Kenapa Masih Gagal Dapat Komisen Affiliate

Kenapa Masih Gagal Dapat Komisen Affiliate. Bisnes Affiliate dah tak asing lagi di negara kita. Malah dah semakin femes dan semakin digemari oleh sesiapa sahaja yang nak berniaga tapi tiada produk sendiri. Namun begitu tak kurang juga yang masih gagal dan buntu untuk hasilkan sales dari program affiliate.

Kenapa Masih Gagal Dapat Komisen Affiliate

Dah bermacam-macam cara digunakan tetapi masih belum membuahkan hasil. Ada yang kata dah buat macam-macam tapi tetap gagal untuk dapatkan komisen yang pertama. Apakah cara berkesan hasilkan komisen affiliate.

kenapa gagal dapat komisen affiliate

Jangan pilih produk tetapi pilih niche produk. Komisen affiliate bergantung kepada niche produk yang anda pilih. Antara niche yang mempunyai permintaan tinggi, niche pelaburan, niche kerjaya, niche kesihatan dan juga niche buat duit atau tambah pendapatan. Anda mesti pilih produk berdasarkan niche-niche tersebut.

Ada banyak program affiliate di Malaysia ini dan yang paling femes ialah Ashadee dan Klikjer. Anda juga berpeluang untuk menyertai program affiliate yang diuruskan oleh usahawan internat tempatan secara persendirian. Tugas anda cuma
  • Kenalpasti niche,
  • Pilih produk
  • Promosi

Ada banyak kaedah promosi affiliate tetapi pilih kaedah yang betul-betul berkesan antaranya melalui email dan juga pemasaran artikel (blog). Kalau anda memilih untuk menggunakan pemasaran email, anda memerlukan autoresponder dan juga squeeze page untuk mengumpul list atau subscriber.

Kaedah ini memerlukan kos untuk melanggan autoresponder, domain dan hosting. Domain dan hosting diperlukan untuk anda hostkan Squeeze Page. Anda juga boleh gunakan blogspot secara percuma untuk membina Squeeze Page tanpa perlu melanggan domain dan hosting. Squeeze Page yang dibina juga lebih menarik sepertimana panduan blogspot minisite.


Seterusnya anda perlu promosikan Squeeze Page anda tadi untuk mengumpul list. Squeeze Page mestilah mengandungi tawaran-tawaran yang mampu membuatkan pelanggan tertarik untuk subscribe. Apabila mereka memasukkan nama dan email, autoresponder akan melakukan follow up secara automatik melalui mesej yang telah anda setup.

Jangan terus menjual, sebaliknya follow up mereka dengan tips-tips serta panduan yang boleh memberi nilai tambah kepada mereka. Lakukan softselling supaya tidak menampakkan bahawa anda ingin menjual secara terus terang.

Ulangi proses ini untuk produk-produk yang lain :
  • Kenalpasi Niche
  • Pilih Produk
  • Bina Squeeze Page
  • Promosi Squeeze Page
  • Follow Up
Cara kumpul list ada yang percuma dan berbayar, bergantung kepada anda. Ramai juga dalam kalangan IM yang menggunakan Google Ads dan juga Facebook Ads untuk mendapatkan pelanggan. Ada yang beranggapan bahawa dengan melalukan kaedah berbayar, jualan akan meningkat. Itu anggapan yang SALAH sama sekali.

Sebaliknya anda perlu melakukan Split test terhadap kempen kempen yang anda jalankan supaya anda dapat mengenalpasti iklan yang manakah lebih mendapat sambutan dan mampu convert sales. Split test adalah sangat penting untuk anda mengenalpasti iklan yang manakah yang lebih mendapat sambutan dan iklan yang manakah yang patut anda teruskan.


Ok, jelas tak setakat ini. Selamat mencuba.

Selamat maju jaya untuk anda. Kita jumpa lagi

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia