Instant Retargeter - Cara Tingkatkan Jualan Bisnes

Instant Retargeter - Cara Tingkatkan Jualan Bisnes. Bagi pemilik produk atau pemilik bisnes sudah tentu anda inginkan bisnes anda melonjak naik atau jualan produk anda meningkat. Namun apakah anda sudah mencuba sebaik-baik cara untuk tingkatkan jualan produk. Kalau sebelum ini anda dah cuba pelbagai cara promosi online, apakah iklan anda benar-benar dilihat oleh prospek yang targeted. Sebab apa anda perlu dapatkan prospek yang targeted ?

Instant Retargeter - Cara Tingkatkan Jualan

Sebagai seorang peniaga dan pemilik bisnes anda 100% bertanggungjawab memastikan iklan anda dilihat oleh pelanggan yang benar-benar tepat. Tak kisahlah kaedah berbayar atau percuma tetapi pokok pangkalnya anda kena dapatkan pelanggan yang tepat bukan sekadar melihat sahaja iklan anda.

cara tingkatkan jualan instant retargeter

Katakanlah anda nak gunakan kaedah pemasaran di facebook, anda kena betul-betul tahu kepada golongan yang manakah sasaran anda. Seterusnya anda perlu pastikan iklan produk anda sentiasa dilihat oleh mereka bukan sahaja di facebook malah di laman-laman web lain juga mereka terpaksa berhadapan dengan iklan anda. Dengan ini anda akan meningkatkan kebarangkalian mereka untuk membeli.

Pada waktu inilah anda kena gunakan teknik retargeting. Kaedah ini sering digunakan oleh syarikat-syarikat besar seperti trivago, zalora dan juga lazada. Kalau anda baca post saya sebelum ini anda akan faham strategi sulit pemasaran lazada.

Berbalik kepada kaedah retargeting atau remarketing, iklan anda akan buru pelanggan anda walau di mana jua mereka pergi. Cuba klik iklan lazada dan anda akan lihat iklan tersebut akan terus terpapar di newsfeed anda dan juga di laman-laman web lain yang anda kunjungi.
Hampir kesemua pembeli online akui mereka perlu melihat iklan yang sama lebih daripada sekali sebelum mereka bersedia untuk menempah dan membeli daripada peniaga tersebut.

Cara Retargeting Dilakukan

jualan meningkat dengan instant retargeter
 
Biar saya terangkan, anda mungkin pernah dengar istilah cookies dalam browser atau di internet. Setiap orang yang telah melawat atau berkunjung ke website atau site page secara online akan memberikan kesan seperti cap jari dalam website tersebut sebaik sahaja beredar. Cap jari atau kesan tersebut dinamakan cookies, dan pemilik website tersebut dapat mengenalpasti pengunjung mereka berdasarkan data cookies tersebut.


Jadi tidak mustahil untuk peniaga tersebut dapat kejar dan buru semula pengunjung website mereka. Justeru dari situ la kaedah Retargetering ini diaplikasikan di mana pemilik website tersebut dapat mengedarkan semula iklan yang lebih bertarget khusus kepada pengunjung.

Bagi memperoleh data akses cookies ini anda perlu meletakkan kod khas yang dinamakan kod Tracking Pixel ke dalam Website milik anda. Kod ini boleh diperoleh dari aplikasi Facebook Retargeting website traffic atau servis retargeting lain seperti Perfect Audience dan AdRoll.

Kod ini boleh diperoleh secara percuma. Tetapi anda perlu memasukkan sendiri kod yang rumit ini ke dalam html kod milik website anda. Sudah tentu ianya merupakan kerja yang leceh jika anda langsung tiada pengetahuan berkenaan coding serta programming dan anda perlu mempunyai website anda sendiri untuk lakukan.

Jika anda ingin mendapatkan lebih lanjut tentang teknik Instant Retargeter bolehlah rujuk laman web rasmi ini : Jualan Meningkat Dengan Instant Retargeter. Teknik ini masih baru dilancarkan di pasaran dan mendapat feedback positif daripada pemilik-pemilik bisnes dan mereka berpuas hati kerana dapat menggunakan teknik yang digunakan syarikat besar seperti lazada, trivago dan zalora. Mudah-mudahan bisnes anda juga melonjak naik dengan mengunakan cara tingkatkan jualan kaedah instant retargeter.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia