Cara Tingkatkan Jualan Secara Online

Apakah Cara Tingkatkan Jualan Secara Online. Saya pasti anda dah cuba gunakan pelbagai kaedah pemasaran secara online sama ada di facebook, blog dan sebagainya. Ada yang dah mula gunakan kaedah berbayar dan juga percuma semata-mata nak dapatkan jualan secara online. Tapi ia mampu menghasilkan jualan tak? Sebagai peniaga online anda perlu mempunyai sistem yang baik supaya anda mampu menjana income yang stabil tiap-tiap bulan.

Cara Tingkatkan Jualan Secara Online

Pasti anda pernah menjalankan promosi di facebook kan? Tapi adakah ia mampu menghasilkan jualan. Anda dah cuba gunakan facebook group dan juga facebook page tetapi masih belum menghasilkan jualan. Saya tak pernah kata teknik anda gunakan salah cuma apa yang saya nak bincangkan adalah penambahbaikan terhadap teknik yang anda gunakan.

Sepanjang pemerhatian saya terhadap peniaga-peniaga di facebook, ada beberapa masalah yang mereka hadapi :
  • Dapat like jer lebih tapi sales TELOR AYAM. Like memang penting, tapi kalau tak tahu convert pada sales memang rugi.
  • Dah keluar budget banyak untuk iklan, tapi sales ada lah satu dua.
  • Sebelum ni customer ramai, tapi sejak kebelakangan ni dah makin berkurang.
  • Customer beli sekali jer... lepas tu tak beli-beli dah sampai sudah.
  • Customer ramai giler PM tanya... tapi yang beli tak sampai 3 orang.
  • Income dari Facebook yang tak pernahnya STABLE, bulan ni RM3,000 bulan depan RM500... macam mana ni?
Ada 6 masalah yang dihadapi oleh peniaga online. Kalau nak disenaraikan banyak lagi masalah peniaga-peniaga di facebook. Sebenarnya, teknik yang anda gunakan belum di optimumkan sepenuhnya. Sebagai peniaga bijak saya cadangkan anda kumpul senarai pelanggan anda terlebih dahulu. Senarai pelanggan adalah aset dalam perniagaan anda.

Cara Tingkatkan Jualan, Facebook Dan Email Marketing

Sistem ini saya namakan sistem facebook dan email marketing. Saya nak anda gabungkan kedua-dua teknik ini.
  • Anda boleh control customer anda. Anda boleh suruh mereka membeli bila-bila masa yang anda suka
  • Anda tak bergantung 100% pada Facebook.
  • Maksimumkan return iklan FBAds anda. Kalau dengan “BENDA” ni... anda terus dapat customer ready nak bagi duit
  • Senang maintain SALES dengan customer dan tambah lebih banyak customer yang anda nak.
  • Kalau customer tak beli hari ini, anda boleh FOLLOW UP dengan benda ni. Bukan follow up seorang dua...tetapi anda boleh FOLLOW UP semua customer anda dalam beberapa klik sahaja.
  • Anda boleh buat Automatik Income dengan teknik ini.

Anda perlu setup sistem anda sekarang. Dalam email marketing anda memerlukan Autoresponder. Autoresponder diperlukan untuk mengumpul senarai email pelanggan anda manakala facebook digunakan untuk anda cari prospek yang berminat dan memberikan email mereka kepada anda. Walaupun mereka tidak membeli kali pertama, sekurang-kurangnya anda telah memiliki email mereka. Anda boleh follow up mereka bila-bila masa sahaja untuk dapatkan jualan.

Sistem pemasaran ini dinamakan sebagai Sistem Inbox Cash. Sistem ini baru sahaja dilancarkan baru-baru ini untuk membantu peniaga-peniaga online di luar sana. Mereka telah memiliki 22 video tutorial ini untuk menggunakan sistem ini.

tingkatkan jualan dengan inbox cash

Teknik ini telah ramai digunakan oleh peniaga online yang banyak menggunakan facebook dan ingin menjimatkan kos dalam pemasaran. Mereka juga akan diajarkan cara kumpul senarai pelanggan di facebook. Oh ya, jika anda ingin melihat bagaimana sistem ini berfungsi, anda boleh rujuk pautan berikut : Inbox Cash

Teknik ini juga telah digunakan oleh syarikat-syarikat besar seperti Lazada. Tujuan mereka adalah untuk mengumpul berjuta-juta senarai pelanggan mereka untuk tingkatkan jualan. Saya kira inilah cara terbaik untuk tingkatkan jualan secara online.


 

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia