Cara Terbaik Jadi Ejen Hartanah Berjaya

Apakah cara terbaik untuk menjadi ejen hartanah yang berjaya? Begitulah soalan yang anda kena ajukan pada diri sendiri jika anda bercita-cita nak menjadi ejen hartanah yang berjaya. Tak semestinya kena ada hartanah barulah boleh bergelar sebagai ejen hartanah. Yang penting anda kena ada ilmu yang betul, serius dan komited. Carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum anda memulakan langkah pertama sebagai ejen hartanah.

Cara Nak Jadi Ejen Hartanah Berjaya

Nilai hartanah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kesempatan inilah yang anda akan gunakan untuk menjana pendapatan yang menguntungkan sebagai ejen hartanah. Ada 2 cara untuk menjana pendapatan sebagai ejen hartanah iaitu, menjadi pelabur dalam bidang hartanah dan satu lagi menjadi ejen atau broker menjual tanah.

cara jadi ejen hartanah berjaya

Menjadi ejen hartanah tidak memerlukan kelulusan yang tinggi dan lesen. Sebabnya ilmu lebih penting. Anda perlu kenalpasti hartanah yang manakah boleh memberi pulangan yang menguntungkan.  Ejen hartanah atau lebih dikenali secara formalnya sebagai Real Estate Negotiator (REN) adalah golongan professional yang bertindak sebagai orang tengah di antara pembeli dan pemilik hartanah. Pendek kata, tugas anda adalah sebagai perantaraan antara pemilik tanah dan juga bakal pembeli.

Sesiapa sahaja boleh menjadi ejen hartanah. Tak kisahlah pelajar lepasan SPM, penganggur, atau sesiapa sahaja yang nak tambah pendapatan untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Yang penting kena ada ilmu barulah anda boleh jadi ejen hartanah yang berjaya. Kat mana nak dapatkan ilmu? Anda kena belajar dari orang yang bepengalaman, hadir kursus atau seminar, rajin baca buku-buku tentang hartanah atau kalau rasa malas sangat nak ke kedai buku anda boleh baca panduan-panduan dari internet contohnya : Rahsia Ejen Hartanah

Ejen hartanah merupakan satu kerjaya buat diri anda. Jadi jangan rasa malu jika anda memberitahu rakan-rakan anda bahawa anda adalah ejen hartanah. Abaikan suara-suara mereka yang merendah-rendahkan anda sebab mereka tak tahu peluang anda jana pendapatan atau keuntungan adalah lebih besar daripada mereka. Beberapa perkara yang seronok sebagai ejen hartanah ialah :
  • Pendapatan yang tiada sempadan sebab anda yang tentukan
  • Masa yang Fleksibel
  • Risiko yang rendah, pulangan yang tinggi.

5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebagai Ejen Hartanah

  1. Bagaimana memulakan kerjaya sebagai ejen hartanah?
  2. Kerjaya sebagai ejen hartanah : Sebelum, semasa dan selepas
  3. Terma-terma yang selalu digunakan dalam kerjaya ini
  4. Proses-proses yang terlibat dalam penjualan sesebuah hartanah dalam bentuk flow chart, penerangan, jadual dan gambar
  5. Tugas utama sebagai ejen hartanah : Listing, Inspecting, Marketing, Viewing, Closing!

Anda perlu dapatkan 5 ilmu ini jika anda ingin menjadi ejen hartanah yang berjaya. Sekali lagi saya ulang, ilmu sebagai ejen hartanah sangat penting sebab matlamat anda nak jadi ejen hartanah yang berjaya dan bukannya buat sambil lewa.

Untuk dapatkan ilmu ini anda kena belajar dari orang yang berpengalaman, kena rajin hadirkan diri dan kursus, rajin baca buku, kalau rasa malas sangat anda boleh baca panduan-panduan di internet atau Ebook Rahsia Ejen Hartanah. Save Ebook ini dalam smartphone dan baca berulang-ulang kali sampai betul-betul faham.


ps : Carilah ilmu sebanyak mungkin agar anda di landasan yang tepat. Mudah-mudahan cita- cita anda akan berjaya. Berkenaan Ebook Rahsia Ejen Hartanah Berjaya, ebook ini ditulis oleh orang yang berpengalaman dan telah menjadi rujukan ramai ejen hartanah di Malaysia. Ebook ini telah mendapat respon positif daripada pembaca yang terdiri daripada ejen-ejen hartanah. Anda boleh lihat sendiri testimoni mereka : Testimoni Pembaca

Nak Dapat Income Dari Rumah Sewa Tanpa Beli Rumah?

Teknik ini dinamakan SUBLET. SUBLET ni bahasa mudahnya “sewa atas sewa”. Kita Sewa rumah, naik taraf hartanah (renovasi dan lengkapkan perabot) kemudian sewakan semula rumah tersebut dengan nilai yang lebih tinggi.

Keuntungan yang dieperolehi adalah melalui penolakan semua kos yang terlibat (sewa+api+air dll).

  • Katakan sewaan dari pemilik rumah : RM 400/bulan
  • Sewakan semula kepada orang lain : RM 750/bulan
  • Keuntungan yang diperolehi adalah : RM 750-RM 400 = RM 350 /bulan

Ini baru untuk satu rumah..kalau kita ada 10 rumah? Rm 350 x 10 = RM 3,500/bulan.

Menarik bukan? Berminat nak belajar teknik ini? Sila ke laman web ini.

Ebook Tips Sewaan Rumah


tips sewaan rumah

Adakah anda mahu tahu 1001 tips sewaan rumah? Sila ke pautan berikut : Ebook Tips Sewaan Rumah

 

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia