Tips Serta Cara Mudah Nak Poligami

Tips Serta Cara Mudah Nak Poligami. Rasanya tak salah kalau saya sentuh tentang topik poligami ni. Apa yang saya nak sampaikan adalah berkenaan dengan cara poligami yang betul yang perlu difahami. Cara poligami yang betul ni sangat penting untuk mengelakkan krisis poligami. Krisis ni akan timbul bila isteri anda tak bagi anda kahwin lain sedangkan anda dah bergolak nak kahwin lagi satu.

Orang lelaki memang boleh kahwin empat tapi tak ramai isteri yang sanggup dimadukan. Bagi lelaki pula kalau nak berpoligami anda kenalah pertimbangkan sama ada anda mempunyai "kemampuan" dari semua aspek dan juga "keadilan". Sayangnya bila dah berpoligami ni cakap dah tak serupa bikin dan mulalah auta sana-sini dah berlaku tidak adil. Kesian tau kat isteri anda.

Tips Serta Cara Mudah Nak Poligami

Kalau ditanya pada orang lelaki yang nak berpoligami ni mesti dorang akan senaraikan banyak sebab kenapa mereka nak kahwin lagi. Tapi bila sebab-sebab yang disenaraikan tu dibaca oleh orang perempuan, mesti mereka tak setuju kan. Saya bukan sengaja nak buat golongan wanita naik angin cuma nak berikan kefahaman mengapa golongan lelaki dibolehkan poligami dan macam mana poligami tu jadi mudah. Baca --> Betapa Mudahnya Poligami.

Ada beberapa sebab lelaki dibolehkan poligami. Ini antara sebab-sebabnya yang ada dalam kalangan kita masih tak tahu.

teknik mudahnya untuk poligami

Macam mana nak dapatkan kebenaran kahwin lagi satu?

Saya tak ada teknik atau kaedah yang khusus sebab saya tak ada pengalaman poligami. Tapi kalau nak juga tips dan panduan tu anda bolehlah selongkar "Tips Mudahnya Poligami" ni. Seperti yang saya sebutkan awal-awal tadi, kemampuan dan keadilan anda tu sangat penting. Mampu tak anda berlaku adil dan juga mengambil kira banyak faktor seperti wang ringgit atau dalam erti kata lain nafkah zahir. Nafkah zahir kena cukup dan sama rata barulah betul.

Lagi satu, orang perempuan ni bab perasaan nombor satu. Janganlah abaikan perasaan isteri anda. Jangan tumpukan pada seorang isteri sahaja kenalah fikir perasaan isteri yang satu lagi. Tepuk dada tanya selera boleh tak anda berlaku adil. Jawapan ada dalam diri anda jangan fikir nafsu semata-mata. Kena patuhi garis panduan poligami yang telah ditetapkan dalam islam. Poligami tu tak salah tetapi kekadang kita je yang tak berapa nak patuh.

Ada jugak yang kahwin senyap-senyap. Boleh katakan ramai jugaklah yang dah kahwin senyap senyap. Yang ni lagilah mengguris hati dan perasaan isteri. Sejauh mana nak sembunyi dan menipu dengan alasan sana-sini akhirnya kantoi juga. Jadi janganlah berahsia, berterus-terang sajalah walaupun anda rasa sukar. Sekurang-kurangnya anda jujur dengan isteri anda. Lagi satu niat anda nak poligami tu mesti betul, bukan sebab nafsu semata-mata. Anda nak dirikan masjid kenalah buat dengan cara baik. Ni awal-awal lagi dah kelentong sana-sini.

Saya ada jugak baca tips-tips tentang poligami ni supaya saya faham dengan jelas macam mana nak poligami. Manalah tahu tetiba ada kawan bagitau nak tambah cawangan bolehlah saya bagi peringatan pada dorang nanti supaya dorang tak sampai menyakiti hati dan perasaan isteri mereka.

Tentang cara mudah poligami tu mungkin tak sama bagi sesetengah orang sebab situasi yang berbeza. Beberapa hari yang lepas saya ada juga terbaca "Rahsia Mudah Poligami" dari blog cara pikat lelaki. Banyak tips-tips yang dikongsikan dan ditujukan khas kepada lelaki yang nak berpoligami.

Nasihat saya awal-awal, anda kena faham betul-betul poligami menurut islam barulah keluarga yang dibina bahagia. Lagi satu air muka anda tidak tercemar di mata saudara mara dan kaum keluarga.

Bagi kaum lelaki yang dah tak sabar lagi nak berpoligami tu elok sangatlah baca Rahsia Mudah Poligami --> Picit Disini. Sekurang-kurangya anda tak tersalah langkah untuk membina keluarga yang bahagia.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
July 31, 2015 12:36 PM delete

Sensitif isu ni. Tak tau nak komen apa...

Reply
avatar
July 31, 2015 10:59 PM delete

Ya, memang sensitif sangat isu ini :-)

Reply
avatar
March 08, 2016 10:30 PM delete

sebab yang no.5 adalah komplikated..apabila dah jatuh yang cinta ikhlas dan murni kepada wanita lain maka halangan macam manapun akan tetap diharungi walaupun sudah beristeri...dan cinta ini akan menjurus kepada poligami..

Reply
avatar
March 10, 2016 1:19 AM delete

betul tu..terpulang pada diri masing-masing..

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia