Cara Bina Laman Web Promosi PERCUMA Dengan Blogspot

Cara Bina Laman Web Promosi PERCUMA Dengan Blogspot. Adakah anda salah seorang pemilik bisnes, dropship, ejen jualan mahupun ahli tone excel? Jika ya, saya kira anda adalah orang yang terlibat secara langsung dengan aktiviti pemasaran online. Dua kriteria peniaga online yang saya jumpa iaitu, yang perlu memperuntukan masa dalam sehari untuk melakukan kerja-kerja promosi dan peniaga yang memiliki laman web perniagaan yang tidak memerlukan beliau melakukan kerja-kerja promosi atau lebih tepat lagi laman web tersebut bekerja secara automatik 24 jam.

Sebagai seorang peniaga, anda sebenarnya tidak perlu menghadap laptop 24 jam untuk melakukan promosi. Sepatutnya anda perlu bina sebuah minisite, landing page mahupun sales page untuk menjadi jurujual kepada anda. Ahh, susahnya saya tak ada kepakaran IT. Tidak, sebenarnya tidaklah sesukar seperti yang anda fikirkan kalau anda gunakan perisian minisite blogspot.

Cara Bina Laman Web Promosi PERCUMA Dengan Blogspot

Bukan satu, bukan dua malah unlimited minisite, sales page dan landing page yang anda boleh bina secara percuma dengan blogspot. Kerja ini bukannya kerja yang sukar dan tidak mengambil masa yang lama.

Lihat contoh minisite yang telah saya buat menggunakan perisian ini : Sumber Pendapatan

Macam mana saya buat? Ok, mari kita baca satu persatu.

Sebenarnya untuk membina sebuah laman web perniagaan untuk memudahkan kerja-kerja promosi anda, anda tidak memerlukan domain dan hosting untuk membina sebuah laman web jualan. Sebaliknya anda boleh gunakan blogspot secara percuma. Cuma anda perlu lakukan ubah suai supaya laman web anda kelihatan unik dan profesional.

Saya yakin tak ada masalah bagi anda kalau anda gunakan --> perisian blogspot minisite ini.

Ada beberapa jenis template yang anda boleh pilih dan gunakan mengikut kesesuaian perniagaan anda. Tutorial penuh juga turut disediakan.
 
cara bina minisite dengan blogspot
 
Sebab itu saya katakan anda tidak memerlukan kemahiran IT dan kos yang banyak. Selagi ada alternatif lain sila rebut sebaik mungkin.

Kos membina sebuah laman web perniagaan boleh mencecah sehingga RM400-RM500.

Katakanlah anda ada 5 buah produk yang ingin dipasarkan. Secara perkiraanya seperti di bawah.

Andaian upah satu laman web RM400

RM400 x 5 = RM2000

Bukankah itu nilai yang banyak? Apatah lagi jika anda masih baru untuk memulakan perniagaan. Sebenarnya ada banyak kaedah pemasaran online. Malah saya pernah kongsikan sebelum ini : 5 Cara Promosi Produk Online

Dan sebagai salah satu kaedah pemasaran online yang terbaik adalah membina sebuah laman web perniagaan yang sentiasa bekerja untuk anda. Tugas laman web ini adalah menjadi jurujual untuk anda.

Oh ya, tentang perisian minisite yang saya sebutkan awal-awal tadi, anda boleh cuba secara percuma.

Masuk ke laman web berikut --> Blogspot Minisite

Kemudian klik Free Template untuk dapatkan versi percuma.

Jika anda mahukan pelbagai koleksi template yang menarik, bolehlah dapatkannya disini --> Bina Laman Web Perniagaan

Ok, semoga berjaya membina laman web perniagaan.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia