Cara Duduk Dalam Solat Yang Betul

Cara Duduk Dalam Solat Yang Betul. Riwayat: (Muslim) Dari Amir Bin Abdullah bin Zubair r.a dari bapanya katanya:
"Apabila rasullah SAW duduk dalam solat, diletakkannya kakinya yang kiri antara paha dan betis serta menegakkan tumit kanan, meletakkan tangan kiri di lutut kiri, meletakkan tangan kanan di paha kanan dan menunjuk dengan telunjuk."
Penjelasan :

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa umatnya hendaklah bersolat sebagaimana cara baginda mengerjakan solat. Ini memberikan maksud bahawa setiap amalan di dalam solat itu sekalipun tidak dinyatakan secara terang di dalam al-Quran, ia dapat dirujuk pada cara ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kerana islam meletakkan bahawa sumber hukum syarak selain daripada al-Quran adalah sunnah dan hadith baginda rasulullah SAW yang telah diutus sebagai pesuruh Allah SWT untuk menyampaikan ajaran-ajaran-NYA.

Cara Duduk Dalam Solat Yang Betul

Oleh itu sebarang pertikaian tentang cara-cara mengerjakan solat hendaklah dirujuk kepada sunnah baginda kerana hal demikian memungkinkan banyak berlakunya percanggahan pendapat.

panduan duduk dalam solat sempurna

Apa yang penting ialah perkara-perkara yang telah disepakatkan oleh ulama' (ijma'ulama') hendaklah diikuti tanpa ada perselisihan hingga munculnya ajaran-ajaran baru yang jauh menyeleweng daripada sunnah baginda. Contohnya seperti yang pernah berlaku sebelum ini, sekumpulan umat islam yang bersolat berimamkan seorang wanita sedangkan hal sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang sejarah.
"Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar". (Al-Ankabut,Ayat 45)

Nak tahu bagaimana untuk solat sempurna dan khusyuk. Baca disini : Panduan Solat Sempurna & Khusyuk

[+] Sumber : Blog Panduan Solat

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
June 24, 2015 1:22 PM delete

Kadang2 benda kecil gini yang buat orang terlupa.

Reply
avatar
June 24, 2015 7:43 PM delete

Benda-benda macam ni yang selalu kita abaikan..

Reply
avatar
June 24, 2015 8:46 PM delete

memang ramai yang dok wat yang salah tu.

Reply
avatar
June 25, 2015 2:11 AM delete

Ya, kena selalu peka dan ambil tahu :-)

Reply
avatar
June 25, 2015 2:12 AM delete

Kena sama-sama perbetulkan, jangan pernah abaikannya :-)

Reply
avatar
June 25, 2015 2:12 AM delete

Sebab dah terbiasa buat yang salah. :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia