4 Sebab Solat Tidak Khusyuk

Apakah Sebab Atau Punca Solat Tidak Khusyuk. Sejauh manakah diri kita khusyuk dalam solat. Adakah kita berusaha untuk solat dengan khusyuk. Solat adalah tiang agama bagi umat islam. Mendirikan solat bermakna mendirikan agama manakala meninggalkan solat sama seperti meruntuhkan agama. Malah beza antara orang islam dengan orang kafir adalah mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.

4 Sebab Solat Tidak Khusyuk

Dalam kehidupan seharian sebagai umat islam, mendirikan solat adalah wajib dan telah menjadi tanggungjawab setiap individu. Solat yang sempurna dapat mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Jadi kalau kita masih melakukan perkara yang dilarang, adakah solat kita sempurna dan khusyuk.

punca dan sebab solat tidak khusyuk

Artikel ini saya tulis untuk muhasabah diri sendiri dan peringatan sesama kita. Mudah-mudahan kita dapat berusaha untuk memperoleh khusyuk dalam solat agar solat kita benar-benar berkualiti disisi Allah swt.

Antara Sebab Solat Tidak Khusyuk

1. Tidak ada keinginan atau keghairahan dalam mendirikan solat. Solat yang didirikan seperti dipaksa-paksa. Akhirnya solat yang didirikan adalah sambil lewa atau tidak bersungguh-sungguh. Walaupun solat adalah amalan yang ringan tetapi janganlah kita sengaja memberat-beratkan diri untuk mendirikan solat.

Kita perlu mendidik hati kita supaya bersungguh-sungguh mendirikan solat. Peliharalah solat dan solatlah di awal waktu. Bukankah solat juga salah satu cara untuk menarik rezeki. Sentiasalah memperbanyakkan membaca al-Quran, selalu mengingati kematian dan sentiasa mengambil berat tentang panduan untuk khusyuk dalam solat.

2. Makan makanan yang haram. Makan makanan yang haram juga menyebabkan solat tidak khusyuk. Menikmati sumber-sumber yang haram bererti kita menentang hak Allah swt dan tidak takut kepada Allah swt. Kita tak sedar bahawa makanan yang haram akan menjadi darah daging dan dari daging inilah akan melahirkan tenaga dan pergerakan. Akhirnya hati kita menjadi kotor dan lebih mudah untuk melakukan keburukkan dan kejahatan. Hati yang kotor menyebabkan kita menjadi liat untuk mendirikan solat. Kesannya, diri semakin jauh dari Allah swt. 

[+] Baca Juga : Rahsia Khusyuk Dalam Solat

3. Keras hati dan takbur. MasyaAllah, orang yang takbur ialah orang yang tidak berupaya untuk merendahkan diri di hadapan Allah swt. Mereka merasakan diri mereka lebih besar berbanding Allah swt. Orang sebegini keras hatinya dan terlalu ego. Mereka tak sanggup untuk sujud kepada Allah swt kerana keras hatinya.

4. Orang yang 'Lagha' atau banyak melakukan perkara yang sia-sia juga susah untuk khusyuk dalam solat. Bercakap banyak yang tiada faedah, ketawa yang melampau, mengumpat dan menabur fitnah, gurau senda yang melampau sudah tentu membuatkan hati semakin kotor. Bila hati kotor perkara maksiat senang memasuki hati dan hati semakin sukar untuk menerima alunan zikrullah. Sesungguhnya syaitan akan cuba melalaikan kita walau dengan apa cara sekalipun. Akhirnya kita sukar untuk mendapatkan "roh" dalam solat.

Mudah-mudahan 4 sebab ini dapat membantu kita untuk memahami mengapa solat tidak khusyuk dan bagaimanakah cara untuk khusyuk dalam solat.

Sama-samalah kita muhasabah diri agar sentiasa meningkatkan mutu solat kita.

InshaAllah.. :-)




Lebih banyak panduan solat ? Rujuk : Blog Panduan Solat

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
May 19, 2015 8:17 AM delete

In shaa Allah akan sentiasa memperbaiki solat dgn lebihbkusyuk dan tawadduk

Http://znzabadistore.blogspot.com

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia