Tips Dan Panduan Penolong Pegawai Penerangan S27

Tips Dan Panduan Penolong Pegawai Penerangan S27. Pasti ramai calon yang tercari-cari tips dan panduan tentang jawatan Penolong Pegawai Penerangan S27. Untuk makluman, calon-calon yang layak akan terlibat dengan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan yang akan diadakan 15 April ini.

Tips Dan Panduan Penolong Pegawai Penerangan S27

rujukan peperiksaan penolong pegawai penerangan

Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 adalah jawatan yang dikategorikan sebagai sokongan kepada Pegawai Penerangan Gred S41. Berkhidmat di Kementerian atau Jabatan kerajaan, jawatan ini bakal dianugerahkan bayaran gaji seperti yang berikut :
  • Gaji permulaan - RM1,362.00
  • Gaji tertinggi - RM5,092.00
  • Kenaikan gaji tahunan - RM1,362.00

Apakah Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

  • Memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Fizik dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut dengan menerima gaji permulaan sebanyak RM1,362.00 atau
  • Memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan menerima gaji permulaan sebanyak RM1,362.00 atau
  • Memiliki diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dengan menerima gaji permulaan sebanyak RM1,661.95 atau
  • Memiliki diploma Komunikasi dan Media yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan menerima gaji permulaan sebanyak RM1,661.95.
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

 

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penerangan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
  • Memiliki kelayakan di atas; dan
  • Lulus Peperiksaan Khas; dan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

Berkhidmat di Kementerian Penerangan

Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif Jabatan, menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa tetap dan ‘Adhoc' di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisa-analisa berkaitan dengan isu-isu semasa.


Berkhidmat di Kementerian Kesihatan

Menyelia perkhidmatan tabung darah, peralatan teknikal tabung darah dan mengurus bekalan dan menyimpan inventori tabung darah.

Merangka program Kempen Menderma Darah, pameran dan ceramah serta mengurus kebajikan penderma-penderma darah.

Sekiranya anda terpilih dan tercari-cari panduan untuk menghadapi Peperiksaan Online Pegawai Penerangan, Tim Info Kerjaya sedia membantu anda melalui Rujukan Pantas Lulus Peperiksaan Pegawai Penerangan S27.

Ini adalah rujukan utama anda untuk peperiksaan 15 April ini. Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27 mengandungi keseluruhan penerangan format peperiksaan. Antara kandungannya ;
  • Anda akan tahu keseluruhan format 3 Seksyen penilaian Penolong Pegawai Penerangan
  • Faham apa sebenarnya yang dinilai pada setiap seksyen
  • 60++ Contoh Soalan & Jawapan Seksyen A
  • 60++ Contoh Soalan & Jawapan Seksyen B
  • Lebih 100 Contoh Soalan & Jawapan Seksyen C
  • Strategi menjawab soalan setiap seksyen
  • Apa sebenarnya yang dinilai pada Seksyen C dan bagaimana ramai tersungkur dengannya
  • 30 ++ Nota Ringkas untuk persediaan pantas anda. Ini bakal menjimatkan masa persediaan anda!
  • ... dan banyak lagi

Jika anda takut panduan ini terlepas dan jatuh ke tangan calon-calon lain, segeralah ke pautan berikut : Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan untuk membuat tempahan.

Sekian terima kasih. Semoga berjaya :-)


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia