Jagalah Hati Di Bulan Ramadhan

Tips Menjaga Hati Di Bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan penyucian untuk seluruh umat islam. Bila tiba bulan ramadhan umat islam diwajibkan berpuasa. Puasa yang dimaksudkan tidak terhad kepada menahan lapar dan dahaga sahaja. Ia juga meliputi seluruh anggota badan manusia atau lebih tepat lagi mengawal nafsu dan seluruh anggota daripada melakukan perbuatan yang mungkar.

Tips Menjaga Hati Di Bulan Ramadhan 

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan digalakkan meningkatkan amal ibadah kerana Allah swt memberikan pahala berganda-ganda kepada hamba-Nya.

jaga hati di bazar ramadhan

Kita juga digalakkan untuk menjaga hati semasa Ramadhan agar puasa kita benar-benar berkualiti disisi Allah SWT. Suka saya menyentuh tentang Bazar Ramadhan. Bila datangnya bulan Ramadhan mesti ada bazar dan bila ada bazar mesti ada BAZIR.
Sebab itulah Nabi menggalakkan kita membaca doa sebelum masuk ke pasar...
Biasalah bila ke bazar Ramadhan dengan perut yang lapar tekak yang haus semua makanan dan minuman nampak sedap. Adakalanya ia nampak sedap di mata semata-mata.

ayam golek sedap bazar ramadhan

Seeloknya kawallah diri anda ketika membeli di bulan Ramadhan agar tidak berlakunya pembaziran. Sentiasalah menundukkan pandangan di bazar Ramadhan agar terhindar daripada melihat perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa.

Ketika membeli, pandanglah makanan yang ingin dibeli cukup untuk dimakan lebih daripada seorang agar tidak berlakunya pembaziran. InshaAllah sama-sama kita memelihara hati kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia.

Semoga kita berjaya menempuhi bulan Ramadhan yang mulia ini :-)
 


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia