Syaitan Mahu Kita Ambil Rezeki Yang Haram

Syaitan Mahu Kita Ambil Rezeki Yang Haram. Rezeki, bukan sekadar yang nampak di mata. Air, udara juga rezeki walaupun tidak nampak di mata. Bayangkan kalau udara tiada apakah kita boleh bernafas? Apakah kita boleh hidup jika tiada air? MasyaAllah hebatnya rezeki pemberian Allah swt kepada kita. Rezeki juga ada yang halal dan ada yang haram.

Syaitan Mahu Kita Ambil Rezeki Yang Haram

burung terbang cari rezeki

Syaitan sentiasa mahukan kita mengambil rezeki yang haram. Mereka sedaya upaya untuk menggoda manusia supaya berbuat kejahatan. Perang antara manusia dengan syaitan adalah perang yang paling hebat kerana kita tidak dapat melihat mereka. Hanya hamba Allah yang betul-betul jujur dan ikhlas sahaja mampu menewaskan syaitan.

Rezeki yang haram. Syaitan akan cuba sedaya upaya untuk memastikan hamba Allah swt mengambil dan merasai rezeki yang haram. Pernah tak anda ke masjid untuk solat dan sebaik sahaja selesai menunaikan solat anda dapati slipar atau kasut anda telah dikebas orang.

Mungkin disaat itu kita akan terfikir untuk mengambil sahaja slipar yang ada untuk pulang ke rumah walaupun itu slipar orang lain. Ketika inilah syaitan mula memujuk kita supaya kita mengambil slipar itu dengan alasan "Tak mengapa kau ambil slipar ini nanti kau pulangkan semula". Bijak tak tipu daya syaitan?

Akhirnya kita membawa pulang slipar itu ke rumah dan lama kelamaan kita semakin lupa untuk memulangkannya sehingga lusuh dan buruk. Di saat ini adakah kita akan pulangkan slipar itu? Tanpa kita sedari kita telah mengambil rezeki yang haram.

Inilah yang saya maksudkan dengan rezeki yang halal dan rezeki yang haram. Mengambil atau merasai rezeki yang haram juga boleh menyebabkan rezeki kita semakin sempit dan susah nak masuk. MasyaAllah mudah-mudahan kita semua terlindung daripada pujuk rayu syaitan untuk mengambil rezeki yang haram.


Sekian perkongsian dari saya.


ps : Rezeki akak ni melimpah ruah selepas amalkan formula ini. Buat sale RM10,000 dari bisnes part time sambil jaga anak je. Nak tahu formula apa yang akak ni guna ? Muat turun sekarang --> Formula luar biasa
 
 
 

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia