Cara Untuk Khusyuk Dalam Solat

Cara Untuk Khusyuk Dalam Solat. Allah telah berfirman di dalam surah Al-Ankabut, Ayat 45, Bahawa solat itu akan mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Namun, pada hari ini, kita dapat lihat, ramai orang yang mengerjakan solat, tetapi masih lagi melakukan perkara-perkara yang buruk. Sebenarnya khusyuk dalam solat adalah sangat-sangat dituntut seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud,
“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya” [Surah Al-Mukminun: ayat 1-2].
Firman-Nya lagi:
"Peliharalah segala solatmu dan peliharalah solat utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238]

Cara Untuk Khusyuk Dalam Solat

Sayangnya walaupun kita lihat ramai yang mengerjakan solat namun masih ada yang melakukan perkara-perkara mungkar.
"Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." - Al-Ankabut , Ayat 45 
Para ulama telah membahaskan tentang perkara ini. Secara ringkas, kesimpulan bagi perbahasan tersebut, para ulama berpendapat, "Solat" yang dapat melindungi manusia itu dari melakukan perkara-perkara keji dan mungkar, adalah solat yang benar-benar sempurna yang diterima Allah.

Manakala, solat yang dilakukan secara sambil lewa dan tidak sempurna, tidak akan mampu menjadi pelindung dan benteng kepada orang yang mengerjakannya. Hari ini, marilah kita ambil sedikit masa untuk menyemak semula amalan solat kita. Adakah ianya benar-benar sempurna dan sama sepertimana yang dilakukan oleh nabi kita Muhammad S.A.W.

[+] Baca Juga : 4 Sebab Solat Tidak Khusyuk

Kadang-kadang apabila sedang melakukan solat, pelbagai perkara yang terlintas dan bermain di fikiran. Fikiran pun mula melayang-layang, pada ketika itulah juga pelbagai perkara akan mula diingati, dari perihal kerja pejabat, kepada perihal rumahtangga, hal kewangan, hal anak-anak dan pelbagai lagi.

Bagaimana Untuk Solat Dengan Khusyuk?

Di dalam 13 rukun solat, terdapat 3 kategori rukun. Rukun fi'li (pergerakan), rukun qouli (bacaan) dan juga rukun qalbi (hati). Untuk mendapatkan solat yang khusyuk, ketiga-tiga elemen solat ini perlu dilakukan dengan betul dan sebetul-betulnya.

cara untuk solat khusyuk

Bacaannya perlu tepat dan diselami maksudnya, perbuatannya juga perlu selaras seperti mana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Kesedaran, kehadiran dan tumpuan sepenuh hati ketika solat, akan menjadikan setiap solat yang dikerjakan penuh bermakna dan berbekas nikmatnya di dalam diri.

Jika semuanya itu dapat dilakukan dengan sempurna, insyallah, pasti amalan solat kita diterima Allah dan benteng diri terhadap godaan nafsu dan syaitan untuk melakukan perkara-perkara keji dan mungkar, dapat diperkukuhkan.

7 Cara Khusyuk Dalam Solat

1. Menghormati dan menyahut panggilan azan dengan menyegerakan solat pada waktunya;

2. Menyempurnakan wudhuk pada zahir dan batin dan menyakini bahawa wudhuk itu dapat membersihkan dosa-dosa kecil;

3. Menyakini akan penghadapan kepada Allah dan menjaga segala pantang larang dan adab ketika menghadapNya;

4. Diam sejenak ketika rukuk dan sujud supaya dapat merasakan kenikmatan rukuk dan sujud itu sebelum menuturkan bacaan yang harus dibaca serta merehatkan fikiran dan memahami pengertian solat pada setiap rukunnya. Hayatilah perbualan spiritual dua hala di antara hamba dengan Allah di dalam surah Al-Fatihah;

5. Segera bertaubat dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa besar mahupun dosa-dosa kecil yang kerap dilakukan sehingga mengakibatkan hati menjadi hitam dan menghalang sampainya nur hidayah Allah. Hati pula menjadi keras kerana telah menyerahkan diri kepada nafsu dan godaan syaitan. Seandainya dalam keadaan berdosa, ketahuilah bahawa rahmat Allah itu luas. Serahlah diri dan sambutlah pengampunan-Nya;

6. Mengandaikan solat yang dilakukan itu sebagai solat yang terakhir; dan

7. Merasakan IHSAN


Sumber : Che Ahmad


NOTA :

Ustaz Hasnan Mengupas Perkara Ini Dengan Lebih Mendalam :


Prof Madya Dr. Hasnan Kasan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hasnan, adalah merupakan seorang pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan lulusan Universiti Al-Azhar. Beliau telah membuat kajian yang mendalam tentang solat selama beberapa tahun dan telah menulis sebuah buku yang bertajuk "Mari Memahami & Menghayati Bacaan Solat".

Buku tersebut kini turut diterbitkan di dalam bentuk ebook dengan judul "Rahsia Solat".

Di dalam ebook tersebut, pembaca akan didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan solat. Dari topik pengenalan tentang keistimewaan solat, kunci-kunci untuk khusyuk dalam solat, penerangan secara terperinci tentang maksud bacaan-bacaan dalam solat serta apakah kesan-kesan yang akan diperolehi apabila seseorang itu dapat mengerjakan solat dengan sempurna dan terbaik.

ps : Rahsia Solat ditulis oleh Ustaz Hasnan, mendedahkan Panduan Khusyuk Solat dan Rahsia Solat Sempurna. Mengandungi panduan-panduan dalam bentuk Ebook dan juga video : Maklumat Lanjut



Lebih banyak panduan solat ? Rujuk : Blog Panduan Solat

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
May 21, 2015 9:00 AM delete

perkara paling penting dalam hidup....

Reply
avatar
May 22, 2015 9:17 AM delete

Ya tuan, sangat-sangat penting :-)

Reply
avatar
November 01, 2015 12:53 PM delete

Tiang agama ni... tuan Azzahairi..psst tak joint contest lynk.my ke?? cepat2 join masih layak lagi untuk dapat giveaway 50 penyertaan terawal..

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia