Dedah Sana & Dedah Sini

Dedah sana dan dedah sini. Terkedu sekejap saya tengok segelintir anak gadis kat media sosial ni. Tak salah kalau nak main facebook, twitter, instagram dan media sosial yang seangkatan dengannya tapi ada jugak batasnya.

Tutuplah Jangan Dedah Sana-Sini

Dengan perkembangan telefon pintar sekarang ni, budak sekolah rendah darjah 6 pun dah ada handphone apatah lagi budak sekolah menengah. Kekadang handphone mereka lebih canggih dari handphone saya ni. Cepatnya masa berlalu dan betul-betul mencabar tugas mendidik anak-anak oleh ibu-bapa pada zaman sekarang.

wanita wajib tutup aurat

Ada segelintir anak gadis zaman sekarang seolah-olah sudah biasa dedah aurat masing-masing. Kalau dilihat di laman facebook, mereka seperti dah tak ada rasa bersalah upload gambar yang tidak menutup aurat.


Perlu diambil perhatian dengan serius, sedar tak segala perilaku dan tindak tanduk kita di laman sosial sentiasa diperhatikan. Bayangkan anda upload gambar, beribu-ribu pengguna akan lihat gambar anda walhal anda dah tidur sekalipun. Malah mereka boleh save dan sebar gambar-gambar anda semudah ABC.

Saya bukan apa, rasa terkesan jugak bila melihatkan isu ini yang dah semakin sebati dalam kehidupan masyarakat kita. Saya tak pernah kata main facebook, twitter dan instagram tu salah cuma kadang-kadang tanpa kita sedar cara kita gunakan tu salah. Sebab 100 % terletak pada diri kita.

Dedah sana dedah sini tu tak elok khususnya untuk memikat lelaki sekalipun. Cara tu salah malah boleh menyumbang kepada dosa dan benda-benda yang lagi buruk. Dunia zaman sekarang memang mencabar dan tugas mendidik anak-anak tidak boleh diserah kepada guru semata-mata. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang besar dalam hal ini.


Sekadar pandangan peribadi, sama-sama kita renungkan. Selamat beramal.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia