Panduan Menjaga Kereta Agar Tahan Lama

Seperti yang kita sedia maklum kereta adalah liabiliti dan bukannya aset yang semakin susut nilainya. Tapi tak ada kereta susah jugak kan nak bergerak ke mana-mana. Nampaknya, kena ada jugak kereta khususnya untuk yang dah bekeluarga tak kisahlah kereta jenis apa sekalipun tapi biarlah bersesuaian.

Panduan Menjaga Kereta Agar Tahan Lama

panduan menjaga kereta

Bila dah ada kereta ni maklum sajalah kena rajin menjaganya. Bukan apa takut nanti akan berhadapan dengan pelbagai risiko kerosakan yang teruk yang sudah tentu menelan kos yang agak banyak juga. Nak-nak bila kedai servis caj harga yang cekik darah tambahan pula kita tak ada ilmu tentang kereta. Sedangkan kita boleh elakkan kerosakan dan pembaziran wang untuk membaikpulih kereta dengan mempelajari ilmu penjagaan kereta yang sebenar.
"Ramai warga Malaysia yang memiliki kereta, tetapi tidak ramai yang pandai menjaganya. Sebab itulah ramai pelanggan yang datang ke bengkel berpunca dari kekurangan penjagaan dan kelemahan dalam menyelenggara kereta sendiri.."
Biasanya kes-kes kerosakan yang biasa berlaku :
  • Enjin selalu panas kerana jarang memeriksa air di radiator.
  • Enjin terasa berat kerana salah memilih minyak hitam.
  • Kes paling teruk enjin perlu dioverhaul kerana tak pernah tukar minyak hitam.
Pendek kata 101 punca kerosakan pada kereta adalah kurangnya ilmu. Bayangkan anda dah beli kereta dan bayaran bulanan sebanyak 8 ratus sebulan. Tiap-tiap bulan anda perlu keluarkan sejumlah wang ini untuk bayar kereta secara ansuran. Tapi yang tak best jika penyelenggaraan kereta anda tidak dilakukan dengan betul, anda sebenarnya membazirkan wang malah tambahan ratusan ringgit sebulan yang sebenarnya boleh dielakkan dengan ilmu dan kemahiran penyelenggaraan kereta yang sebenar.


Kalau kita tak peka dengan penjagaan kereta, banyak masalah akan timbul yang melibatkan risiko kerosakan. Anda nak kereta "kekal tip-top" tetapi tak nak menjaganya. Akibatnya berlakulah siri-siri kerosakan seperti :
  • Enjin kereta akan selalu panas.
  • Enjin perlu dioverhaul di bengkel.
  • Enjin terasa berat sedangkan originalnya ia lebih terasa ringan dan selesa dipandu.
  • Kereta jadi bising tak tentu hala.
  • Dashboard kereta akan nampak bertompok-tompok dan banyak lagi.

Tips Servis Kereta Anda Mesti Tahu

Enjin adalah nadi kereta anda, sekali rosak, ribuan ringgit wang anda akan hangus begitu sahaja. Anda perlu tahu :
  • Bagaimana mengelakkan calar-calar halus akibat pergerakan bahagian enjin yang belum disaluti minyak hitam dan mengurangkan risiko kerosakan lebih besar.
  • Teknik penting sebelum anda memberhentikan kereta.
  • Bagaimana menjaga kereta yang hanya dipandu sebulan sekali.
  • Bilakah kereta anda perlu rehat ketika mememandu jarak jauh.
  • Kena belajar 5 langkah bagaimana memeriksa minyak hitam atau pelincir.
  • Teknik betul dalam membuka penyaman udara kereta. Jika tak tahu, ia akan memendekkan hayat sistem penyaman udara anda.
Menjaga kereta nampaknya akan jadi lebih susah jika tak ada ilmu. Tipulah kereta tak akan rosak tapi sekurang-kurangnya kita mampu untuk mengurangkan risiko kerosakan pada kereta. Kereta ni faham-faham sajalah bila dah rosak ni pasti kos untuk membaikinya boleh tahan jugaklah terutama sekali bila melibatkan bahagian enjin.


Paling tak best bila pergi ke bengkel, pomen plak caj dengan harga yang mahal dan tak masuk akal. Bukan semua pomen macam tu tapi ada jugak sesetengah tu yang suka ambil kesempatan nak-nak kalau kita tak ada ilmu langsung tentang penjagaan kereta. Tak adil plak kan, dah lah kereta rosak tapi kena keluarkan banyak duit untuk repair kereta.

Itulah pentingnya ilmu panduan penjagaan kereta. Baik dari segi tayar, enjin, penjagaan luaran dan banyak lagi yang perlu dipelajari supaya kita berjaya mengurangkan risiko kerosakan pada kereta. Baca lebih banyak "Panduan Penjagaan Kereta" sekarang kalau anda nak kereta anda tahan lasak dan kekal lama.

ps : Jadilah pemandu dan pemilik kereta yang bertauliah yang ada ilmu penjagaan kereta supaya kereta anda kekal tip-top. Baca lebih banyak panduan penjagaan kereta sekarang di laman web berikut : Mudahnya Menjaga Kereta




[+] Lebih Banyak Tips Kereta : Blog Panduan Penjagaan Kereta

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia