Cara Buat Landing Page, Minisite, Squeeze Page Jual Produk Dengan Senang

Cara Buat Landing Page, Minisite, Squeeze Page Jual Produk Dengan Senang. Pernah tak anda impikan untuk jadikan perniagaan online anda menjadi automatik. Anda dah tak nak 24 jam menghadap laptop buat kerja-kerja promosi. Pastinya kerja anda untuk jual produk secara online akan jadi lebih mudah. Pada ketika inilah anda memerlukan landing page, minisite atau squeeze page.

cara buat landing page minisite blogspot

Tujuan anda bina landing page ini adalah untuk melakukan kerja-kerja promosi untuk anda. Dalam landing page yang anda bina anda boleh letak ayat-ayat power atau skrip pemasaran ajaib untuk buatkan orang membeli. Dalam landing page ni juga mengandungi maklumat untuk pelanggan membuat tempahan. Untuk buat minisite ni taklah susah sangat dan ada cara yang percuma malah lebih profesional cuma ada sesetengah penjual online ni mereka tak tahu.

Cara Buat Landing Page, Minisite, Squeeze Page Jual Produk Dengan Senang

Sebenarnya anda boleh buat minisite hanya menggunakan blogspot. Sebab apa blogspot? Sebab ianya percuma dan anda boleh bina seberapa banyak landing page dengan blogspot untuk produk anda. Cuma anda mestilah tahu serba sedikit cara nak buat landing page yang lebih profesional.

Lagi satu dengan menggunakan blogspot anda dah tak payah nak upah orang untuk buatkan landing page untuk anda. Kan boleh jimat tu. Anda juga tak payah nak habiskan wang untuk beli domain dan hosting. Sebabnya dengan blogspot anda boleh bina landing page tanpa domain dan hosting.

Cuma anda kena tahu kat mana nak dapatkan template landing page yang cantik, menarik dan profesional. Anda cuma copy paste sahaja koding yang diberikan dan letak ayat-ayat jualan yang anda inginkan. Contoh landing page blogspot : Lihat contoh

Anda boleh dapatkan pelbagai koleksi template di laman web blogspot to minisite. Ada 15 template yang disediakan yang anda boleh gunakan mengikut citarasa anda. Kalau anda nak muat turun yang percuma juga ada disediakan. Tapi kalau nak lebih banyak yang cantik dan menarik boleh dapatkan terus 15 template tu.

Kalau anda nak cari kat tempat lain template macam ni agak sukar jugaklah. Setakat ni kat laman web minisite to blogspot sahaja yang saya jumpa menyediakan template ni. Tak sampai setengah jam landing page anda akan siap kalau gunakan template ni. Tutorial pemasangan juga turut disediakan. Jadi jika anda ingin bina landing page dan nak tahu cara bina landing page, minisite dan squeeze page untuk bisnes anda, laman web minisite to blogspot sedia membantu anda.


ps : selamat mencuba, tak sabar nak tengok landing page yang anda buat tu nanti :-)


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
August 31, 2015 7:11 PM delete

wah bestnya info ni. thanks ya

Reply
avatar
September 01, 2015 3:50 AM delete

nak buat banyak - banyak lah landing page nih hehehe

Reply
avatar
September 02, 2015 12:26 AM delete

penting ni benda ni semua, kena ada kalau nak buat bisnes ataupun jana duit aff.

Reply
avatar
September 03, 2015 10:07 AM delete

sama-sama, jangan lupa mencuba ye :-)

Reply
avatar
September 03, 2015 10:26 AM delete

haha..sila-sila..unlimited ni... :-)

Reply
avatar
September 03, 2015 10:28 AM delete

memang penting sebab ni salah satu senjata pemasaran online :-)

Reply
avatar
March 26, 2016 11:49 PM delete

Sebuah hal yang wajib apabila ingin berjualan online terutama aff
nice share

Reply
avatar
April 08, 2016 10:08 PM delete

Memang blogspot.com antara yang amat mudah dan percuma.

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia