anda. Memandangkan kerja anda itu lebih penting, anda tiada pilihan lain nampaknya kenalah miliki perisian yang lengkap.

Berdasarkan pembacaan saya, ada beberapa perisian yang boleh membantu kerja-kerja perakaunan anda antaranya User Business System (UBS), Mind Your Own Business (MYOB), Quick Book, Mr Accounting dan Microsoft Office Excel serta Microsoft Office Access

Kalau anda buat carian di internet and akan jumpa lebih banyak lagi perisian bezanya sesuai atau tidak dengan keperluan anda. Tapi bagi orang yang tak mempunyai kemahiran dan inginkan perisian yang lebih mudah, saya sangat galakkan anda gunakan perisian Microsoft Office Excel. Tak payahlah guna perisian yang rumit kan selagi ada alternatif lain yang lebih mudah.

Bagi anda yang mempunyai kemahiran menggunakan Microsoft Excel, itu adalah kelebihan untuk anda. Anda boleh manfaatkan kemahiran dan kepakaran yang ada pada diri anda. Dengan Microsoft Excel, anda boleh mencipta Sistem DKS atau Sistem Debit Kredit Senang.

Sistem Perakaunan DKS ini akan memudahkan anda mengawal aliran tunai perniagaan anda seterusnya perniagaan anda mempunyai akaun perniagaan yang baik dan lengkap.

Sistem DKS ini merupakan sistem perakaunan berasaskan MS Excel yang jauh lebih murah berbanding perisian perakaunan yang berada dipasaran. Apa yang paling penting fungsinya sama seperti perisian perakaunan dipasaran.
sistem perakaunan debit kredit senang

Kandungan Perisian Sistem DKS

Fail#1.Sistem DKS - Fail Master
  • Fail utama Sistem DKS.
  • Digunakan untuk menguruskan akaun perniagaan anda.
  • Anda boleh guna untuk setiap tempoh perakaunan yang berbeza dengan save as nama fail yang baru.
Fail#2.Sistem DKS - Contoh (T-Shirt Stylo Online)
  • Fail contoh untuk rujukan anda.
  • Memberi gambaran bagaimana untuk merekodkan urusniaga menggunakan Sistem DKS.
  • panduanpengguna
Fail#3.Panduan Pengguna Sistem DKS
  • Ebook panduan cara mengunakan Sistem DKS.
  • Panduan ini menerangkan langkah demi langkah dari merekod urusniaga sehingga menjana laporan dan melihat akaun lejar secara terperinci.  
Fail#4. T-Shirt Stylo Online - Contoh Urusniaga
  • Ebook contoh urusniaga T-Shirt Online.
  • Semua urusniaga dalam ebook ini telah direkodkan di Fail#2.
  • Anda juga boleh mencubanya dan semak dengan Fail#2.

**Bonus juga turut diberikan. Anda akan menerima bonus ini :
belajar panduan debit kredit senang
Panduan Debit Kredit

Apa yang anda akan belajar dari Panduan Debit Kredit?
  • 5 Akaun Utama Yang Wajib Tahu 
  • Persamaan Perakaunan
  • Prinsip Catatan bergu ( Double entry)
  • Langkah-langkah Merekod Urus Niaga
  • Contoh Merekod Urusniaga Mengikut Prinsip Catatan Bergu
  • Susutnilai (Depreciation)
  • Laporan Kewangan 

Perisian DKS berserta bonus ini anda akan dapat segera secara online dan anda tak akan jumpa di laman web lain. Jadi jika anda ingin mendapatkan perisian DKS ini sekarang anda boleh ke pautan berikut --> Picit Disini



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia