Kerja Sambilan Translator Atau Penterjemah Online

Kerja Sambilan Translator Atau Penterjemah Online. Kerja tak kerja yang penting duit masuk? Eh macam mana tu? Dunia dah maju jadi kita kena ubahlah mentaliti kan. Kadang-kadang ada yang beranggapan yang kerja tu kena keluar rumah, pergi pejabat redah jem, balik lewat dan sebagainya. Memang tak mustahil untuk bekerja dari rumah asalkan anda ikut cara yang betul. Sebenarnya banyak kerja sambilan yang boleh anda jalankan di rumah misalnya kerja menaip, kerja sebagai penterjemah dan macam-macam lagi yang anda boleh buat di rumah.

Kerja Sambilan Translator Atau Penterjemah Online

Sebenarnya ada je cara untuk bekerja dari rumah. Yang penting duit masuk. Kalau keluar pergi kerja duit tak masuk pun tak ada gunanya kan. Orang kita sekarang dah bijak pandai. Dah rajin dan banyak membaca panduan sana-sini. Tak kurang pula yang arif tentang cara kerja dari rumah dengan cara yang betul

kerja sambilan part time menaip menterjemah
 Sumber Gambar : notsosourlemons.wordpress.com

Bagi yang dah baca tentang panduan kerja dari rumah pasti mereka dah tahu kat mana nak dapatkan sumber kerja dari rumah yang mereka boleh buat secara sambilan mahupun fulltime. Ada banyak kerja yang boleh mereka buat antaranya kerja sebagai penterjemah atau online translator.

Saya yakin ramai yang mencari pekerjaan ini, tambahan pula kerja tu boleh dibuat dari rumah. Sebenarnya memang ada kerja part time sebagai penterjemah khas bagi yang buntu mencari kerja kosong di website cari kerja.

Hakikatnya anda berpeluang untuk bekerja sebagai penterjemah bebas dari rumah untuk syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa. Anda boleh bekerja mengikut jadual anda sendiri, dari rumah anda sendiri dan dapat bayaran dalam Ringgit dan US Dollar.

Tugas Anda Sebagai Online Translator

Tugas utama seorang penterjemah adalah menukar satu bahasa ke bahasa yang lain. Translator bekerja dengan bahan bertulis manakala bahasa pertuturan di terjemah oleh juru bahasa. Dengan peningkatan ekonomi muitinasional, permintaan untuk penterjemah meningkat dengan mendadak sekali.

Sebagai seorang translator, anda bertanggungjawab untuk memastikan kandungan dokumen di sampaikan dalam maksud yang betul dan dapat di fahami oleh pembaca. Ia bukan sekadar menterjemah perkataan, tetapi keseluruhan ayat dengan betul.

Jenis Kerja Translator Atau Penterjemah

Terdapat banyak jenis kerja translator, antara yang paling banyak permintaan adalah untuk menterjemah laman web, blog – blog, kandungan e-mel, kandungan laman sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram, sari kata video, dokumen perniagaan, pendidikan, perundangan dan perubatan.

Tapi bukan itu sahaja, pada masa sekarang ada banyak permintaan untuk menterjemah kandungan bagi aplikasi telefon pintar, pengiklanan, permainan video dan banyak lagi.

Berapa Pula Upah Anda Sebagai Translator

Translator biasanya dibayar berdasarkan kadar jumlah perkataan, dari USD$0.03 – USD$0.15 sen tiap perkataan. Dokumen biasa mungkin mempunyai sekurang-kurangnya 500 patah perkataan, dengan mudah boleh memberi anda bayaran antara USD$15.00 hingga USD$75.00 tiap projek.

Kalau berdasarkan pada tukaran matawang sekarang, anda mampu mendapat antara RM57 – RM285 bagi setiap job yang anda lakukan. Harga untuk menterjemah sebuah laman web adalah lebih kurang USD$500 atau RM1900 bergantung kepada berapa banyak perkataan.

Anda yang tentukan sendiri berapa banyak yang anda ingin dapat setiap bulan, lebih banyak projek yang anda buat lebih banyak duit anda dapat. Freelancer yang berjaya boleh mendapat pendapatan sehingga USD$100,000 setahun. Anda boleh akses bekerja sebagai online translator atau penterjemah online melalui pautan berikut : Kerja Online Translator

Pelajar ipta dan ipts juga digalakkan untuk bekerja sebagai penterjemah. Daripada membuang masa dapat jugak income dalam USD kan?

Laman web kerja translator antara laman web yang menyediakan panduan khusus untuk bekerja sebagai penterjemah. Selain itu laman web ini juga menyediakan direktori untuk anda memohon kerja kosong sebagai penterjemah. Peluang anda untuk bekerja dengan syarikat antarabangsa terbuka luas.

Jadi anda boleh akses sekarang di laman web kerja sebagai penterjemah : Akses disini


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia