Apakah Cara Jana Pendapatan Untuk Pelajar IPTA Dan IPTS?

Apakah Cara Jana Pendapatan Untuk Pelajar IPTA Dan IPTS. Pastinya anda yang baca artikel ini kemungkinan seorang pelajar yang berminat untuk tambah pendapatan secara sampingan atau berhasrat untuk jana pendapatan. Saya kira anda merupakan pelajar yang bercita-cita untuk tambah duit poket dan mengurangkan beban orang tua anda dan pastinya cara yang akan saya tunjukkan ini adalah cara yang boleh menjana pendapatan untuk anda di ipta mahupun ipts.

cara jana pendapatan untuk pelajar ipta ipts
 
Perbelanjaan di ipta dan ipts bukan lagi isu yang luar biasa malah sudah menjadi kebiasaan jika pelajar menghadapi masalah kekurangan duit belanja terutama sekali apabila tiba hujung semester. Soal bagaimana anda berbelanja saya tidak mahu persoalkan dan saya cuma akan senaraikan beberapa cara untuk anda jana pendapatan.

Apakah Cara Jana Pendapatan Untuk Pelajar IPTA Dan IPTS

Bukan perkara biasa lagi jika kita dengar pelajar IPT mula berniaga. Tak kisahlah berniaga apa sekalipun dan yang pasti motifnya untuk menambahkan pendapatan. Semasa saya di universiti dulu ada beberapa rakan saya yang mula jual makanan seperti burger dan nasi lemak, ada yang jual topup dan ada juga yang menawarkan servis printing, membaik pulih laptop dan juga khidmat memotong rambut.

Jadi saya tak akan sentuh tentang cara-cara di atas dan kaedah yang akan saya tunjukkan ini lebih kepada cara yang lebih mudah dan menjimatkan masa anda atau lebih tepat lagi cara ini lebih kepada online.

1. Bisnes Dropship

Mungkin anda ada plan untuk jual sesuatu produk dan masalahnya anda tidak tahu mana nak dapatkan produk tersebut dan anda tidak mahu menyimpan produk tersebut.

Jadi kaedah terbaik ialah droship. Katakanlah anda ingin jual jam tangan. Cuba cari supplier dan hubunginya. Tanyakan mereka adakah menyediakan dropship. Jika ada cuba tanya berapakah harga ejen dan berapakah harga pembeli.

Tugas anda cuma lakukan promosi, ambil tempahan dan terima bayaran dari pembeli. Kemudian anda buat bayaran kepada supplier mengikut harga ejen dan bagi detail maklumat pembeli.

Untuk lebih banyak panduan sila rujuk --> Master dropship.

2. Jual tudung

Mungkin pelajar lelaki tak berminat dengan bisnes ini. Pastinya pelajar wanita boleh mencubanya. Cuba survey tudung apakah yang mendapat permintaan tinggi. Kemudian kenal pasti kat mana nak dapatkan tudung tersebut dan berapakah harga untuk sehelai dan juga harga borong.

Kemudian dapatkan pre order dari kawan-kawan terdekat, housemate dan juga classmate. Seterusnya order dengan pembekal untuk dapatkan tudung-tudung tersebut.

3. Job Di Rumah

Ini merupakan panduan untuk bekerja dari rumah dan bukannya laman web jawatan kosong. Job dirumah adalah laman web yang menyediakan panduan untuk anda bekerja dari rumah. Kerja-kerja yang datang adalah dari seluruh negara dan bayaran juga dalam USD. Job dirumah akan melatih anda bekerja dari rumah.

Anda boleh baca sendiri di laman web job dirumah.

4. 8 Share

Dulunya dikenali sebagai Says. Ini adalah program pengiklanan dan anda boleh mendaftar sebagai publisher. Tugas anda cuma pilih iklan dan promosikan link iklan tersebut. Setiap klik pada iklan tersebut anda akan di bayar. Program ini dinamakan Pay Per Click (PPC) iaitu bayaran berasaskan klik. Ops, anda tidak dibenarkan klik iklan sendiri dan melakukan penipuan.

Anda boleh daftar percuma disini.

5. Buat duit blog

Kaedah ini adalah cara buat duit blog dengan merujuk Ebook Buat Duit Blog. Ianya bukan perkara yang asing lagi kerana anda boleh dapatkan income hanya melalui blog. Gambar di bawah adalah komisen saya dari Ebook Buat Duit Blog.

panduan cara buat duit blog
 

6. Bisnes Affiliate

Buat duit online dengan affiliate bukan perkara baru lagi. Malah ini salah satu cara menjana wang cara senyap. Pendaftaran affiliate adalah percuma. Anda cuma perlu promosikan link produk. Produk ini pula terdiri dalam bentuk fizikal dan juga digital.

Berikut adalah 3 platform affiliate yang boleh anda daftar untuk buat duit dengan affiliate :
  1. Aztetic
  2. Klikjer

7. Jual Buku dan Majalah

Pendaftaran affiliate adalah percuma. Anda boleh promosikan pelbagai jenis buku, majalah dan juga al-Quran secara online. Bayaran komisen berdasarkan konsep PPS iaitu Pay Per Sale. Daftar disini.

8. Jual Pakaian Muslimah

Pelajar perempuan mesti sukakannya. Anda boleh mendaftar menjadi affiliate. Pilih produk yang ingin dipromosikan dan copy link affiliate yang diberikan. Laman web ini dikenali sebagai Sweet Muslimah. Daftar disini.

9. Advertorial.My

Khas untuk sesiapa sahaja yang mempunyai blog. Anda boleh submit blog anda di laman web Advertorial ini. Jika ada peniaga yang berminat untuk mendapatkan khidmat pengiklanan advertorial dari anda mereka akan menghubungi anda. Daftar disini.

10. Kerja Translator

Terdapat banyak jenis kerja translator, antara yang paling banyak permintaan adalah untuk menterjemah laman web, blog – blog, kandungan e-mel, kandungan laman sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram, sari kata video, dokumen perniagaan, pendidikan, perundangan dan perubatan.

Untuk memudahkan anda faham bagaimana anda boleh berkerja sebagai translator, anda boleh baca di laman web berikut, link pendaftaran juga disediakan : Laman Web Kerja Translator

11. Simple Hijab

Hanya perlu ajak rakan anda mendaftar sebagai ejen affiliate simple hijab menerusi link affiliate anda selepas anda mendaftar disini. Sekiranya rakan anda yang mendaftar tadi berjaya membuat jualan, anda turut menerima komisen sebanyak 5% bergantung kepada harga produk yang dijual oleh rakan ejen affiliate anda tadi. Pendaftaran adalah percuma melalui pautan berikut : Simple Hijab

12. InvolveAsia

Salah satu platform affiliate yang menggunakan sistem yang sama seperti Lazada. Ada pelbagai jenis produk yang disediakan untuk anda promosikan. Tambahan pula jika anda memperkenalkan laman web InvolveAsia kepada rakan-rakan anda, anda akan di bayar RM5 per sign up. Laman web InvolveAsia


Anda boleh cuba beberapa cara yang saya tunjukkan di atas. Mudah-mudahan anda berjaya mendapatkan RM yang pertama dari internet. Manalah tahu dengan kaedah ini juga anda berjaya jadikan PTPTN anda percuma.

Nantikan sambungan artikel ini yang saya akan update di masa akan datang.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
August 15, 2015 5:54 AM delete

byk cara skrg nk buat duit sampingan..

Reply
avatar
August 15, 2015 10:09 PM delete

ya..kena berani mencuba je... :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia