6 Bisnes Makanan Untuk Tambah Pendapatan

6 Bisnes Makanan Untuk Tambah Pendapatan - Di zaman serba mencabar ini dengan kenaikan kos sara hidup ini ramai orang berebut-rebut mencari sumber pendapatan kedua. Pelbagai cara yang dilakukan untuk mereka tambah pendapatan. Ada yang buat bisnes online dan ada yang buat bisnes makanan. Tak kurang juga yang ada minat nak buat bisnes tapi kekurangan modal. Itulah sebabnya saya menulis artikel ini dengan menyenaraikan 6 bisnes makanan yang boleh anda lakukan dirumah untuk tambah pendapatan beserta rujukan yang anda boleh jadikan panduan.

6 Bisnes Makanan Untuk Tambah Pendapatan 



Sumber Gambar : HasrulHassan 

Bisnes yang saya maksudkan ini ada yang anda boleh jalankan di rumah dan ada juga yang anda boleh jalankan di pasar-pasar malam atau dimana sahaja yang anda rasa sesuai untuk dijalankan.

Bisnes Putu

Bisnes putu anda boleh jalankan untuk tambah pendapatan. Anda boleh jalankan bisnes putu piring, putu bambu dan aneka putu special. Jika anda mahu mengatasi masalah kewangan, berniaga adalah jalan terbaik. Ya, hanya berniaga mampu membantu anda menambahkan pendapatan. Tapi anda kenalah pilih bisnes yang menguntungkan. Baru boleh berjaya. Bisnes putu memang sangat menguntungkan. Dengan keuntungan tinggi ini, anda mampu menyelesaikan masalah kewangan anda.

[+] Rujuk : Panduan Bisnes Putu & Aneka Putu Special

Bisnes Air, Dadih & Dessert

Bisnes air, dadih dan mousse boleh dijalankan secara sampingan sambil bekerja. Anda boleh meletakkan dadih atau mousse di kedai orang lain. Manakala bisnes air boleh dijalankan selepas anda balik kerja atau pada hari cuti anda.  Ini kerana bahan bisnes air boleh disediakan dengan cepat Manakala bahan mentahnya menggunakan bahan-bahan yang boleh disimpan lama. Anda tidak perlu selalu ke pasar. Tambahan lagi bisnes air mempunyai permintaan sangat tinggi.

[+] Rujuk : Panduan Bisnes Air

Bisnes Bun, Roti & Pizza

Ya, bisnes bun boleh dibuat hanya dirumah. Ramai yang telah berjaya. Caranya  dengan membekalkan bun anda ke kedai-kedai berhampiran seperti kedai makan, warung, kantin, pasar malam, kedai runcit dan banyak lagi. Malah anda boleh  menjual di depan rumah anda dengan menggantung bun-bun dipintu luar rumah anda. Inilah permulaan yang baik dalam perniagaan bun anda.

[+] Rujuk : Panduan Bisnes Apam

Bisnes Roti Canai & Martabak

Ramai yang tidak menyedari potensi bisnes roti canai yang amat menguntungkan. Ia memang lumayan. Tahukah anda kos sekeping roti canai kosong dengan kuahnya lebih kurang 25 sen sahaja. Manakala Kos sekeping murtabak saiz sederhana tidak sampai RM1.00. Jom lihat untung kasarnya.

Murtabak Saiz Sederhana
Harga Jualan: RM3.00
Kos: RM1.00
Untung Kasar: RM2.00

Dengan hanya menjual 100 keping sehari sahaja, anda boleh untung RM200 setiap hari. Jika anda berniaga 5 hari seminggu, jumlah keuntungan RM4,000 sebulan. Wow, RM 4 ribu tu. Dan selepas ditolak kos operasi, duit minyak dan sebagainya, anda boleh untung bersih dalam RM3 ribu sebulan.

Itu baru jual 100 keping sehari. Di pasar malam yang ramai orang, anda boleh jual lebih dari itu dengan keuntungan yang lebih lagi. Manakala jika anda menjual murtabak saiz besar dengan harga lebih RM5.00. Margin keuntungannya lebih besar. Memang ramai tidak menyedari keuntungan bisnes murtabak ini.

Bisnes Cupcake

Bisnes cupcake anda boleh jalankan dirumah. Yang penting anda kena belajar cara buat cupcake yang betul dan aneka jenis cupcake. Ada beberapa tips untuk anda jadikan panduan untuk buat cupcake :
  • Anda perlu tahu resepi cup cake.
  • Apa yang perlu anda buat sebelum membuat sebarang dekorasi.
  • Anda perlu tahu resepi membuat krim icing. Anda kena tahu bagaimana untuk mewarnakan icing.
  • Anda juga perlu tahu untuk pelbagaikan kombinasi cup cake, ia akan membuatkan cupcake yang anda hasilkan lebih cantik dan menarik.
  • Cara membuat bunga daripada krim icing untuk dekorasi kek dan juga cupcake.
  • Bagaimana untuk menghasilkan bunga daripada krim icing dan apakah peralatan dan nozzle yang akan anda gunakan untuk membuat bunga cupcake.
[+] Rujuk : Panduan Bisnes Cupcake
[+] Rujuk : Pakej Kek

Bisnes Coklat

Coklat buatan tangan dari rumah ini banyak kelebihannya terutama sekali dari segi rasa. Sebab anda boleh buat mengikut cita rasa anda sendiri. Nak kurang manis ke, nak kasi ada rasa lemak ke terpulang pada anda. Yang paling penting tahap kebersihan terjamin sebab anda sendiri boleh pantau proses-proses penyediaannya.

Bagi suri rumah pula, ada yang belajar cara buat coklat ni dengan lebih serius sebab ada dalam kalangan mereka menjadikan bidang ini satu bisnes untuk menambahkan pendapatan. Sambil jaga rumah dan uruskan anak-anak, kaum ibu ni juga boleh memulakan bisnes coklat dari rumah. Banyak kelebihan sebenarnya bisnes dari rumah ni antara yang paling penting sekali ialah masa dengan keluarga terjamin.

Tak semestinya nak mulakan bisnes memerlukan sebuah kedai yang lengkap sebabnya anda boleh mulakan bisnes dari rumah dengan pelbagai cara antaranya jual coklat. Banyak kelebihan bisnes coklat ni antaranya :
  • Modal yang rendah untuk bermula iaitu sekitar RM300 - RM500
  • Permintaan pasaran yang tinggi dan sedia ada terutamanya untuk majlis perkahwinan dan musim perayaan.
  • Kadar keuntungan yang tinggi sehingga mencecah 200%.
  • Boleh dijalankan secara online menggunakan blog dan juga secara offline.
  • Tempahan boleh dihantar melalui perkhidmatan pos.
  • Bahan-bahan dan peralatan membuat coklat yang mudah untuk diperolehi dan tidak memerlukan peralatan yang canggih dan mahal.
  • Senang untuk dipelajari. 
[+] Rujuk : CD Sensasi Kek Coklat


Jadi jika anda berminat untuk menjalankan bisnes makanan untuk tambah pendapatan, anda boleh rujuk panduan-panduan yang telah disediakan. Panduan tersebut ada tersedia dan bentuk ebook dan juga video tutorial yang anda boleh tonton bila-bila masa.

Nak belajar Bisnes Bakeri? Lihat bagaimana suri rumah jana pendapatan dengan bisnes bakeri. Panduan ini mungkin mengubah kewangan anda. Pelajari Bisnes Bakeri sekarang : Layari Panduan Bisnes Bakeri Sekarang !!


 

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia