Panduan Lengkap Menjadi Penternak Kambing Berjaya

Apakah Panduan Lengkap Menjadi Penternak Kambing Berjaya? Ok, topik kali ini ialah panduan menternak kambing. Khas untuk penternak-penternak di luar sana yang nak ubah gaya penternakan ke arah yang lebih besar lagi sehingga menjana pendapatan. Maknanya dari bela kambing sebagi hobi atau minat akhirnya dapat dijadikan sumber untuk menjana pendapatan. Sebab tu saya tak pernah pandang rendah kepada petani-petani mahupun penternak- penternak di luar sana.

Panduan Lengkap Menjadi Penternak Kambing Berjaya

Saya pernah bela kambing kat kampung, tapi tak berhasrat pun nak komersialkannya. Tapi bela punya bela akhirnya jadi lauk kenduri jugak. Maklumlah tak pernah merancang untuk kembangkan lagi penternakan kambing. Nak bela kambing ni kena penyabar, rajin dan berdisiplin. Tak boleh nak buat sambil lewa kalau nak jadi penternak yang berjaya menjana pendapatan lumayan dengan bela kambing.

panduan menjadi penternak kambing berjaya

Saya rasa begitu tertarik sekali apabila membaca kisah-kisah petani dan juga penternak-penternak yang dah berjaya menjana pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan hasil daripada tanaman mahupun ternakan-ternakan mereka.  Jika kita renungkan kembali disebalik kisah-kisah kejayaan mereka ada rahsia yang tersirat antaranya ilmu. Ya , ilmu sangat penting dalam sesuatu perkara yang kita lakukan.

Kat mana nak dapat ilmu menternak kambing? Kalau anda serius nak jadi penternak kambing berjaya anda kena rajin dan serius cari ilmu. Antaranya baca buku, pergi kursus dan juga seminar. Kalau tak sempat juga nak baca buku atau pergi mana-mana kursus anda boleh baca Ebook Panduan Menternak Kambing.

Modal untuk anda mulakan bergantung kepada anda. Kalau modal RM7000 anda dah boleh mula menternak kambing. Dengan modal tersebut, anda dah boleh membina kandang kambing dan juga membeli 5 ekor kambing betina dan seekor kambing jantan jamnapari..

"Saya serius nak mulakan penternakan kambing." Baiklah, jika anda serius saya nak berikan 8 Tips Panduan Lengkap Memulakan Penternakan Kambing :
  • Bagaimana mencari sumber modal bagi projek penternakan anda
  • Tips pemilihan baka kambing untuk memulakan projek penternakan anda
  • Bagaimana membina kandang dengan kos yang rendah
  • Bagaimana menyediakan bekalan makanan yang mencukupi dengan kos yang rendah untuk ternakan anda
  • Bagaimana memerah susu kambing dengan betul
  • Bagaimana menyambut kelahiran kambing
  • Gejala-gejala atau penyakit-penyakit yang selalu dihidapi oleh kambing dan bagaimana cara merawatnya, serta
  • Bagaimana memasarkan ternakan kambing anda

Selain 8 tips dan panduan di atas, anda juga kena baca kisah-kisah atau pengalaman-pengalaman orang terdahulu. Antara kisah yang pernah saya dengar :
Pernah dulu, seorang pemuda yang berminat untuk menceburi bidang penternakan kambing, telah mengambil langkah terburu-buru dengan membina sebuah kandang kambing yang sangat cantik dan lengkap. Kos pembinaan kandang tersebut, mencecah RM6,000. Setelah sebulan kandang kambing tersebut siap dibina... pemuda tersebut masih belum memulakan penternakan kambingnya. Setelah 2 bulan... masih lagi tiada kelihatan seekor kambing pun di dalam kandang tersebut.. masuk bulan ketiga... tetap juga sama.. sehelai janggut kambing pun tidak kelihatan. Apabila ditanya kepada beliau.. mengapakah tiada lagi kambing yang dimasukkan ke dalam kandang tersebut walaupun sudah 3 bulan kandang tersebut siap dibina.. beliau dengan nada sedikit menyesal berkata.. "Kesemua duit aku sudah habis digunakan untuk buat kandang tu! Sekarang.. nak beli baka kambing pun aku dah takde duit!".

Semoga kisah di atas menjadi pengajaran buat kita semua. Kesimpulannya, untuk menjadi penternak yang berjaya anda kenalah ada ilmu. Pelajari ilmu sebanyak mungkin dan mindset kena betul.

10 Panduan Menjadi Penternak Kambing Berjaya

Beberapa tips yang anda kena ambil serius kalau nak berjaya dalam bidang penternakan kambing :
  • Kenapa Kambing?
  • Modal & Sumber Kewangan
  • Kandang Kambing
  • Makanan Kambing
  • Baka Kambing
  • Pembiakan Kambing
  • Masalah Kambing
  • Teknik Memerah Susu
  • Pengurusan Kambing
  • Pemasaran

"RAHSIA KAMBING" , Panduan Lengkap Memulakan Penternakan Kambing


panduan ternak kambing

Di dalam ebook ini saya akan menunjukkan kepada anda tentang
  • Bagaimana mencari sumber modal bagi projek penternakan anda
  • Tips pemilihan baka kambing untuk memulakan projek penternakan anda
  • Bagaimana membina kandang dengan kos yang rendah
  • Bagaimana menyediakan bekalan makanan yang mencukupi dengan kos yang rendah untuk ternakan anda
  • Bagaimana memerah susu kambing dengan betul
  • Bagaimana menyambut kelahiran kambing
  • Gejala-gejala atau penyakit-penyakit yang selalu dihidapi oleh kambing dan bagaimana cara merawatnya, serta
  • Bagaimana memasarkan ternakan kambing anda

Macam mana, ada dah nampak tak mcam mana kalau nak jadi penternak kambing yang berjaya? Ilmu sangat penting betul tak? Carilah ilmu sebanyak mungkin supaya anda tidak melakukan kesilapan.

Sekian dari saya.


PS : kalau anda tak jumpa mana-mana buku tentang panduan lengkap menjadi penternak kambing berjaya, anda bolehlah rujuk Panduan Lengkap Penternak Kambing. Panduan ini telah menjadi rujukan penternak-penternak kambing di luar sana yang telah berjaya.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
May 17, 2015 6:29 AM delete

dan kena tahan bau kambing. hehe..

Reply
avatar
May 17, 2015 7:00 AM delete

blum terpikir lagi nak bela kambing, nanti nak bela bleh la beli 1

Reply
avatar
May 17, 2015 7:44 AM delete

hehe..memang tu Encik X, boleh tahan jugak lah bau kambing ni..hoho

Reply
avatar
May 17, 2015 7:48 AM delete

Haa, betul tu, sebelum bela kambing kena baca dulu panduan-panduan :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia