4 Tips Menghias Ruang Kecil Dan Sempit

4 Tips Menghias Ruang Kecil Dan Sempit. Walaupun saya lelaki tetapi saya ni tak suka dengan keadaan rumah yang bersepah-sepah dan tidak kemas. Saya ni bukannya pandai dekorasi atau menghias rumah tapi suka tengok rumah dalam keadaan kemas dan tersusun barulah sedap mata memandang. Tapi kalau bab-bab menghias rumah ni saya serahkan kepada orang rumah saya je dan saya bantu mana yang perlu.

Kalau ada rumah yang besar sekalipun tapi kalau tak pandai nak dekorasi atau hias pun tak best jugak kan. Ramai juga kawan-kawan saya yang mempunyai rumah yang kecil dan dorang ni pandai dekorasi rumah mereka. Mereka bijak untuk buatkan ruang rumah yang kecil dan sempit kelihatan luas.

cara menghias kediaman ruang kecil
Sumber : Relakssminda

Cara Hias Ruang Rumah Kecil dan Sempit

Alang-alang ada kawan yang macam ni saya mintaklah tips menghias kediaman ruang kecil dari dorang ni. Saya namakan teknik ini "Teknik Dekorasi Ruang Kecil"

1. Warna Pada Dinding Dan Lantai

Ramai gak orang kita ni kurang tepat dalam pemilihan warna. Pemilihan warna bukan sahaja cantik malah perlu sesuai dengan keadaan rumah. Anda kena titikberatkan soal pemilihan warna dinding dan lantai ni. Sila pilih warna yang neutral seperti kuning cair, krim, biru muda atau sebagainya. Kalau nak beli karpet atau jubin anda mesti pertimbangkan warna-warna yang macam ni ye. Bagi warna dinding pun sama, jangan pilih warna yang gelap.

2. Hiasan Dinding

Kalau nak letak gambar, sila pilih bingkai gambar yang terang warnanya. Nak lebih selamat pilih warna yang berlawanan dengan dinding dan lantai. Hiasan tu pulak jangan terlalu besar dan terlalu banyak. Nanti serabut pula mata memandang. Ini akan membuatkan ruang bilik kelihatan lebih luas dan sedap mata memandang.

3. Kena Bijak Pilih Perabut

Saya tahu anda gemar membeli perabut tetapi ada beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli perabut. Pastikan anda memilih saiz perabut yang kecil. Sebabnya, kalau anda pilih saiz perabut yang besar menyebabkan ruang bilik anda menjadi sempit dan kecil.

4. Gunakan Langsir Yang Ringkas


Berkaitan dengan langsir ni pula satu hal yang anda perlu buat penilaian yang tepat. Pilih langsir yang bercorak ringkas bagi  bilik atau ruang yang mempunyai tingkap atau dalam bahasa mudah belilah langsir yang tidak sarat dengan corak. Lagi satu kena pilih langsir yang tidak terlalu tebal bagi membolehkan aliran cahaya masuk ke dalam ruangan yang membolehkan ruang itu kelihatan luas. Sumber : Halwanita

Tips Tambahan Daripada Panduan Dekorasi Bajet

Ini pula tips tambahan yang saya dapat untuk menghias kediaman kecil dari ebook panduan dekorasi bajet.
  • Jangan cat dinding dengan warna gelap.
  • Beli cermin untuk memberikan ilusi ruang menjadi luas.
  • Jangan beli perabot  3+2+1. Gantikan dengan 2 sofa sitter + 2 armchair + ottoman.
  • Beli perabot yang beroda. Bagi mudah untuk perabot bergerak.
  • Beli perabot yang multifuction. Contoh, ottoman boleh jadi tempat duduk, meja kopi dan tempat restfoot.
  • Banyak lagi tips sebenarnya yang anda boleh ikuti dalam -->  77 Teknik Dekorasi Bajet

Ok, selamat mencuba ya. Taklah susah sangat kan. Terpulang kepada anda sebenarnya. Ilmu dah ada di depan mata ni senanglah nak hias kediaman nanti. Kalau anda nak tahu lebih banyak ilmu menghias rumah atau dekorasi bajet, bolehlah baca 77 Tips dan Teknik Dekorasi Bajet --> Picit Disini.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
August 13, 2015 6:58 PM delete

Tips yg menarik dan bermanfaat! terima kasih berkongsi..

jom singgah suemrsatiewan.blogspot.com

Reply
avatar
August 15, 2015 5:20 AM delete

Sama-sama terima kasih sudi singgah :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia