Rezeki Bukan Sekadar Yang Nampak Di Mata

Rezeki Bukan Sekadar Yang Nampak Di Mata. Suka saya mengingatkan bahawa rezeki bukan sekadar yang nampak di mata kerana konsep rezeki sangat luas. Rezeki bukannya wang ringgit atau pemberian secara percuma semata-mata. Hakikatnya rezeki pemberian Allah swt sungguh luas dan meliputi seluruh alam ini. Kadang-kadang kita silap dalam menilai rezeki sedangkan apa yang ada disekeliling kita adalah rezeki. Mari kita amati satu-persatu.

rezeki bukan sekadar nampak di mata

Rezeki Bukan Sekadar Yang Nampak Di Mata

Subhanallah, dalam kehidupan seharian, kita sering menikmati rezeki pemberian Allah swt yang tidak nampak di mata. Air dan udara adalah rezeki. Allah swt sungguh pemurah dalam pemberian rezeki. Bayangkan jika hidup ini tiada udara atau oksigen adakah kita boleh terus bernafas dan hidup. Bayangkan pula jika tiadanya air dalam kehidupan, adakah kita boleh menjalankan kehidupan seharian seperti mana yang kita lalui sekarang.

Namun dalam kehidupan kadang-kadang kita silap, kita melihat rezeki adalah sesuatu dalam bentuk sejumlah wang, harta benda atau apa sahaja yang diperolehi secara percuma. Kita tidak boleh untuk mengatakan dengan mudah orang yang miskin hidup sederhana adalah orang yang sempit rezeki. Kita juga tidak boleh untuk mengatakan dengan mudah bahawa orang yang kaya itu rezekinya lebih murah dan luas rezekinya.

Hakikatnya kita tidak tahu sebaliknya, walaupun si miskin itu hidup sederhana dan tiada harta benda yang mewah tetapi dia lebih merasakan bahagia dan tenang dengan apa yang ada. Boleh jadi dia bahagia dengan kehidupan yang dimiliki dan bahagia di samping keluarga. Bukankah orang yang betul-betul kaya adalah orang yang kaya jiwanya.

Bagaimana pula dengan si kaya tadi? Mungkin dia lebih kaya dengan harta benda, memiliki rumah yang besar dan kereta berjenama tetapi disebaliknya kita tidak tahu. Boleh jadi jiwanya tidak tenang, dia ada masalah kesihatan yang terpaksa ditanggung. Bukankah kesihatan juga adalah rezeki pemberian Allah swt. Atau kehidupan dia tidak teratur disebabkan oleh masalah keluarga dan sebagainya.
"Kita mampu memiliki rumah yang besar tetapi kita mungkin tidak mampu membeli kebahagiaan di dalam rumah itu..."
Lihatlah betapa luasnya rezeki pemberian dari Allah swt. Rezeki yang tidak nampak di mata diberi secara percuma dalam kehidupan tetapi kita tidak sedar. Sedangkan ia sangat penting dalam kehidupan kita. Marilah kita sama-sama mengubah persepsi kita tentang rezeki kerana rezeki Allah swt sangat luas dan Allah swt sangat pemurah terhadap hamba-hamba-Nya. Mudah-mudahan kita terhindar dari mengambil rezeki yang haram.

Sama-samalah kita memohon dengan Allah swt agar diberikan dan dideraskan rezeki yang berkat yang tiada habis dan tiada putusnya seperti makhluk Allah swt yang sentiasa mengelilingi Kaabah. Ringankanlah diri kita untuk menjemput dan menarik rezeki agar amalan-amalan kita dapat menjadi magnet tarikan rezeki.

Pastinya dalam kehidupan, kita ada masalah masing-masing misalnya masalah kewangan. Tidak cukup wang, gaji tidak cukup, duit gaji cepat habis dan hutang keliling pinggang, mudah-mudahan kita boleh langsaikannya dengan menjaga hubungan dengan "The Owner Of Rezeki"

Bagi yang menjalankan bisnes, jualan kurang memberangsangkan atau sebagainya adalah lebih baik kita iringi dengan amalan-amalan pembuka dan penarik rezeki. Mudah-mudahan dengan apa yang disampaikan dapat direnung dan diamalkan.


Nota Kehidupan : Perkongsian demi perkongsian pengamal formula menarik rezeki yang boleh membuatkan kita menitiskan air mata dalam menjemput rezeki dan menyelesaikan masalah kesempitan rezeki: Baca Disini



ps : Rezeki akak ni melimpah ruah selepas amalkan formula ini. Buat sale RM10,000 dari bisnes part time sambil jaga anak je. Nak tahu formula apa yang akak ni guna ? Muat turun sekarang --> Formula luar biasa


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

10 comments

comments
July 05, 2015 11:17 PM delete

jernih nya air.... betul laa,,kadang merungut jugak kenapa tak dapat itu, tak dapat ini.. tapi sebenarnya dapat yg lain.. yg tu pon rezeki jugak.. luas rezeki Allah bagi ni.. nak taknak je kita bersyukur

Reply
avatar
July 05, 2015 11:38 PM delete

Betul tu, kita kena selalu bersyukur dan belajar besyukur. Rezeki Allah swt ni luas. Bersyukur juga salah satu cara menjemput rezeki :-)

Reply
avatar
July 06, 2015 4:05 AM delete

Perkongsian bermanfaat, manusia selalu lupa utk bersyukur klu asyik membandingkan diri dgn org yg lebih baik, cuba bandingkan diri dgn mereka yg kurang bernasib baik, baru kita akan sedari betapa byknya nikmat yg Allah dah berikan pada kita :)

Jom Terjah: Bukti cukai GST menyusahkan rakyat berbanding SST


Reply
avatar
July 06, 2015 7:22 AM delete

betul. rezeki boleh jadi dalam pelbagai bentuk. anak2 yang baik dan sempurna, kesihatan, keluarga bahagia, harta, rasa tenang..semua juga rezeki...

Reply
avatar
July 06, 2015 7:42 AM delete

betul tu, rezeki memang datang dalam pelbagai bentuk cuma kebelakangan ni orang selalu menganggap duit=rezeki tanpa sedar yang kesihatan, udara dan macam2 lagi merupakan rezeki juga..

Reply
avatar
July 06, 2015 7:44 AM delete

Subhanallah indah sungguh ciptaan allah , Rezeki yang tidak terkire .

Reply
avatar
July 07, 2015 1:23 AM delete

Betul tu, tu salah satu cara mendidik diri bersyukur :-)

Reply
avatar
July 07, 2015 1:24 AM delete

terima kasih atas pandangan, betul tu, saya setuju :-)

Reply
avatar
July 07, 2015 1:26 AM delete

ya, kena perbetulkan persepsi kita selalu, inshaAllah :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia