Kenapa Pasaran Saham Asyik Turun Naik

Kenapa pasaran saham asyik turun naik? Dapat lagi email dari Tuan Khairul Arifin penulis Sistem Saham. Secara asasnya, pasaran bergerak turun naik disebabkan oleh penglibatan 2 pihak yang berlainan. Satu pihak membeli dan satu lagi menjual. Tapi, bukan semudah itu untuk kita memahami pergerakan turun naiknya pasaran saham. Konsepnya mudah tapi mekanismnya rumit.

Kenapa Pasaran Saham Asyik Turun Naik

A stock is only worth what someone thinks that is fair to pay for it..!!
Maksud ayat di atas adalah, nilai sesuatu saham bergantung kepada persepsi orang ramai tentang harga yang sepatutnya dibayar untuk memilikinya. Selalunya nilai saham bergantung kepada keuntungan yang dijana oleh syarikat tersebut. Orang akan membayar lebih untuk saham syarikat jika syarikat dapat menjana keuntungan besar dalam perniagaannya.

kenapa pasaran saham turun naik

Faktor lain yang turut mempengaruhi nilai sesuatu saham adalah kadar faedah (interest rate). Kadar faedah adalah kadar keuntungan yang kita bayar kepada bank jika kita meminjam atau kadar yang bank bayar kepada kita jika kita menyimpan.

Jika kadar faedah meningkat, nilai saham akan jatuh. Ini kerana jika orang ramai boleh buat duit dengan menyimpan dalam bank, atau membeli bon. Mereka merasakan yang mereka tidak patut mengambil risiko tinggi melabur dalam pasaran saham. Jika tiada permintaan, maka harga saham akan jatuh.


Faktor ekonomi turut mempengaruhi nilai saham. Jika banyak wang yang boleh dilaburkan ke atas syarikat-syarikat sebagai modal perkembangan perniagaan, maka saham syarikat akan turut naik. Ada syarikat yang dipengaruhi oleh faktor masa. Iaitu dalam tempoh tertentu dalam satu tahun, ada syarikat yang meningkat perniagaannya seperti pada masa jualan mega atau jualan cuti sekolah.

Sudah tentu pada ketika itu, keuntungan yang dijana oleh syarikat dapat menarik pelabur untuk memiliki saham syarikat tersebut. Berita-berita yang keluar di dada akhbar turut mempengaruhi prestasi saham syarikat. Jika keluar satu berita mengenai inovasi terbaru oleh sesuatu syarikat, maka sahamnya akan naik.

Sebaliknya pula jika timbul berita/khabar angin mengatakan yang pengarah sesuatu syarikat adalah seorang perompak, tidak lama masa yang diambil untuk saham syarikat itu jatuh menjunam. Tapi bagi pelabur biasa seperti kita ini, adalah sesuatu yang sangat rumit dari segi masa dan tenaga untuk mengambil kira semua faktor-faktor dan maklumat-maklumat ini dan kemudian menghasilkan satu keputusan samaada sesuatu saham itu patut dibeli atau tidak.

Lainlah macam syariakt-syarikat pelaburan yang sememangnya mempunyai pakar-pakar penganalisis maklumat yang digaji semata-mata untuk tugas itu. Sebenarnya tidak mustahil untuk pelabur-pelabur kecil seperti kita untuk turut mengaut keuntungan dalam pasaran saham. Syarat utama adalah usaha gigih yang berterusan dan dengan menggunakan kaedah yang betul.



ps : artikel ini saya petik daripada penulis panduan sistem saham, jika anda ingin tahu lebih lanjut panduan ini bolehlah ke pautan berikut : Panduan Sistem Saham


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
May 06, 2015 6:51 AM delete

Nice sharing... teman berminat juga untuk menceburi bidang jual beli saham nie, cuma masih tak bersedia untuk menerima risiko. Itu yang menyebabkan niat itu masih lagi tertangguh.

Reply
avatar
May 06, 2015 8:36 AM delete

Ya tuan, kena banyak belajar tentang saham ni, saya pun tengah belajar sistem saham ni. Terima kasih :-)

Reply
avatar
May 07, 2015 5:32 AM delete

pasaran saham merupakan satu bentuk pelaburan yg menarik utk dipelajari...kalau tak betul2 boleh melingkup dibuatnya....

Reply
avatar
May 08, 2015 12:31 AM delete

Ya tuan, sebab tu digalakkan kena mendalami ilmu saham terlebih dahulu. :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia