Kerja Dari Rumah Dengan Cara Yang Betul

Kerja Dari Rumah Dengan Cara Yang Betul. Ramai juga yang beranggapan kerja dari rumah tak masuk akal. Ya, memang tak masuk akal kalau anda tak faham malah tak pernah nak ambil tahu macam mana nak bekerja dari rumah. Ada yang beranggapan bekerja dari rumah ni duduk goyang kaki dan tunggu duit masuk. Dah namanya kerja dari rumah maknanya anda kena bekerja atau lebih tepat lagi anda di bayar berdasarkan tugasan yang diberikan.

Bagaimana Cara Kerja Dari Rumah Yang Betul

Kerja dari rumah sama ada secara sambilan mahupun secara tetap konsepnya tetap sama iaitu anda kena laksanakan kerja dan terima upah. Ramai yang salah anggap tentang kerja dari rumah ni. Ada yang fikir kerja dari rumah adalah bisnes dari rumah atau perniagaan di rumah.

Perniagaan Di Rumah

.....Sebarang program yang anda sertai dan anda perlu membuat promosi untuk mencari pelanggan. Bermakna bila pelanggan membuat pembelian anda akan terima hasilnya.

Kerja Dari Rumah

.....Katakanlah anda diberikan tugasan dan perlu disiapkan. Anda dibayar berdasarkan kerja yang telah anda buat. Contohnya anda mempunyai sebuah blog dan ada sebuah butik kecantikan meminta anda menulis artikel review tentang syarikat mereka di blog anda. Maknanya anda perlu siapkan sebuah artikel dan terima bayaran sebagai upahnya.

Panduan Bekerja Dari Rumah Yang Betul

Ada syarikat yang menyediakan panduan untuk kerja dari rumah. Rujuk laman web ini. Syarikat ini tidak menyediakan kerja kepada anda sebaliknya menyediakan panduan untuk anda bekerja dari rumah. Mereka menyediakan latihan asas untuk anda dengan berpandukan jalan yang betul untuk anda bekerja dari rumah. Panduan yang disediakan adalah dalam bentuk penerangan bertulis dan juga video tutorial untuk anda tahu :
  • bagaimana nak bekerja dari rumah
  • di mana hendak dapatkan kerja dari rumah
Senarai kekosongan kerja akan dihantar setiap hari kepada anda dari semasa ke semasa secara percuma. Contoh senarai kerja yang pernah dihantar adalah :
  • memasukkan maklumat dalam pengkalan data
  • mengumpul maklumat
  • menulis laporan
  • menulis artikel
  • pembangunan laman web
  • mereka bentuk grafik
  • pengiklanan
Yang saya senaraikan di atas adalah sebahagian sahaja sebabnya melalui panduan kerja dari rumah banyak lagi senarai kerja yang akan dihantar kepada anda.

Saya kira sekarang anda dah dapat bezakan antara bisnes dari rumah dengan bekerja dari rumah. Jangan sesekali menganggap kerja dari rumah adalah menjalankan aktiviti Scam mahupun MLM dalam erti kata lain duduk diam goyang kaki dan tunggu duit masuk. Dah salah konsep bekerja dari rumah sebenarnya tu.

Kerja dari rumah boleh dijalankan menggunakan konsep Small Office Home Office (SOHO). Tuan Aqif Azizan juga pernah menjalankan konsep SOHO dan telah banyak menjalankan kerja sebagai freelancer ataupun penulis bebas. Saya juga pernah menerima job review dari butik kecantikan baru-baru ni dengan bayaran upah bagi setiap artikel review yang saya tulis.

Oh ya, jika anda ada kepakaran dalam sesuatu bidang anda boleh menawarkan servis. Kat mana nak tawarkan servis ? Saya syorkan adalah di laman web Fiverr sebab anda boleh dapat bayaran dalam USD. Rujuk : Buat Duit USD Dengan Fiverr.

Yang dimaksudkan dengan Buat duit USD dengan website fiverr adalah anda boleh tawarkan perkhidmatan contohnya perkhidmatan menulis artikel, menulis review, mereka grafik, membina cover ebook dan banyak lagi servis yang boleh anda tawarkan kalau anda ada kemahiran.

Bagi mengelakkan kekeliruan anda terhadap cara bekerja dari rumah, anda boleh rujuk panduan yang disediakan oleh syarikat Kliks Solution : Laman Web Rasmi

Tujuannya adalah supaya anda faham bagaimana kerja dari rumah dijalankan, kat mana nak dapat kerja serta senarai-senarai kerja dari rumah yang boleh dilakukan.

kerja dari rumah yang betul

[+] Baca Juga : Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita

ps : Ok, saya kira anda dah dapat bezakan bisnes dari rumah dan kerja dari rumah. Adakah kerja dari rumah masih tak masuk akal ? Saya yakin tidak lagi selepas anda baca perkongsian saya ini.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
May 05, 2015 2:08 AM delete

saya pun bekerja dari rumah. Perlu bijak bahagi masa dan disiplin terhdapa tugas yang perlu diselesaikan. Elakkan bertangguh

Reply
avatar
May 05, 2015 2:15 AM delete

pembahagian masa tu memang betul saya setuju, kena bijak memilih kerja yang sesuai. sikap bertangguh memang tak elok, semoga murah rezeki puan. nice sharing :-)

Reply
avatar
May 12, 2015 8:18 AM delete

Sekarang ini banyak platform yang boleh digunakan untuk bekerja dari rumah. Tapi dalam banyak-banyak tu ada juga yang menipu. Jadi perlu hati-hati.

Reply
avatar
May 12, 2015 8:50 AM delete

Betul jugak tu, sekarang pun banyak program yang menipu. Memang tepat kalau kita berhati-hati :-)

Reply
avatar
January 21, 2016 12:09 AM delete

yang paling penting tu adalah wawasan. Kalu takda wawasan memang tak payah lah bercita-cita kerja dari rumah

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia