Cara Pelajar Tambah Pendapatan Secara Online

Cara tambah pendapatan secara online untuk pelajar. Artikel ini saya tulis khas untuk para pelajar khususnya pelajar IPT yang nak tambah duit secara online. Apa yang saya nak kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang saya buat duit online. Jadi anda boleh tiru teknik tambah pendapatan yang saya gunakan ini sekurang-kurangya ia mampu mengurangkan beban orang tua anda.

Cara Pelajar Tambah Pendapatan Secara Online

Kalau anda buat carian di Google tentang "cara buat duit online" anda akan jumpa pelbagai cara bezanya sama ada ia masih sesuai atau sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan. Kali ini saya akan tunjukkan pada anda macam mana nak menjual secara online walaupun anda tiada produk dan tak perlu nak jumpa pelanggan.

Buat duit secara online. Ya, inilah yang saya buat sejak di universiti lagi dan sehingga kini saya masih menjana komisen dengan program affiliate. Program Affiliate atau lebih tepat lagi anda menjadi jurujual secara online.
  • Promosi link
  • Terima komisen
Tugas anda hanya promosi link affiliate anda yang mana jika ada pelanggan klik pada link anda dan membuat pembelian, anda akan menerima komisen. Antara program Affiliate tempatan :
Ini antara platform affiliate yang femes di Malaysia. Produk - produk yang dijual kebanyakan dalam bentuk digital seperti Ebook, Rakaman Video dan Juga Audio. Selain itu ada juga program affiliate persendirian milik usahawan internet tempatan.

* Nota : Program affiliate adalah percuma, anda boleh daftar seberapa banyak program affiliate yang anda mahu.

Pilih produk yang ingin dipromosikan mengikut niche. Antara niche yang femes di Malaysia ialah niche :
  • Buat duit online
  • Kesihatan
  • Pelaburan
  • Kerjaya

Cara Promosi Affiliate

Ini bergantung kepada anda yang penting kena rajin dan tidak mudah putus asa. Anda boleh gunakan,
  • Facebook (wall, page, group)
  • Email Marketing
  • Blog
  • Forum
Saya cuma nak tekankan 2 cara promosi affiliate yang berkesan iaitu email marketing dan blog. Cara promosi affiliate guna email marketing :
  • Pilih produk
  • Bina squeeze page (mengandungi autoresponder)
  • Setup email follow up (autoresponder akan menghantar email follow up)
  • Terima komisen
Bila squeeze page anda dah siap anda perlu promosikannya supaya ada pelanggan yang berminat dengan produk anda dan memasukkan nama dan email. Autoresponder akan bekerja untuk anda dengan follow up pelanggan melalui email promosi yang telah anda setup.

Antara autoresponder yang anda boleh cuba ialah Emelmatik (percuma satu tahun). Ada juga yang berbayar tetapi saya galakkan anda gunakan yang percuma terlebih dahulu. Anda juga boleh gunakan blogspot sebagai Squeeze Page untuk mengurangkan kos domain dan hosting. Tutorial cara bina squeeze page blogspot.

Cara Promosi Affiliate Guna Blog

Ini kaedah yang berkesan dan juga longterm seperti mana cara buat duit blog seorang pelajar.
  • Bina blog
  • Pilih produk
  • Keyword Research
  • Tulis artikel
  • Pantau blog
  • Terima komisen
Ok, cuba daftar akaun gmail, kemudian sila ke blogger.com untuk create blog. Kemudian pilih template yang mesra SEO (penting). Anda perlu gunakan template mesra SEO untuk memudahkan blog anda mucul di halaman pertama enjin carian. SEO adalah singkatan bagi Search Engine Optimization.

Seterusnya pilih produk, katakanlah anda nak promote produk kurus. Kemudian buat keyword research (sangat penting) supaya artikel anda di cari pembaca. Fikirkan di sudut pembaca, jika anda seorang yang gemuk apakah yang anda cari di Google untuk kuruskan badan. Kemungkinan :
  • Cara untuk kurus
  • Cara kurus dengan cepat
  • Tips kurus
  • Panduan untuk kurus
Keyword-keyword inilah yang akan anda gunakan dalam penulisan tajuk blogpost dan artikel anda. Pastikan keyword tadi ada di bahagian :
  • Tajuk blogpost
  • Perenggan pertama entri, di tengah-tengah, di akhir entri
  • Url permalink blogpost anda
Oh ya, jangan lupa letakkan link-link affiliate anda, maksima 3 link dalam satu blogpost.

Ok siap..

Senyum sket.. :-)

kucing comel senyum

Rajinkan-rajinkan diri menulis blog lama kelamaan gaya penulisan anda akan mantap. Teknik buat duit blog bukan perkara baru sebab dah ramai yang menjana komisen affiliate dari blog. Anda sepatutnya cuba lama-kelamaan anda akan mahir.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
April 11, 2016 7:25 AM delete

Baru hendak berjinak-jinak dengan ebook. Terima kasih atas tip yang dikongsikan tuan

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia