Bisnes Baju Kurung Pasti Untung

Memandangkan baju kurung merupakan pakaian tradisional, jadi dah ramai yang tahu apakah baju kurung. Kalau anda berminat nak buat bisnes baju kurung, anda kena pandang baju kurung ni sebagai sebuah bisnes. Ya, bisnes baju kurung yang mempunyai permintaan tinggi sama seperti bisnes tudung. Yang kurang bestnya bila anda nak belajar cara nak mula bisnes baju kurung tapi tak tahu nak mula dari mana. Kalau tanya penjual baju kurung belum tentu mereka kongsikan 100% ilmu mereka. Nak tak nak anda kena berusaha sendiri.

Sebab Anda Kena Mula Bisnes Baju Kurung

cara nak mula bisnes baju kurung

Sebelum tu, apakah sebab anda kena mula bisnes baju kurung. Kalau nak tahu, banyak sebab yang boleh anda senaraikan jika anda nak alasan kukuh untuk bisnes baju kurung. Dianggarkan setiap golongan wanita melayu di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya sehelai baju kurung. Baju kurung adalah baju rasmi pekerja wanita kerajaan dan menjadikan mereka sebagai orang yang paling banyak baju kurung.

Peningkatan mendadak 10 hingga 20 kali ganda bila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Golongan atau bangsa lain juga memakai baju kurung.  Terdapat pelbagai jenis baju kurung yang wujud di pasaran. Tidak kurang dari 10 jenis baju kurung termasuk rekaan dan jenis kain.  Penjual baju kurung di Masjid India Kuala Lumpur memperolehi pendapatan bersih RM15,000 hingga RM30,000 pada bulan Ramadan.

Walaupun begitu ramai penjual baju kurung, permintaan produk ini saban hari semakin tinggi. Tidak ada istilah tidak boleh jual. Semuanya pasti laku. Keuntungan bisnes baju kurung boleh mencecah 100% hingga 300% bergantung pada jenis baju kurung, lokasi anda menjual dan beberapa faktor lain. Kebanyakan daripada orang (medium to low profile customer) lebih suka membeli baju kurung yang telah siap. Malas nak tempah-tempah!

Peluang untuk anda buat duit RM1500 hingga RM4500 sebulan dengan baju kurung adalah tersangat cerah. Malah sebenarnya boleh dapat lebih tinggi lagi daripada keuntungan yang saya nyatakan.

Masalah Anda Jika Bisnes Baju Kurung

Jika anda ingin menjalankan bisnes baju kurung secara konvensional, anda akan menghadapi beberapa masalah. Kena beli mesin jahit. Sebab nak jahit baju kurung. Harga mesin jahit paling kurang pun RM1000.

Kena belajar dan masuk kelas menjahit. Anda perlu meminati bidang jahitan kalau nak masuk kursus. Jika tidak separuh jalan je lah. Kena upah orang menjahit. Pada peringkat ni anda akan jumpa tenaga kerja yang kurang.

Untung kecil, modal tinggi. Inilah perkara yang orang tidak sedar. Ramai yang anggap bisnes menjual baju kurung ni untungnya ciput sahaja. Tidak mampu kejar trend baju kurung. Ramai yang pakai baju kurung ikut trend. Pelbagai corak kain akan keluar dipasaran sampai anda sendiri tidak mahir dan tidak tahu baju kurung apa yang perlu dijual.

Susah nak jual sebab kena buka kedai atau butik. Tidak ramai penjual baju kurung yang mahu memulakan bisnes ini hanya dari rumah. Mereka fikir perlu ada kedai, perlu ada butik yang akan menelan kos perbelanjaan tidak kurang RM30,000 untuk produk dan juga kos lain seperti sewa kedai dan ubahsuai.

Tidak ada pengetahuan nak mulakan bisnes baju kurung. Tidak tahu langsung potensi, harga pasaran, harga kos, pembekal yang boleh berikan harga terbaik, kualiti produk, jenis-jenis baju kurung dan banyak lagi.

Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung

cara nak mula bisnes baju kurung

Berdasarkan masalah yang dinyatakan di atas anda jangan bimbang sebab anda akan jumpa jalan penyelesaian. Kalau anda betul-betul ingin buat duit dengan bisnes baju kurung semuanya tak jadi masalah buat anda sebab anda...
  • Tidak perlu beli mesin jahit.
  • Tidak perlu pergi kelas atau kursus menjahit.
  • Tidak perlu menjahit langsung.
  • Tidak perlu buka butik atau kedai.
  • Tidak perlu beli kain pasang atau kain ela.
  • Tidak perlu modal berpuluh ribu ringgit.

Kalau anda tonton video buat duit dengan bisnes baju kurung, anda akan lihat 8 buah modul yang akan mengajar anda cara bisnes baju kurung. Bermula dengan peringkat asas hinggalah peringkat jual baju kurung dan keuntungan 100 %. Turut diajarkan dalam video buat duit dengan bisnes baju kurung ialah macam mana nak tahu jenis-jenis baju kurung terlaris dan senarai pembekal.

untung bisnes baju kurung

untung bisnes baju kurung

Bisnes baju kurung boleh untung 100 %. Sape nak bagi kan ? Produk yang mempunyai permintaan tinggi dan kuasa beli yang hebat daripada golongan wanita. Faham-faham sajalah kalau wanita membeli. Apa kata anda baca dulu Panduan Buat Duit Bisnes Baju Kurang. Belajar langkah demi langkah dalam modul tu. Dah tak payah nak pegi tanya penjual baju kurung yang belum tentu mereka ajarkan 100 %.



ps : raya dah nak dekat ni, cepat-cepatlah buka bisnes baju kurung ya.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
January 27, 2016 12:00 AM delete This comment has been removed by the author.
avatar
January 27, 2016 12:03 AM delete

Assalamu'alaikum,

Link2 yang saudara beri tak dapat sy buka memandangkan pautan link akan terus ke 'Ashadee Shutdown". Jadi, ada cara lain ke untuk saya buka link2 yg saudara nyatakan di atas untuk baca/tengok video dan panduan buat bisnes baju kurung tersebut. Tq

Reply
avatar
January 27, 2016 12:23 AM delete

Waalaikumussalam,

Haraf maaf atas kesulitan.

Cik puan blh terus ke link ini : http://bisnesbajukurung.net

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia