Penternakan Kambing, Untung Dan Rugi

Penternakan Kambing, Boleh Untung Dan Juga Rugi, sebabnya tiada ilmu dan matlamat yang jelas. Kalau anda dan baca artikel saya sebelum ini yang bertajuk panduan penternak kambing berjaya mesti anda dah faham macam mana nak untung dalam penternakan kambing. Malangnya kalau tiada ilmu yang betul anda pasti gagal seperti kisah seorang pemuda yang saya nak kongsikan ini.

Penternakan Kambing, Untung Dan Rugi

Kini, semakin ramai yang telah menceburkan diri dalam bidang penternakan dimana pulangannya amat lumayan, dengan syarat, perlulah kena pada gayanya.

panduan lengkap ternak kambing

Apa yang saya maksudkan dengan "Kena pada gayanya?". Saya bermaksud, kenalah ada ilmu dan sedikit pengalaman. Tidak semua yang menjalankan projek penternakan kambing ini berjaya, malah, ramai juga yang gagal oleh kerana tidak mempunyai ilmu dan pengalaman, main belasah aje..

Saya sebenarnya ingin berkongsi cerita dengan anda tentang mereka yang bercita-cita ingin menjadi penternak berjaya tetapi tersilap langkah dan akhirnya terpaksa menanggung kerugian. Kisah ini dikongsikan oleh Mohamed Farid Sulaiman penulis Ebook Panduan Menternak Kambing.

Selepas melihat beliau memulakan penternakan kambing, adalah seorang rakan beliau ini, ingin turut sama menceburkan diri dalam bidang penternakan kambing. Tetapi, masalahnya, rakannya itu langsung tidak bertanya kepada Encik Farid selok belok penternakan kambing.

Dengan keadaan yang gelojoh. Rakannya itu terus mencari tukang kayu dan membina kandang. Selepas beberapa minggu, kandang beliau pun siap. Memang cantik kandang yang dibina, ianya besar dan semuanya menggunakan kayu yang baru. Namun begitu, selepas beberapa bulan, tiada kambing yang dimasukkan ke dalam kandang tersebut. Suatu hari, Encik Farid pergi ke kandang beliau.. saja-saja untuk melawat dan bertanya khabar.

"Wah!.. besar betul ya kandang awak.. mesti mahal nie..!".. ujar Encik Farid

"Ya!.. saya gunakan kayu-kayu baru untuk bina kandang nie.. RM6,000 saya
berhabis untuk bina kandang nie".. balas rakan saya.


"Oh! Banyak betul ya bajet awak untuk bina kandang kambing nie.. tapi.. mana kambing kambingnya?" tanya Encik Farid lagi..

"Hmm.. itulah yang menjadi masalahnya sekarang ini.. duit saya semua dah habis digunakan untuk membina kandang ini!".. balas rakan Encik Farid dengan nada sedikit menyesal.

Encik Farid hanya mampu menggeleng kepala..

* Pengajaran dari kisah ini :

Kandang hanya tempat untuk kambing berteduh, makan, tidur, kahwin dan beranak. Oleh itu cukuplah kandang itu dibina dengan menggunakan kayu terpakai. Selain itu, kita juga perlu merancang, berapa ekor kambing yang ingin kita ternak untuk permulaan? Kalau nak mula dengan 5 ekor, tidak perlulah buat kandang untuk 10 ekor..  itu membazir, sedangkan duit itu sebenarnya, boleh digunapakai untuk membeli lebih banyak kambing betina.

[+] Baca Juga : Langkah Demi Langkah Menternak Kambing Terbaik

Rakan Encik Farid tadi menyatakan, beliau buat kandang menggunakan kayu baru supaya ianya kukuh dan beliau membuat kandang bersaiz besar supaya akan datang tak perlu nak tambah lagi, tapi bagi saya, membina kandang dengan kayu terpakai juga sebenarnya kukuh, dan mulakan penternakan ini dengan kecil-kecilan dahulu.

Nasihat saya, apa yang cuba saya sampaikan disini ialah, sebelum kita memulakan sesuatu langkah atau kerja, kita perlulah terlebih dahulu mendapatkan ilmu mengenainya. Membuat sesuatu perkara tanpa sebarang ilmu, hanya akan menyebabkan kita kerugian dan menyesal.

"RAHSIA KAMBING" , Panduan Lengkap Memulakan Penternakan Kambing.


panduan ternak kambing

Di dalam ebook ini saya akan menunjukkan kepada anda tentang
  • Bagaimana mencari sumber modal bagi projek penternakan anda
  • Tips pemilihan baka kambing untuk memulakan projek penternakan anda
  • Bagaimana membina kandang dengan kos yang rendah
  • Bagaimana menyediakan bekalan makanan yang mencukupi dengan kos yang rendah untuk ternakan anda
  • Bagaimana memerah susu kambing dengan betul
  • Bagaimana menyambut kelahiran kambing
  • Gejala-gejala atau penyakit-penyakit yang selalu dihidapi oleh kambing dan bagaimana cara merawatnya, serta
  • Bagaimana memasarkan ternakan kambing anda


Oleh itu, sebelum anda ingin memulakan projek penternakan kambing, anda perlulah terlebih dahulu mendapatkan serba sedikit ilmu mengenai penternakan kambing ini dan jika berkesempatan, bertemulah dengan mereka yang telah menjalankan projek ternakan kambing ini. Banyak ilmu dan pengalaman yang boleh anda perolehi..


Sekian dari saya.

Credit : Rahsia Penternak Kambing


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
May 26, 2016 12:24 PM delete

Assalamualaikum Tuan, sy berminat dgn buku RahsiaKambing. Mcm mna sy boleh dptk n buku tu?

Reply
avatar
May 26, 2016 4:07 PM delete

Waalaikumussalam Iqbal, terima kasih Iqbal. Buku ni blh dptkan scr online kat link di bwh ni :

http://tinyurl.com/bukurahsiakambing

Iqbal blhlah buat tempahan kat sane ye. Buku akan di hantar scpt mungkin. :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia