5 Cara Promosi Produk Online Berkesan

5 Cara Promosi Produk Online Berkesan. Nampaknya dah ramai yang menceburi bidang perniagaan online ni. Ada yang jual produk fizikal dan ada juga yang menjual produk digital. Berdasarkan pemerhatian saya di facebook semakin ramai rakan facebook yang menjual produk secara online. Ada yang jual tudung, ada yang jual baju kurung, ada yang jual pakaian muslimah dan pakaian baby.

Topik kita kali ini adalah, apakah cara terbaik untuk promosi produk secara online. Adakah terhad dengan pemasaran di facebook semata-mata. Jika anda beranggapan begitu anda sesuai untuk baca artikel ini sampai habis sebab saya akan tunjukkan macam mana nak promosi produk secara online.

5 Cara Promosi Produk Online

cara promosi produk online berkesan
 
Cara ini tidak terhad pada satu produk sahaja. Tak kisahlah anda jual tudung dan apa produk sekalipun yang penting anda boleh gunakan kaedah ini.

Promosi Produk Menerusi Blog

Kalau yang dah ada blog, dah tentu mereka mempromosikan produk di blog. Nak bina blog tak dikenakan bayaran dan anda boleh bina blog seberapa banyak yang anda mahu mengikut produk yang anda jual. Cukup hanya memiliki akaun gmail, anda sudah boleh membina blog. Ada yang jadikan blog sebagai kedai online. Tiada modal dikenakan malahan ia percuma.

Nak lagi kefahaman, anda bolehah rujuk : 7 Cara Promosi Produk Online

Promosi Produk Di Facebook

Saya yakin anda sudah memiliki akaun facebook. Cuma anda perlu tahu bezakan akaun peribadi dan perniagaan anda. Cuba elakkan post iklan bertubi-tubi di wall anda. Lebih baik anda bina sebuah fanpage. Sebab tak semua pengguna facebook sukakan iklan muncul di wall mereka. Jangan semakkan wall dengan iklan.

Anda boleh baca panduan ini untuk membantu anda mempromosikan produk di facebook. Rujuk --> Tukar Like Kepada Pelanggan

Promosi Produk Di Instagram

Cara ini sudah tidak asing lagi. Ramai yang sudah menggunakan instagram untuk perniagaan selain daripada facebook. Apa yang anda perlu lakukan adalah create akaun instagram dan jadikan platform bisnes anda. Upload gambar produk serta butiran ringkas untuk memudahkan pembeli.

Peringatan, anda juga memerlukan jumlah followers yang ramai untuk meningkatkan kebarangkalian yang membeli produk anda. Followers yang saya maksudkan mestilah targeted dan sedia tertarik untuk membeli produk anda.

Anda boleh rujuk panduan berikut jika nak dapatkan lebih banyak kaedah dan tips promosi di Instagram --> Sistem Pemasaran Instagram

Promosi Produk Dengan Laman Perniagaan

Ini yang menariknya dalam bisnes online. Anda boleh bina sebuah laman web yang sedia menjual untuk anda walaupun anda sedang tidur. Laman web ini seolah-olah kedai jualan anda yang memaparkan gambar produk, maklumat produk, borang tempahan, testimoni dan juga ruang pertanyaan.

Anda boleh bina seberapa banyak laman web perniagaan mengikut produk anda. Kerja anda menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa.

Promosi Produk Dengan Instant Retargeter

Kaedah ini saya pernah ulas dalam artikel sebelum ini iaitu "Instant Retargeter Cara Tingkatkan Jualan".

Teknik ini dinamakan teknik buru pelanggan. Kaedah ini antara kaedah yang berkesan untuk mendapatkan pembeli. Iklan anda yang diklik oleh pelanggan akan memburu pelanggan anda. Iklan ini tetap muncul sehinggalah mereka membeli produk anda.

Retargeting adalah adalah kaedah yang terbaik untuk pastikan Iklan anda akan dipaparkan semula khusus kepada prospek yang berpotensi sebaik sahaja mereka keluar daripada website atau page anda tanpa membeli. Iklan tersebut akan ikut mereka ke mana-mana dan berada di website-website lain mahupun di facebook wall mereka.

Anda bolehlah cuba sistem instant retargeter sekarang --> Teknik Instant Retargeter

Ok, selamat mencuba 5 Cara Promosi Produk Online Berkesan.


Dah Penat Layan PM Pelanggan?

Nak tak saya berikan anda software AUTOREPLY PM pelanggan anda. Takde lah penat sangat anda nak reply pm mereka satu-satu.

Meh tengok macam mana software ini dapat bantu anda. Pasni dah tak payah nak pening-pening kepala lagi. Jom kita tengok sama-sama di laman web berikut : Nah Software Auto PM

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia