Panduan Belajar Bisnes Kuih Raya Lengkap

Panduan Belajar Bisnes Kuih Raya Lengkap. Pejam celik pejam celik kita dah memasuki bulan Ramadhan. Dalam bulan yang mulia ni umat islam diseluruh dunia diwajibkan berpuasa. Kedatangan bulan Ramadhan ini juga memberi peluang dan ruang untuk sesiapa sahaja yang nak berniaga. Ada yang dah mulakan bisnes kuih raya. Almaklumlah kuih raya ni memang mendapat permintaan yang tinggi.

Panduan Belajar Bisnes Kuih Raya Lengkap

panduan belajar bisnes kuih raya

Dalam bulan Ramadhan, terdapat segelintir rakan-rakan kita yang sanggup mengharungi keletihan berpuasa di siang hari dan berjaga sepanjang malam semata-mata untuk memenuhi tempahan pelanggan terhadap juadah-juadah kuih raya yang mesti dibekalkan sebelum 1 syawal. Bahkan ada di antara mereka yang sanggup ambil cuti untuk memastikan tempahan-tempahan pelanggan dipenuhi.

Tekad betul dorang ni ye. Ni baru betul, alang-alang berbisnes biar sampai berjaya.
Pengusaha-pengusaha kuih raya ini ibarat beruang polar yang  tidur lena dalam kesejukan menunggu ketibaan musim panas. Ketahuilah bahawa musim raya ini adalah ibarat  'musim panas' bagi usahawan-usahawan kuih raya.

Bisnes kuih raya ni antara bisnes yang "Hot" dan boleh memberikan sumber pendapatan kepada sesiapa sahaja. Lagi satu sikap orang kita ni kalau menjelang perayaan memang terkenal dengan tabiat berbelanja habis-habisan ketika musim raya.

Tiap-tiap bulan boleh jual kuih raya. Eh eh, memang boleh jual tapi tak sama dengan jual apabila tiba musim perayaan. Sebab itulah saya katakan bisnes kuih raya ni memang laku keras sebab permintaan yang bermusim. Musim raya je orang nak beli kuih raya sebab tu bila masuk je bulan Ramadhan dah ada dah orang yang jual kuih raya.


Cuba pergi ke pasar raya, bazar Ramadhan atau ke pasar-pasar, memang dah ada dah orang yang jual kuih raya. Ada bermacam-macam kuih raya yang mereka jual. Tu kat pasar, kalau kat rumah plak dah ada mak cik-mak cik, kakak-kakak yang buat bisnes kuih raya dari rumah. Dorang ni dah siap sedia untuk ambil tempahan.

Eh, boleh ke bisnes kuih raya dari rumah? Kenapa plak tak boleh sebab nak berniaga ni tak semestinya kena buka kedai. Anda belajar buat kuih raya, ambil tempahan dan hantar kepada pelanggan. Jangan terkejut plak bila sampai satu tahap tu tak menang tangan plak anda dibuatnya.

Biasanya masalah-masalah berikut yang menghantui orang kita untuk bisnes kuih raya. Adakah masalah-masalah ini menghantui anda juga?

  • Tak tahu bagaimana nak bermula?
  • Tak tahu di mana nak dapatkan bahan mentah berkualiti dengan harga yang berpatutan?
  • Tiada resipi yang 'special' yang boleh menarik bakal pembeli?
  • Tak cukup modal? Adakah anda rasa bahawa anda memerlukan modal yang besar untuk bermula?
  • Masalah nak dapatkan tenaga kerja yang berpengalaman dan bergaji murah?
  • Tak tahu jenis-jenis kuih yang mendapat permintaan? Salah pilih jenis kuih yang hendak dipasarkan?
  • Kenaikan harga bahan mentah?
  • Tak dapat memenuhi tempahan sehingga menjelang Aidilfitri?

Nampak tak antara masalah yang melanda orang kita kalau nak mula bisnes kuih raya. Adakah anda juga menghadapi masalah seperti di atas?

Nampaknya dah sampai masanya kita bongkar satu demi satu "Rahsia Bisnes Kuih Raya" melalui Panduan Bisnes Kuih Raya.

Jadi, mahu tak kalau saya kongsikan Panduan Bisnes Kuih Raya yang merungkai 1001 Rahsia Kejayaan Bisnes Kuih Raya bahkan strategi pemasaran kuih raya. Panduan ini telah berada di pasaran cuma anda tak akan jumpa di mana-mana kedai buku sebab panduan ini anda akan jumpa di laman web berikut secara online : Panduan Bisnes Kuih Raya

Panduan sebeginilah yang telah digunakan oleh usahawan kuih raya sejak dari dulu lagi. Kalau anda tanya peniaga-peniaga kuih raya belum tentu lagi mereka kongsikan segala resepi dan rahsia mereka. Jadi sebelum ia jatuh lagi ke tangan pesaing anda, apa kata anda baca dahulu apa yang nak disampaikan oleh penulis secara terperinci tentang panduan bisnes kuih raya.



ps : Bisnes-bisnes jugak tapi di bulan ramadhan yang mulia ni sama-samalah kita meningkatkan amal ibadah dan banyakkan berdoa supaya apa yang kita usahakan berjaya. Semoga berjaya dalam bisnes kuih raya.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia