Cara Menulis Headline Iklan Yang Mampu Menjual

Cara Mudah Menulis Headline Iklan Yang Mampu Menjual. Suka saya katakan bahawa Headline adalah nyawa bagi sesuatu copywriting. Dari Headline jugalah yang akan menentukan sama ada iklan yang ditulis menarik minat prospek ataupun tidak. Sebagai seorang peniaga online, anda perlu kuasai ilmu copywriting. Copywriting yang baik menentukan kejayaan dalam sesebuah kempen pemasaran.

Cara Mudah Menulis Headline Iklan Yang Mampu Menjual

Perlu diingat bahawa dalam perniagaan online anda tak berhadapan dengan orang ramai. Jadi anda perlu tarik perhatian mereka supaya menjadi prospek anda dengan menggunakan teknik copywriting.

cara tulis ayat iklan
 
Dalam penghasilan iklan, anda perlu bina headline yang terbaik yang mampu menarik perhatian pembaca dan membuatkan mereka rasa tidak sabar untuk meneruskan pembacaan.


Ada beberapa tips untuk menghasilkan headline yang baik yang membuatkan anda kelihatan seperti copywriter profesional. Anda perlu gunakan beberapa tips di bawah untuk membina headline yang baik.

Tips Menulis Tajuk Iklan Yang Baik

1.Mesti fokus pada jual faedah bukan produk. Ingat pelanggan membeli faedah dan bukannya produk. Mereka mahukan faedah yang mampu memberi kebaikan kepada mereka tidak kisahlah produk apa sekalipun. Oleh itu tawaran anda mestilah menekankan faedah yang bakal mereka terima selepas membeli produk anda.

2.Mesti fokus untuk selesaikan masalah mereka. Percayalah, kebanyakan mereka yang membeli disebabkan oleh masalah yang dihadapi. Jadi anda perlu kenalpasti adakah produk yang anda jual mampu menyelesaikan masalah mereka. Jadi, tukarkan faedah yang mereka dapat kepada penyelesaian masalah mereka.


3.Mereka mahukan faedah dengan kadar segera. Biasanya, pelanggan mahukan faedah dalam masa yang singkat dan mereka tak mahu menunggu lama untuk melihat hasilnya. Anda perlu tawarkan sesuatu yang mendatangkan hasil segera.

4.Mereka tak mahu bersusah payah. Mereka nak senang atau mudah. Mereka tidak suka kepada sesuatu yang sukar dan rumit. Oleh itu tawarkan sesuatu yang mudah kepada mereka.

Cara Tulis Headline Yang Mudah

  • Bagaimana Anda Boleh (miliki faedah)
  • Dalam (masa yang singkat)
  • Tanpa (apa yang prospek tidak suka buat)

Contoh 1

Prospek sasaran : Orang yang miliki berat badan berlebihan

Masalah : Sukar untuk turunkan berat badan.

Halangan : Suka makan

Contoh iklan : Bagaimana Anda Boleh Hilangkan Berat Badan Sebanyak 20kg Dalam Masa 30 Hari Tanpa Perlu Menahan Makan.


Contoh 2

Prospek Sasaran : Wanita yang menghadapi masalah kulit wajah

Masalah : Bagaimana untuk hilangkan parut dan jerawat

Halangan : Kos rawatan yang tinggi

Contoh Iklan : Bagaimana Anda Boleh Miliki Kulit Wajah Yang Cerah, Tanpa Jerawat Dan Menawan Dalam Masa 14 Hari Tanpa Perlu Berbelanja Besar.



Ok, macam mana? faham tak?

Amalkan teknik ini selalu, tulis seberapa banyak contoh iklan dan perbetulkan. Lama-kelamaan anda akan mahir dalam menulis Headline yang mampu menjual.

Nota : Baca juga lebih banyak panduan copywriting disini : "Kuasai Kemahiran Copywriting" dan juga "Skrip Pemasaran Ajaib"

Panduan ini akan membantu anda menulis headline dan ayat iklan yang membuatkan pelanggan anda tak sabar untuk membeli dengan anda bukan dengan orang lain.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia