Nampaknya, Dah Sampai Masa Renew Domain

Renew domain lagi. Dah sampai masanya untuk renew domain sebelum expired. Biasalah bila dah sampai tempoh satu tahun saya akan renew domain blog ini. Blog ini masih menggunakan hosting blogspot cuma domain sahaja saya beli dari sempoihosting. Ada beberapa sebab kenapa saya berubah ke domain berbayar dan semua ini dibuat untuk penambahbaikan terhadap blog ini yang pada asalnya menggunakan domain blogspot sahaja.

Nampaknya, Dah Sampai Masa Renew Domain

dah sampai masa renew domain

Walaupun saya menggunakan domain berbayar saya tak pernah memperkecilkan blog yang menggunakan domain blogspot sebab blog-blog tersebut ada kelebihan masing-masing dan blog ini juga menggunakan domain blogspot pada permulaan saya berblogging dahulu.

Saya kira ini adalah yuran komitmen saya untuk tiap-tiap tahun. Bila dah ada domain berbayar ni kenalah invest sedikit untuk renew domain. Walaupun dikenakan bayaran tapi saya kira berbaloi bila dibandingkan dengan hasil yang saya dapat dari berblogging.

Oh, saya juga pernah menggunakan hosting berbayar yang murah dari --> sempoihosting ni untuk projek saya sebelum ni. Jadi tak salah lagi kalau anda baca tentang sempoi hosting penyedia domain dan hosting.

Semalam saya dah renew domain blog ini dengan harga RM40 setahun. Kalau sebelum ini RM38 maknanya dah naik harga. Walaupun dah naik harga tapi tak mengapa sebab saya boleh menggandakan lagi income dari blog ini.

Berbaloi tak? Tanya seorang rakan saya...

Ya, memang berbaloi walaupun perlu keluarkan sejumlah wang tiap-tiap tahun. Bila dah ada domain sendiri ni rasa cintakan blog lebih memuncak. Kadang-kadang bila guna yang percuma ni kita tak berapa nak hargai.

Sebab itu saya kata ini adalah sebahagian yuran komitmen saya tiap-tiap tahun.


Ok, bagi anda yang ingin belajar cara buat duit blog, bolehlah baca panduan ini ya. Panduan Buat Duit Blog --> Picit disini.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia