Panduan Putu Piring & Putu Bambu Sedap

Panduan buat putu pring dan putu bambu. Makanan tradisi turun temurun kegemaran saya. Lain padang lain belalang dan lain orang lain pula resepi putu. Rasa putu mungkin berbeza-beza dan tahap kesedapannya juga berbeza. Masih ramai yang tercari-cari cara buat putu yang sedap. Ada yang nak belajar tapi tak ada yang nak ajar resepi buat putu sedap.

Panduan Buat Putu Piring & Putu Bambu Sedap

Kalau pergi ke pasar malam antara makanan yang buat saya tersangkut adalah putu piring dan putu bambu sebab baunya memang memikat. Tarikan memikat dari jauh datang dekat. Yang memikat tu putu piring dan putu bambu, yang jauh datang dekat tu sayalah. Sebab apa saya tertarik, sudah tentulah disebabkan resepi membuat putu yang super sedap.

Resepi Buat Putu Piring Mudah, Lembut Dan Sedap

resepi putu piring sedap

Ini yang berjaya saya korek tentang resepi putu piring. Bahan-bahannya ialah :
  • 2 cawan tepung beras
  • 3/4 sudu garam
  • 150ml air panas
  • 1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih sahaja dan gaul dengan 1/2 sudu teh garam)
  • 1/2 cawan gula melaka,diparut
  • 5-6 helai daun pandan
  • kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
  • daun pisang digunting 2inci persegi

Cara-cara membuat Putu Piring Asli Tradisional
  1. Tepung beras digoreng tanpa minyak selama 5 minit. Kemudian ayak dan biarkan sejuk.
     
  2. Campurkan garam dengan air panas dan daun pandan. Biar sebentar untuk mendapatkan bau pandan. Renjis-renjiskan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. Seeloknya gunakan air panas.
     
  3. Panaskan pengukus. Griskan acuan putu dgn sedikit minyak. Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya.
     
  4. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) Biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan. Biarkan putu dalam kain muslin selama kira-kira seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.
     
  5. Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.
     
  6. Sedia untuk dihidang dan disantap.

Resepi Buat Putu Bambu Yang Lengkap

Bahan-bahannya ialah :
  • 400 Gram Tepung Beras
  • 300 ml Air
  • 3 Lembar Daun Pandan
  • 1/2 Sendok Garam
  • 125 Gram Gula Melaka yang telah dikisar
  • 125 Gram Kelapa Parut

Cara-Cara Membuat Putu Bambu Yang Sedap
  1. Rebuslah air yang dicampur dengan garam dan daun pandan sampai mendidih, jika sudah angkat dan biarkan sampai hangat
     
  2. Masukan tepung beras ke dalam sebuah bekas, kemudian masukan air pandan tersebut sedikit demi sedikit sambil diadun hingga merata
     
  3. Gunakan penapis kasar kemudian masukkan adunan tepung, dan diayak hingga adunan menjadi halus
     
  4. Masukan adunan ke dalam cetakan bambu yang dibawahnya sudah diberi potongan kecil daun pandan (atau daun pisang) sebagai alas.
     
  5. Lubangi bagian tengah adonan kemudian masukan sisiran gula melaka secukupnya. Jika sudah tutup dengan adunan tepung beras hingga cukup penuh dan ratakan
     
  6. Siapkan pengukus yang terdapat lubang-lubang kecil, kemudian letakan cetakan yang sudah berisi adunan putu dengan posisi berdiri tepat di atas lubang kukusan.
     
  7. Kira-kira setelah sekitar 10 minit dikukus, angkat dan keluarkan kuih putu dari cetakan dan sajikan di atas piring.
     
  8. Taburi kuih putu yang sudah masak tadi dengan parutan kelapa ditambah sedikit gula pasir.
Sumber : Blog Resepi Cik Bee



Selamat mencuba resepi putu piring dan putu bambu yang saya kongsikan. Untuk permulaan, buatlah di rumah untuk makan bersama keluarga. Bila dah mahir nanti bolehlah jual putu tu nanti. Untuk menambahkan kefahaman dan kepakaran anda tentang cara buat putu ni, anda boleh rujuk : "Panduan lengkap membuat putu beserta video tutorial". Ada panduan putu piring, putu bambu dan beraneka jenis putu.

Sebab apa anda kena rujuk panduan ini ?, sebabnya... untuk menghasilkan putu yang sedap, halus, lembut dan gebu anda memerlukan beberapa teknik dan kemahiran. Ada 8 modul kesemuanya antaranya :

MODUL 1 : MEMBUAT PUTU HOMEMADE

Di dalam modul ini anda akan diajar secara terperinci melalui video step by step dalam pembuatan putu homemade. Semuanya diajar dari asas sehingga pandai. Dibawah ini teknik-teknik rahsia yang bakal dipelajari.

1. Teknik menimbang dan mengaul bahan-bahan putu.
2. Teknik melubangkan dan mengukus serbuk putu
3. Teknik mengesek dan menghaluskan serbuk putu.
4. Teknik memasukkan serbuk putu ke dalam acuan
4. Teknik memasukkan gula melaka ke dalam putu
5. Teknik mengeluarkan putu dari acuan
6. Teknik penyediaan gula melaka parut.
7. Teknik penyediaan kelapa parut

Semua teknik-teknik penting ini diajar melalui video bersuara step by step. Semua resepi dan rahsia akan didedahkan dalam video ebook ini.

MODUL 4 : MEMBUAT ANEKA INTI PUTU

Tentu menarik putu anda dengan aneka inti putu. Ini menjadikan putu anda lebih sedap dan special. Dibawah ini 5 jenis aneka putu berinti yang dipelajari

1. Resepi Putu Inti Kaya
2. Resepi Putu Inti Coklat
3. Resepi Putu Inti Kelapa Manis
4. Resepi Putu Inti Kacang Tanah
5. Resepi Putu Inti Kacang Merah

Dengan memahami teknik membuat putu aneka inti, anda boleh mencipta inti anda sendiri yang lebih hebat. Ini beberapa modul yang saya kira menarik untuk dipelajari. Khas untuk sesiapa sahaja yang nak belajar buat putu gaya pro dan mulakan bisnes putu yang untung, wajib rujuk panduan ini beserta video lengkap.

Nampaknya panduan ini betul-betul membantu mereka di luar sana :

testimoni pakej lengkap rahsia putu

ps : mungkin semua orang boleh buat putu, tapi tak semua mampu buat putu yang lembut, halus, gebu dan sedap tanpa merujuk panduan rahsia membuat putu.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia