8 Tips Lulus Temuduga SPA Yang Dirahsiakan

8 Tips Lulus Temuduga SPA Yang Dirahsiakan. Memandangkan saya juga pernah menghadapi temuduga kerja kerajaan ni dah tentu saya juga ada pengalaman. Nak temuduga kerja ni kena ada persediaan rapi. Orang kata kalau dah dapat panggilan temuduga SPA ni cuma tinggal sebelah kaki je lagi nak kerja kerajaan. Itu yang orang kata tapi macam mana dengan persediaan anda. Adakah anda dah betul-betul bersedia.

Kalau kita tanya pada sesiapa sahaja yang pernah menghadapi temuduga SPA ni dorang akan bagitau benda yang sama je cuma mungkin situasi dalam bilik temuduga je yang berbeza. Secara keseluruhannya, asasnya tetap sama sahaja tak banyak bezanya kalau dah namanya temuduga SPA ni.

rahsia lulus temuduga kerja kerajaan

Kalau dapat kerja dengan kerajaan ni banyak jugak yang bestnye. Sebab tu ramai yang berebut-rebut nak kerja dengan kerajaan. Bagi yang dapat tawaran temuduga SPA tu elok sangatlah buat betul-betul. Jangan main-main, anda kena serius. Itu peluang anda ia tak datang selalu tau. Banyak sebenarnya kelebihan kerja kerajaan ni misalnya dari segi elaun perumahan, imbuhan tetap khidmat awam, kenaikan gaji tahunan, cuti tahunan, cuti bersalin, pinjaman perumahan dan banyak lagilah kalau anda lulus temuduga SPA ni.

Jadi elok sangat lah kalau anda buat persediaan rapi untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan ni. Saya ada beberapa tips untuk lulus temuduga SPA ni berdasarkan pengalaman saya. Mungkin anda boleh gunakan nanti sebagai persediaan temuduga SPA.

Tips Rahsia Lulus Temuduga SPA

1.Niat kena betul

Segala-galanya bermula dengan niat. Bukankah niat yang betul sudah diganjarkan pahala. Niat dalam hati anda nak temuduga nak dapatkan kerja dan cari rezeki yang halal. Nak tolong orang tua dan adik-beradik anda. Nak bagi dorang turut rasa senang. Niat juga yang anda kerja ni untuk tolong dan bantu orang bukan nak menunjuk-nunjuk atau sebagainya.

2. Survey dulu tempat temuduga

Yang ni penting sebab saya tak nak anda menggelabah di hari temuduga nanti. Dua hari atau sehari sebelum temuduga tu cuba cari kat mana tempat temuduga tu diadakan. Nak ikut jalan yang mana kot-kot ada tak jalan alternatif kalau jem dan sebagainya. Kena fikir jugak tu. Kena ada Plan B, tak boleh nak harapkan Plan A semata-mata.

Pastikan tempat temuduga tu betul sama seperti yang tertera di slip atau surat panggilan temuduga. Manalah tahu kot-kot tersalah pandang atau sebagainya. Kemudian di hari temuduga tu nanti sila datang awal untuk mengelakkan anda menggelabah dan sebagainya.

3. Buat persiapan dan baca banyak bahan berkaitan temuduga

Tak kisahlah temuduga apa sekalipun asalkan melibatkan temuduga SPA kerja kerajaan ia tak banyak bezanya. Dapatkan lebih banyak bahan bacaan dan rujukan berkaitan bidang temuduga anda tu. Kena faham serba-serbi dan peka dengan perkembangan semasa. Bunyinya macam sukar tapi InsyaAllah bila anda dah baca banyak bahan bacaan anda akan yakin diri.

Kena tahu jugak isu-isu semasa, manalah tahu panel penemuduga tu tanya soalan yang berkaitan isu semasa. Tapi biasanya isu semasa yang ditanya akan ada kaitan dengan bidang temuduga anda.

4. Jaga penampilan diri anda

Jaga penampilan diri atau dalam erti kata lain KEMAS. Pakai pakaian yang sesuai, sopan dan mengikut etika yang ditetapkan. Tak payahlah nak bergaya sakan. Gaya tu tak penting yang penting anda pakai mengikut kriteria yang dah ditetapkan. Jangan pakai selekeh dan kalau kerja kerajaan pakailah baju kemeja, sluar slack dan tali leher. Baju kemeja tu tak payahlah nak stylo sangat dan rambut tu mesti kemas. Tak payah nak buat rambut terpacak macam model dan sebagainya. Yang penting rambut kemas dan rapi.

5. Perut jangan kosong

Ilmu dah penuh di dada tapi perut pula kosong. Jangan pergi temuduga dengan perut kosong nak-nak kalau anda tu ada penyakit gastrik. Ambil sarapan yang baik supaya perut tak masuk angin dan anda ada tenaga. Bayangkan kalau perut kosong tetiba plak memulas nanti. Kan dah mengganggu kententeraman anda untuk temuduga.

6. Minta restu ibu bapa

Restu ibu bapa itu penting dan afdal. Minta ibu bapa anda doakan anda supaya kuat semangat, yakin diri dan proses temuduga berjalan baik. Doa ibu bapa memang mujarab, salam tangan mereka dan cium tangan mereka. Buatlah yang terbaik untuk ibu bapa anda supaya mereka turut merasa senang jika anda lulus.

7. Tawakal dan berdoa pada Allah swt

Lepas dah ikhtiar dengan pelbagai persiapan, selebihnya anda serahkan kepada Allah swt. Anda dah buat yang terbaik dan urusan selebihnya kita serahkan pada Allah swt. Walaupun anda dah buat yang terbaik anda tetap kena serahkan pada Allah swt. Teruskan berdoa dan jangan putus untuk berdoa.

8. Baca mana-mana panduan temuduga kerja kerajaan

Ramai yang terlepas pandang nampaknya. Sebagai persiapan anda perlu cari rujukan-rujukan untuk lulus temuduga SPA ni. Bila ilmu dah banyak anda akan jadi lebih yakin untuk menghadapi temuduga. Kalau rasa malas nak ke kedai buku untuk beli buku rujukan temuduga, boleh dapatkan Ebook Panduan Lengkap Temuduga --> Dapatkan disini.

Dengan ebook ini anda boleh baca dan save dalam smartphone. Boleh baca di mana-mana hanya letak dalam laptop, tablet dan juga smartphone anda. Yang pastinya ini salah satu senjata anda untuk menghadapi temuduga.

Ada juga ebook-ebook lain yang anda boleh rujuk misalnya Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan -- > Dapatkan disini.

2 buah panduan ini sudah lama berada dipasaran dan membantu ramai calon lulus temuduga kerja kerajaan. Mudah-mudahan ia juga membantu anda. Dan banyak lagi pendedahan dan pembongkaran yang boleh membantu anda membuat persediaan menghadapi temu duga supaya anda layak dipilih untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam dalam temuduga kerja kerajaan.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia