6 Tips Mudah Hamil Cepat

6 Tips Mudah Hamil Cepat. Pastinya ini topik hangat bagi pasangan yang telah berkahwin yang masih belum dikurniakan anak. Malah topik ini juga yang sering meniti di bibir-bibir wanita yang telah berkahwin. Ada yang dah mula dilema dengan isu ini. Mana taknya si suami mahukan anak yang comel dan pintar cerdas sehinggakan menekan emosi isteri.

tips mudah hamil cepat

Saudara mara juga sibuk bertanya dan tak kurang juga pertanyaan dari jiran-jiran tetangga tentang hal ini. Bagi wanita mana tak tension kan? Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. Cuba kita selami perasaan pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata barulah kita akan faham apa yang mereka rasa.

Amalkan 6 Tips Mudah Hamil Cepat

Bagi kaum ibu banyak persoalan yang bermain difikiran mereka. Bagaimana cara cepat hamil? Apakah teknik yang perlu dilakukan untuk cepat hamil? Ada tak petua untuk cepat hamil? Macam-macam persoalan kan? Yang pastinya teruskan berusaha dan berdoa. Selebihnya serahkan kepada Allah swt. InshaAllah.

Berdasarkan pembacaan saya, ada beberapa tips untuk mudah hamil dan mungkin tips ini menjadi rahsia mudah hamil bagi sesetengah kaum ibu.

1. Melakukan Hubungan Seksual Pada Waktu Subur

Penting untuk setiap pasangan tahu waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual iaitu pada waktu wanita subur atau ovulasi. Bagi wanita anda perlu tahu bila waktu anda subur dan cuba berbincang dengan pasangan anda supaya pasangan anda juga peka dengan hal ini.

2. Melakukan Hubungan Seksual Dengan Kerap


Yang ini terpulang kepada masing-masing. Kena berbincang dengan pasangan sebab tidak ada paduan khusus atau bilangan yang ditetapkan. Semuanya terpulang kepada anda. Kekerapan melakukan hubungan seksual di waktu kesuburan adalah lebih baik. Jadi anda boleh lakukan hubungan seksual dengan lebih kerap ketika isteri anda subur sebab risiko untuk hamil adalah lebih tinggi di waktu kesuburan.

3. Nikmatilah Hubungan Seksual Bersama Pasangan

Tak boleh pentingkan diri sendiri. Anda kena fikirkan kepuasan pasangan anda. Menurut kajian pakar, semasa hubungan kelamin seorang wanita yang mencapai orgasme klimaks akan menghasilkan alkaline pada vagina yang mana sperma yang dikeluarkan oleh suami akan suka keadaan ini.

4. Posisi Semasa Hubungan Seksual

Teknik atau posisi semasa hubungan seksual juga memainkan peranan penting. Menurut kajian, kedudukan posisi suami di atas adalah posisi yang terbaik untuk memberikan kehamilan kepada isteri. Selain itu, meletakkan bantal nipis dibahagian pinggul isteri juga dapat membantu kehamilan. Ini bertujuan untuk menampung sejumlah sperma selama 20 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama-sama.

Ini memudahkan sperma untuk berenang sehingga sampai ke dalam rahim. Selain itu, anda juga perlu mengelakkan posisi wanita diatas kerana posisi ini akan menyebabkan sejumlah sperma keluar dan hanya tinggal sedikit sahaja sperma berenang ke arah sel telur.

5. Tindakan Suami

Anda perlu menjaga pemakaian anda agar tidak memakai seluar dalam yang terlalu ketat. Elakkan mandi pada suhu yang panas. Ini untuk mengelakkan suhu testis menjadi panas dan menyukarkan pembentukan sperma yang baik.

6. Berdoa dan Bertawakal Pada Allah SWT
Yang ini adalah kunci bagi segala perkara yang telah kita usahakan. Cuba bertenang dan sentiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Sentiasalah berusaha dan yakin rezeki dari Allah swt. Yang penting sentiasa berusahah dan bertawakal. InshaAllah dimakbulkan.

**Boleh Amalkan Doa Ini : Picit Disini

Mudah-mudahan 6 Tips Mudah Hamil ini dapat membantu anda. Jangan mudah putus asa dan terus tertekan. Yakinlah Allah swt sentiasa ada dan Allah swt sukakan orang yang tidak mudah putus asa. Sama-samalah kita berusaha dan berdoa kepadanya. Sumber : CahayaShifa

Jika anda ingin mendapatkan lebih banyak bahan bacaan tentang tips mudah hamil, apa kata anda baca "Rahsia Mudah Hamil". Panduan-panduan begini sangat berguna untuk anda terutama sekali bagi pasangan yang buntu untuk mendapatkan zuriat. Panduan ini anda tak akan jumpa di mana-mana kedai buku.

cara cepat mudah hamil

Antara topik yang dibincangkan ialah :
  • 15 Kaedah mengesan hari-hari subur
  • 40 punca mengapa sukar hamil
  • 10 petua dapat anak
  • 13 amalan dan doa khusun untuk mudah hamil
Rahsia mudah hamil ditulis oleh 2 orang penulis bertauliah berdasarkan 3 tahun penyelidikan. Mengandungi 212 muka surat. Picit disini untuk mendapatkan maklumat lanjut.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia