Misi Berjaya, Top Affiliate Klikjer Mei 2015

Masih belum terlewat untuk tulis. Kali ini tersenarai dalam list top affiliate klikjer untuk bulan mei 2015. Rasa macam tak percaya pun ada tapi tak mustahil kalau kita target pada berapakah bilangan sales yang kita mahukan tiap-tiap bulan. Bila ada sales yang konsisten dan kita berjaya capai target inshaAllah dapat tersenarai sebagai top affiliate.

Top Affiliate Klikjer Mei 2015

Bulan ni dapat jadi top affiliate, bulan depan belum tentu lagi tapi tak mustahil untuk konsisten seperti dorang ni kalau aplikasikan teknik Rahsia Klikjer.

rahsia dapat top affiliate klikjer

Dah macam liga plak dah, abam reezluv tu macam biasalah jadi juara diikuti rapat oleh cikgu titan tu. Semuanya hebat-hebat belaka. Orang lama dalam buat duit blog katakan, siapa tak kenal mereka kan.

Kisah Dapat Komisen Dari Klikjer

Ceritanya begini, bukannya hari ini saya daftar terus dapat komisen dan bukan juga hari ini daftar pagi besok dah dapat komisen. Sebab saya ni pada mulanya malas nak promosi. Tahun 2014 daftar affiliate dan tahun 2015 barulah merasa komisen. Sebab saya tak serius untuk promosi, buat sambil lewa dan strategi pun tak betul. Tapi permulaan 2015 tu dapat aura dari Panduan Rahsia Klikjer terus rasa bersemangat.


Setelah seminggu khatam panduan rahsia klikjer beserta video, maka bermulalah eksprimen saya menggunakan blog. Sebab apa blog? Sebab teknik yang digunakan ini 100 % menggunakan blog. Alahh..blogger newbie pun boleh buat kalau serius dan tekad. Bukan buat main-main dah sambil lewa.

bayaran komisen affiliate klikjer

Tak ada bahasa dan teknik yang sukar untuk anda hadam dan faham ilmu rahsia klikjer ni. Tak percaya cubalah..nanti anda akan lihat hasilnya mengapa buat duit dengan blog sangat best. Ini kaedah yang long term.

Pendek kata...kena tahu ilmu SEO dan teknik pengurusan blog, bukan tulis untuk promosi semata-mata. Tak boleh ada perkataan MALAS kalau nak buat duit dengan blog. Kena rajin belajar walaupun prosesnya memakan masa tapi kalau kena pada tekniknya tak mustahil untuk anda hasilkan komisen dengan lebih cepat. Sekali lagi saya ulang kena tahu teknik-teknik SEO, cara penulisan dan strategi pengurusan blog.

Kena tanya diri anda teknik apakah yang anda mahu gunakan. Kalau jawapannya menggunakan blog anda wajib belajar Buat duit blog dengan SEO tetapi jika anda nak gunakan teknik pemasaran Email dan sebagainya adalah lebih baik anda ke Kelas Affiliate.

Ok macam mana, semoga membantu ya. Jangan penat untuk mencuba.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia