Panduan Belajar Ilmu Perakaunan Perniagaan

Panduan Belajar Ilmu Perakaunan Perniagaan. Sebelum ni dah keluar dah sistem pengurusan DKS atau Debit Kredit Senang. Semuanya untuk memudahkan kerja-kerja perakaunan khusus untuk syarikat dan perniagaan. Bagi yang belum baca apa itu DKS dan nak dapatkan perisian DKS tu bolehlah baca entri yang saya tulis : Perisian DKS.

Kalau dibuat carian di laman web google, macam-macam ilmu perakaunan yang kita akan jumpa. Ada kat blog, kat forum dah tak kurang juga di laman-laman sosial yang lain yang duk cerita tentang panduan perakaunan syarikat dan perniagaan. Bezanya cuma panduan tu betul- betul valid atau sudah tak sesuai untuk digunapakai. Rujuk garis panduan perakaunan perniagaan.

Panduan Belajar Perakaunan Perniagaan

panduan belajar ilmu perakaunan

Perakaunan adalah suatu proses merekod, mencatit dan meringkaskan semua urusniaga perniagaan secara sistematik. Dahulu ianya dikenali sebagai simpan kira. Tujuan utama dan kebaikan kita mencatit segala urusniaga adalah kerana :
  • Daya ingatan manusia yang terhad ataupun dengan bahasa lain kita mudah terlupa dengan apa yang berlaku semasa kita menguruskan transaksi perniagaan.
  • Catitan yang lengkap dan sempurna memudahkan penyediaan Penyata Kewangan yang terdiri dari Buku Tunai/Bank, Lejar Am, Buku Penghutang, Buku Pemiutang dan Buku Belian Aset.
  • Semua catatan yang dibuat adalah merupakan sejarah dan bukti lengkap perniagaan. Ini amat penting sebagai petunjuk untuk peniaga mengetahui pada bulan berapakah jumlah jualan atau belian.
  • Memudahkan peniaga untuk memohon bantuan pembiayaan atau geran dari Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan. Rekod perakaunan yang disediakan menjadi alat pengukur kemajuan sesuatu perniagaan yang akan memudahkan sesuatu permohonan pembiayaan itu diluluskan oleh pihak tertentu.
  • Penyata kewangan yang disediakan dapat membantu kita menilai kemajuan kewangan perniagaan kita pada masa tertentu.
  • Segala hutang piutang perniagaan dapat di kawal dan di kutip.
  • Penyata kewangan juga membolehkan peniaga tersebut mengetahui jumlah harta dan nilai tanggungan perniagaan beliau.
Secara asasnya seseorang peniaga mestilah mengetahui 5 kumpulan akaun bagi memudahkan beliau
membuat catitan urusniaga. 5 kumpulan tersebut adalah:
  • Aset (Harta)
  • Liabiliti (Tanggungan)
  • Modal atau Ekuiti
  • Hasil atau Pendapatan
  • Belanja atau Belian
Satu masalah juga kalau tak ada ilmu perakaunan khususnya bagi pemilik syarikat dan perniagaan. Patutlah ramai yang cuba untuk belajar ilmu perakaunan ni. Bagi yang tak terlibat dalam pengurusan syarikat dan perniagaan mungkin dorang tak kisah sangat kalau tak belajar perakaunan sekalipun. Tapi berbeza bagi mereka yang terlibat dengan syarikat dan perniagaan. Ilmu perakaunan memang sangat penting bagi mereka.

Imu Perakaunan Sangat Penting

Ilmu perakaunan itu amatlah penting dalam perniagaan dan kehidupan anda? Jika sekiranya anda tidak mempunyai ilmu perakaunan, anda akan menghadapi akibat yang sangat buruk seperti anda akan mengalami kerugian yang berganda-ganda dalam perniagaan anda dan anda kemungkinan besar diisytiharkan muflis?

Nampak gayanya anda tak boleh nak pandang remeh lagi. Dah sampai masanya anda belajar ilmu perakaunan. Kena belajar dengan orang yang mahir, kena rajin mengikuti kelas dan kursus dan rajin baca buku-buku panduan perakaunan.

Biasanya buku-buku panduan perakaunan ni kebanyakannya dalam bahasa inggeris. Tapi buku dalam bahasa melayu juga ada disediakan dan tak kurang juga versi ebook yang anda boleh dapat di laman web : panduan perakaunan.

Dapatkan ebook panduan perakaunan di laman web berikut : Belajar ilmu perakaunan



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia