Bagaimana Sujud Yang Betul Dalam Solat

Bagaimana Sujud Yang Betul Dalam Solat. Minggu lepas saya dah kongsikan bagaimana cara duduk yang betul dalam solat. Kalau belum baca bolehlah baca ya dan sama-sama kita perbetulkan solat kita. Kali ini saya nak kongsi bagaimana cara sujud yang betul dalam solat.

Bagaimana Cara Sujud Yang Betul Dalam Solat

cara sujud yang betul dalam solat

Riwayat: (al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Malik bin Buhaina r.a

"Ketika nabi Muhammad SAW mengerjakan solat, nabi memisahkan (merenggangkan) tangannya dari tubuhnya (dengan lebar) hingga ternampak ketiaknya putih."

Sujud dari segi istilah 'penyerahan diri yang tertinggi'.

Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua-dua lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi.

Kedua-dua tangan dirapatkan dibahagian bawah sedikit dari ibu jari, iaitu ada sedikit ruang terbuka di antara kedua-dua tangan dan disitulah dahi diletakkan.

Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yang 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari sahaja). Ibu jari kaki dilenturkan sedikit agar menghala ke kiblat.

Rasullah SAW ketika hendak sujud, baginda meletakkan kedua lututnya terlebih dahulu sebelum kedua tangannya. Setelah meletakkan kedua lutut, baginda kemudian meletakkan kedua tangan, lalu kening, lalu hidung. Ketika bangkit dari sujud, baginda mengangkat kepala terlebih dulu, lalu kedua tangannya dan setelah itu baru kedua lututnya.

Nabi pernah berpesan, "Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku solat" (hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Nak tahu bagaimana untuk solat dengan khusyuk dan sempurna?
Boleh baca disini --> Panduan Solat Sempurna & Khusyuk 

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia