Belajar Rahsia Kejayaan Pelaburan Emas

Apakah Teknik Rahsia Kejayaan Pelaburan Emas. Adakah anda seorang pelabur emas? Pernah tak anda terfikir apakah cara untuk berjaya dalam pelaburan emas. Pelaburan emas memang menguntungkan dan saya tak pernah menafikan. Untung memang untung itupun kalau kena caranya sebab tak kurang juga yang pernah ditipu. Sebabnya tak lain tak bukan adalah kurangnya ilmu dalam pelaburan emas dan sikap tamak nak cepat kaya.

Teknik Rahsia Kejayaan Pelaburan Emas

Pelaburan emas memang menguntungkan. Emas melambangkan kekayaan dan kemewahan. Rata-rata rakyat Malaysia dah mula sedar dengan keuntungan dan kebaikan pelaburan emas. Harga emas telah meningkat sejak tahun 2001 dan bolehlah dikatakan memberi pulangan tertinggi di dunia bagi tempoh 10 tahun kebelakang.

Memang untung kalau simpan emas dan melabur. Sebab nilai emas makin meningkat dan bakal meningkat lagi berganda-ganda. Sebab itulah ramai dalam kalangan kita yang mula ghairah dengan pelaburan emas. Disebabkan keghairahan melampau akhirnya ada yang tersilap langkah sebab tak ada ilmu yang betul.


Ada yang melakukan kesilapan dengan menjual emas dengan harga lebih rendah berbanding harga beli, emas dibeli tak seasli yang didakwa dan paling malang lagi tertipu dengan skim-skim pelaburan emas yang menjanjikan bulan dan bintang. Isu penipuan dan kerugian dalam pelaburan emas dah banyak kali mendapat liputan akhbar.

rahsia kejayaan pelaburan emas

Kononnya ramai betul pakar emas ni ya. Cuba anda fikir logik sekiranya nasihat-nasihat mereka tu betul, isu-isu penipuan sebegini tak akan wujud. Maknanya nasihat mereka kurang tepat dan tak boleh nak diterima bulat-bulat. Anda kena baca lebih banyak tips dan panduan dari orang yang berpengalaman.

Ada pakar menyatakan :
  • harga emas akan naik
  • anda akan sentiasa untung dalam pelaburan emas dan
  • anda patut meminjam wang dari pajak gadai dan membeli lebih banyak emas

Katakanlah ada seseorang yang datang kepada anda dan mendakwa dia adalah pakar pelaburan emas dan menyatakan 3 perkara diatas, apakah anda akan percaya bulat-bulat. Sebenarnya 3 kenyataan diatas adalah kurang tepat sama sekali, sebabnya :
  • Harga emas TIDAK sentiasa naik (malah ia jatuh dari paras $1,900 ke paras $1,300 sekarang) dan anda TIDAK akan sentiasa membuat untung melabur dalam emas (tanya saja mereka yang telah ‘melabur’ dalam Genneva).
  • Formula meminjam wang dari pajak gadai untuk membeli lebih banyak lagi emas pula hanya menguntungkan tauke emas dan tauke pajak gadai bukannya si penggadai.
[+] Baca Juga : Rahsia Usahawan Emas Jual Emas Tanpa Kedai

Jadi untuk menjadi seorang pelabur emas yang berjaya, kita perlulah menyediakan dahulu diri kita dengan ilmu pelaburan yang betul. Dalam pelaburan emas ini kita perlu tahu :
  • Bagaimana untuk bermain dengan permainannya. Jika tidak tahu ianya amat-amat berisiko tinggi.
  • Bagaimana caranya untuk membeli dan menjual emas dengan keuntungan yang tinggi. Kalau tidak rugi jadinya.
  • Apakah bahasa-bahasa pelaburan yang perlu digunakan. Ingat, jangan sampai kena tipu kerana tidak faham bahasa mereka.

Rahsia Kejayaan Pelabur Emas

Sebagai seorang pelabur emas yang bijak anda perlu kayakan diri anda dengan ilmu. Anda kena ada seorang mentor sebagai rujukan antaranya Azizi Ali. Siapa tak kenal penulis best seller ni. Buku-buku hasil tulisan beliau sangat kaya dengan ilmu untuk sesiapa sahaja nak membina kekayaan pelaburan yang sebenar. Antara buku fizikal beliau yang menceritakan tentang emas ialah 'Masa Untuk Emas'.

Tak cukup dengan buku, beliau juga berkongsi ilmu pelaburan emas melalui rakaman audio yang mana anda boleh save dan dengar melalui smartphone sekalipun.

rahsia kejayaan pelaburan emas azizi ali

Dalam Pakej Audio yang datang dalam bentuk digital ini anda akan tahu tentang :
  • 2 Sebab utama kenapa anda perlu melabur dalam emas. Jika anda tahu rahsia ini sekarang juga anda akan mencari emas.
  • Kenapa naik turun harga emas adalah biasa? Jangan terkejut jika kenaikan dan penurunan harga berubah secara mendadak.
  • Apakah risiko-risiko yang ada dalam pelaburan emas? Bila anda tahu risiko ini maka anda tahu bagaimana untuk mengurangkannya.
  • 3 Jenis pelaburan emas yang wajib anda ketahui. Jadi anda boleh pilih yang mana satu.
  • Apakah jenis-jenis emas yang perlu anda pilih untuk dijadikan sebagai pelaburan? Silap pilih anda bakal kerugian.
  • Bagaimana untuk memudahkan jualan emas anda. Ini kerana membeli memang mudah tetapi ianya bukan mudah untuk dijual semula.
  • Apakah jenis emas yang memiliki harga jualan yang tinggi. Rugi jika tak tahu rahsia ini.
  • 4 Jenis emas yang patut anda elakkan daripada membeli. Ramai penjual emas akan marah jika rahsia ini dibongkar.
  • 2 Tempat yang terbaik untuk membeli emas. Tempat yang dirahsiakan oleh penjual-penjual emas.
  • 6 Langkah yang perlu anda ikuti untuk membeli emas. Jangan sampai perompak tahu bahawa anda memiliki emas.
  • 13 Perkara yang perlu anda tahu DI MANA untuk SIMPAN emas anda. Jangan sampai orang lain tahu.
  • 5 Langkah bagaimana menjual semula emas anda itu dengan selamat dan berkeuntungan tinggi.
  • Bilakah masanya untuk menjual semula emas anda? Elakkan daripada membeli dan menjual semata-mata untuk dapat untung.
  • Kenapa perlu elakkan diri dari kedai PAJAK GADAI? Kalau boleh masuk pun jangan.
  • 2 Perkara yang perlu anda sediakan sebelum melabur emas.
  • Berapa banyak wang yang perlu anda laburkan dalam emas? Jangan terlalu tamak ya. Orang tamak selalu rugi.
Memang banyak ilmu yang disampaikan, tu tak termasuk dengan bonus-bonus lain tentang ilmu pelaburan emas. Inilah rahsia kejayaan pelaburan emas. Ilmu sangat-sangat penting dan kena ada seorang mentor. Selamat maju jaya dari saya :-)


PS : Pakej Audio Rahsia Kejayaan Pelaburan Emas, Oleh kerana ia datang dalam bentuk digital, anda hanya perlu klik, muat turun dan anda akan dapat mendengar rakaman audio dengan serta merta. Anda boleh simpan dan mainkan audio ini dalam mana-mana pemain MP3.

Laman Web Tempahan : Pakej Audio Kejayaan Pelaburan Emas

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia