Panduan Anak Pintar Cerdas Dan Cepat Pandai Membaca

Saya tulis khas buat ibu dan bapa. Adakah anda tahu apakah cara supaya anak anda pintar, cerdas dan cepat pandai membaca ? Anak adalah anugerah Allah swt. Setiap ibu bapa mengimpikan anak yang pintar dan cerdas. Ibu bapa perlu mengetahui cara untuk jadikan anak pintar dan cerdas malah cepat membaca sejak kecil lagi. Banyak kelebihan jika anak anda cepat dan pandai membaca sejak kecik lagi.

Panduan Anak Pintar Cerdas Dan Pandai Membaca

Perlu diingatkan ibu bapa perlu mengelakkan menyerahkan bulat-bulat tugas mendidik anak-anak kepada pihak penjaga, nursery, guru tadika dan orang gaji. Sebabnya ibu bapalah yang paling dekat untuk mendidik anak-anak mereka mengikut acuan sendiri.

rahsia anak pintar cerdas  
Sumber : Blog Hafism

Zaman dah berubah nampaknya, mak ayah saya didik saya dahulu dah tak sama dengan ibu bapa sekarang didik anak-anak mereka. Anak-anak sekarang dah pandai pegang handphone dan tablet walaupun masih kecil. Anak-anak sekarang jauh lebih pintar dan celik IT. Banyak kelebihan jika anak pintar dan cerdas sebab persaingan semakin sengit. Sebabnya sebelum masuk darjah 1 anak-anak perlulah pandai membaca takut nanti ketinggalan.

Oleh itu, ibu bapa perlu tahu cara untuk mendidik anak mereka supaya pintar dan cerdas serta pandai membaca. Sebenarnya mendidik anak adalah sejak peringkat kehamilan lagi. Ibu bapa perlu tahu merangsang minda bayi dalam kandungan. Ini membantu proses perkembangan janin. Ia juga berkaitan dengan emosi ibu. Sebab itulah emosi ibu mengandung perlu dijaga. Teknik mengusap perut yang betul juga mempengaruhi kecerdasan bayi.

[+] Teknik Mengusap Perut Ketika Hamil Yang Ramai Para Ibu Amalkan

Selepas kelahiran, ibu bapa perlu mendidik bayi mereka. Kena tahu teknik berinteraksi dengan bayi untuk mempercepatkan dan melatih minda mereka. Nak anda genius kan? Kenalah bijak bermain dengan bayi. Bayi mudah terpengaruh dengan persekitaran dan cepat menyerap apa yang dia dengar dan lihat.

Bab pemakanan juga perlu dititikberatkan. Tak boleh bagi bayi makan sembarangan. Bayi perlu makan nutrien yang cukup dan elakkan makanan yang ringan. Tak semestinya kena makan ubat minda kalau nak dapatkan anak genius sebab ada lagi makanan yang memang semulajadi dah ada depan mata cuma kita je tak tahu ianya baik untuk bayi.

Seterusnya, teknik ajar anak membaca. Kesilapan ibu bapa adalah tunggu anak umur 5 tahun baru nak ajar membaca. Satu perkara yang silap sebabnya anda tak perlu tunggu umur 5 tahun, ajarlah anak anda membaca lebih awal. Lagi lambat anda mula lagi lambatlah anak anda pandai membaca. Kena tahu perkara yang tak boleh dilakukan semasa ajar anak anda membaca. Jangan buat anak  anda pandai belaka. Semasa umur 3 tahun nak ajar semua benda. Sedangkan kanak-kanak perlukan masa, serta pembelajaran mestilah selari dengan peningkatan umur. 5 tips lagi anda boleh baca dalam --> Rahsia Anak Cepat Membaca.


Ingat, anak adalah anugerah dan amanah dari Allah swt. Mereka umpama kain putih yang bersih dan kitalah yang bertanggungjawab mencorakkannya.

ps : kalau nak ajar anak anda kenal namanya, rahsia pemakanan ibu mengandung dan rahsia ajar anak matematik, apa kata anda amalkan teknik --> Panduan Anak Pintar Cerdas yang telah diamalkan oleh ramai ibu bapa. :-)



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia