3 Cara Berkesan Menarik Rezeki

3 Cara Berkesan Menarik Rezeki. Saya yakin ramai antara kita yang mungkin pernah mengalami masalah kewangan dan kesuntukan duit. Buat macam-macam perkara semua tak menjadi maka bermulalah episod suka duka dan hati mula tidak tenang. Saban hari kita mula terfikir apakah kita telah mengalami kesempitan rezeki dan apakah cara untuk menarik rezeki melimpah ruah. Akhirnya kita mula menemui jalan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

3 Cara Berkesan Menarik Rezeki

semut cari rezeki

Menarik Rezeki Dengan Sedekah

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Bersedekahlah seikhlas hati. Amalan sedekah dalam islam bukan akan menyebabkan kekurangan wang kita sebaliknya akan menambah rezeki dan kekayaan kita. Mari kita amati formula sedekah. Formula ini saya namakan formula matematik Allah swt dalam bersedekah.

Begini.....

Dari kiraan ilmu matematik manusia 1 - 1 = 0. Ini formula ciptaan manusia.

Tetapi formula matematik Allah swt 1 - 1 = 10.
Apa yang mahu di tolak (-) itu adalah sedekah. Maksudnya diberi 1 diganti dengan 10.
Setiap seringgit yang tuan sedekahkan pasti akan digandakan sepuluh kali ganda. Insya Allah.
Mari kita amati janji Allah swt :
Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi). (Al-An'am 6: 160)
Bersedekah bukan bermaksud memberi sekecil-kecil wang atau barang yang sudah tidak elok. Sebaliknya berilah mereka semampu mungkin. InsyaAllah Allah swt akan gandakan lagi rezeki anda. Inilah rahsia mewah rezeki. Kadang-kadang kita silap, barang yang sudah tidak elok pula yang kita sedekahkan. Sebaliknya berilah barangan yang masih dalam keadaaan elok lagi kepada mereka.

3 Tips dalam sedekah :
  • Ikhlaskan hati
  • Jangan mengharapkan balasan
  • Berilah sesuatu yang berguna

Menarik Rezeki Dengan Doa

“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”
Setiap kali sebelum dan selepas melakukan kerja jangan lupa berdoa kepada-Nya. Doa adalah senjata orang mukmin. Iringilah kerja yang dilakukan dengan doa dan tawakal kepada Allah swt. Niatkan hati untuk mencari rezeki yang halal dan berkat. Serahlah soal pemberian rezeki terhadap-Nya. InsyaAllah rezeki kita akan tiba cepat atau lambat sudah ditulis oleh Allah swt.

Menarik Rezeki Dengan Solat Dhuha

Solat Dhuha juga dapat membuka pintu-pintu rezeki. Jika diamalkan selalu InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka seluas-luasnya. Solat dhuha juga dikatakan sebagai magnet untuk menarik rezeki. Nabi Muhammad saw juga menggalakkan kita supaya mengamalkan solat sunat dhuha.

Doa Dhuha
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi, maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”





ps : Rezeki akak ni melimpah ruah selepas amalkan formula ini. Buat sale RM10,000 dari bisnes part time sambil jaga anak je. Nak tahu formula apa yang akak ni guna ? Muat turun sekarang --> Formula luar biasa


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia