Keluar Duit Di ATM Maybank Pun Kena GST

Keluar Duit Di ATM Maybank Pun Kena GST. Sana sini kisah GST ni sejak GST mula diperkenalkan. Nak ambil duit kat mesin ATM pun dikenakan GST. Nak bayar bil juga akan dikenakan GST. Ya, sekiranya jika pembayaran bil tersebut dikenakan servis caj oleh bank masing-masing maka setiap transaksi akan dikenakan GST di atas caj perkhidmatan.
ambil duit ATM maybank kena GST

Bermakna kalau zero caj perkhidmatan maka zerolah caj GST. Tak kisahlah bank mana-mana sekalipun. Nak lebih penjelasan sila semak dengan bank masing-masing ya.

Keluar Duit Di ATM Maybank Pun Kena GST

Ya, memang ada GST. Saya dah beberapa kali kena GST bila keluar duit dari ATM maybank. Berdasarkan maklumat dari pegawai perkhidmatan pelanggan Maybank :
  1. Had untuk keluarkan duit di ATM Maybank bagi pemegang kad Maybank hanya 4 kali sebulan (Patutlah saya cucuk kali ke-5 dikenakan GST).
  2. Caj pengeluaran kali ke-5 ini sebenarnya telah diperkenalkan sejak tahun 2004. Mungkin kita tak sedar kan.
  3. Kalau sebelum ini caj untuk pengeluaran kali ke-5 ialah 50 sen. Dan selepas GST diperkenalkan, caj 50 sen ini akan dikenakan GST (53 sen)
  4. Caj perkhidmatan 50 sen untuk pengeluaran kali ke-5 boleh dielakkan jika baki kad melebihi RM5,000 dan pengeluaran duit RM1,500 dan ke atas dalam satu pengelaran.
Bermakna,GST akan dikenakan selepas pengeluaran melebihi 4 kali dalam sebulan. Jadi pemegang kad mempunyai 4 kali akses percuma untuk pengeluaran setiap bulan. Jika kuota sudah habis, maka pengeluaran kali ke-5 akan dikenakan GST. Faham kan?

Sponsor Ads : Peluang tambah duit di era GST

Macam Mana Pula Kalau Keluar Duit Di Bank Lain (MEPS)

Sekiranya anda mengeluarkan wang melalui ATM bank lain (MEPS) caj RM1.06 akan dikenakan. Kalau sebelum ini caj perkhidmatan adalah RM1.00. Selepas GST mula diperkenalkan caj perkhidmatan RM1.00 akan ditambah dengan GST.

Jadi macam mana nak elak dikenakan dikenakan caj GST? Jangan keluarkan duit melebihi 4 kali dalam sebulan..pandai-pandailah anda rancang ya.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia