Betapa Mudah Cara Betul Untuk Poligami

Betapa Mudah Cara Betul Untuk Poligami. Orang lelaki kalau sebut tentang kahwin lagi satu pasti senyum lebar tapi sebaliknya bagi pihak perempuan. Kita selalu lihat orang yang berpoligami dan kekadang boleh jadi buah mulut kalau di kampung-kampung. Tapi kita sebenarnya terfikir tak apakah cara betul untuk poligami? Poligami tu tak salah cuma kita tak faham atas sebab apa ianya dibenarkan. Bagi kaum lelaki elok benarlah anda ambil tahu dengan lebih jelas tentang teknik poligami yang betul.

Betapa Mudah Cara Betul Untuk Poligami 

betapa mudahnya cara nak poligami

Boleh dikatakan ramai juga yang kahwin senyap-senyap. Kahwin kat sempadan dan sebagainya asalkan hasrat tercapai. Sampai bila nak berahsia kan. Kesian kat isteri-isteri anda tu. Kena fikir hati dan perasaan mereka, tak payahlah gaduh sana-sini dan berlakunya krisis.

Sinar Harian dan terbitkan artikel yang anda boleh jadikan tips dan panduan untuk poligami. Kena rajin-rajin baca barulah anda tak tersesat jalan.

Prosedur Permohonan Poligami

1. Boleh dibuat di mahkamah tinggi syariah di tempat anda tinggal atau bermastautin.

2. Permohonan mesti disertai dengan:

- Satu ikrar yang menyatakan alasan berpoligami perlu dan patut;

- Pendapatan pemohon ketika itu;

- Butir-butir komitmen dan tanggungan kewangan;

- Bilangan orang yang akan menjadi tanggungan pemohon;

- Sama ada pemohon mendapat keizinan atau pandangan untuk berpoligami daripada isteri atau isteri-isteri pemohon sedia ada.

Walaupun isteri anda memberi keizinan, tapi terdapat faktor lain yang perlu dilihat oleh mahkamah sebelum memberi perintah kebenaran untuk berpoligami. Faktor isteri tidak memberi keizinan juga bukan ukuran kepada mahkamah untuk tidak membenarkan pemohon untuk berpoligami.

Begitu juga dengan pendapatan kewangan yang diperoleh pemohon. Dalam kes ini, walaupun pendapatan anda mencapai RM7,000 sebulan termasuk elaun, tapi ia juga tidak menjamin anda mendapat kebenaran dari mahkamah syariah.

Perkara asas dinilai mahkamah mengikut Seksyen 23(5) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1998:

- Mahkamah akan melihat sama ada perkahwinan yang dicadangkan itu patut dan perlu dengan melihat kepada sama ada isteri pemohon tidak dapat melahirkan zuriat.

- Isteri sedia ada mengalami keuzuran jasmani hingga menyebabkan tidak mampu melakukan persetubuhan atau isteri sedia ada adalah seorang yang gila.

- Sama ada pemohon berupaya atau mampu untuk memberikan layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak syarak.

- Perkahwinan yang dicadangkan oleh pemohon tidak akan mendatangkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada. Darar syarie ialah bahaya kepada
isteri sama ada daripada segi agama, nyawa, tubuh badan, akal fi kiran, maruah atau harta benda mengikut syarak.

- Isteri atau isteri-isteri sedia ada juga akan memberi keterangan di mahkamah sama ada pemohon layak untuk berpoligami atau tidak.

- Setelah mahkamah meneliti permohonan pemohon, ikrar pemohon serta jawapan isteri atau isteri-isteri sedia ada dan setelah mahkamah meneliti keterangan pemohon, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan syarat-syarat untuk berpoligami, barulah mahkamah akan memutuskan sama ada pemohon layak atau tidak (Nota: Bukan mudah ya untuk beristeri lagi! Fikir-fi kirkanlah...)

Islam memang membenarkan seorang lelaki mengahwini lebih daripada seorang wanita dengan syarat lelaki itu boleh berlaku adil secara sepenuhnya kepada semua isteri. Bagaimanapun, mampukan lelaki itu bersikap adil dalam berpoligami?
Firman ALLAH SWT yang bermaksud:"Kamu tidak akan berkuasa berlaku adil antara perempuan itu, meskipun kamu sangat ingin demikian." - (Surah An-Nur: 129)
Sumber : Sinar Harian Online

Kesimpulannya, nak atau tidak anda kena ikut prosedur yang betul. Janganlah langgar term-term yang telah ditetapkan tu ye. Benda-benda macam ni jangan pandang ringan kelak menyusahkan diri pula. Poligami akan jadi lebih indah kalau poligami yang dijalankan tu tanpa krisis dan mendapat kebenaran isteri.

Tapi isteri mana yang sanggup dimadukan ya. Ada je..tapi tak ramai dan tak mustahil juga untuk dorang benarkan anda berpoligami. Cuba anda ambil masa dan baca lebih banyak cara untuk poligami atau tips poligami tanpa krisis supaya anda tahu tips-tips untuk lembutkan hati isteri anda.

Saya bukannya pakar poligami, cuma nak ingatkan poligami tu tak salah tapi orang kita yang tak faham. Sebab itulah teknik poligami jadi tak betul dan haru biru dibuatnya.

Saya ada terbaca tentang dua panduan untuk poligami tanpa krisis dan poligami jadi mudah. Mungkin 2 buah panduan ni boleh bantu anda yang dah buntu untuk berpoligami. Maklumlah nak tambah lagi satu cawangan ni kenalah jadi bijak bukannya penipu dan mudah-mudahan poligami itu jadi mudah. Teknik ini mungkin menjadi rahsia bagi sesetengah lelaki kat luar sana. Anda bolehlah baca dua panduan ini ye :
  1. Rahsia Mudahnya Poligami --> Picit Disini
  2. Betapa Mudahnya Poligami --> Picit Disini
Pilih mana-mana yang anda rasa sesuai dengan diri dan situasi anda. Semoga rumah tangga anda bahagia dan diberkati oleh Allah swt.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia