Panduan Asas Menghadapi Temuduga Kerja Kerajaan

Pasti ramai calon-calon tercari-cari tips dan panduan untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan. Sememangnya panduan untuk menghadapi temuduga adalah sangat penting sebagai persediaan dan bekalan menghadapi temuduga. Mana taknya, peluang tak datang berkali-kali, jadi calon-calon perlu membuat persediaan rapi jika mahu lulus dalam temuduga kerja kerajaan.

Panduan Asas Menghadiri & Menghadapi Temuduga Kerja Kerajaan

Ramai yang mendapat panggilan temuduga tetapi akhirnya tak ramai yang lulus. Itulah sebab temuduga dijalankan iaitu untuk menapis calon-calon yang betul-betul layak untuk diterima bekerja.


bagaimana lulus temuduga kerja kerajaan

Masalah ekonomi bukan sahaja melanda negara Malaysia sahaja, malah negara lain pun terlibat sama. Adalah sangat penting untuk mendapatkan kerja di sektor awam berbanding sektor swasta.
Jadi tidak hairanlah mengapa permohonan pekerjaan dalam sektor awam tiba-tiba meningkat. Hampir 500,000 permohonan diterima untuk memasuki bidang perkhidmatan awam. Namun begitu berapakah kekosongan yang ada bagi jawatan yang dipohon ?
Sebagai calon yang betul-betul bijak anda perlu tahu beberapa panduan asas dalam menghadapi temuduga kerja kerajaan antaranya :
  • Perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga
  • Mengawal emosi semasa temuduga
  • Menjaga adab dan sikap semasa temuduga

Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Temuduga Kerja

Berikut ialah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga. Panel penemuduga bakal tersinggung dengan sikap anda sekiranya anda berbuat demikian.

1. Bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tiada kena mengena dengan soalan yang ditanya secara berlebihan atau keterlaluan.

2. Tidak menumpukan perhatian atau fokus kepada salah seorang penemuduga apabila diajukan soalan dari salah seorang panel.

3. Mengelak daripada menjawab soalan atau mengalihkan perhatian panel penemuduga dengan bercakap tentang perkara lain.

4. Memandang rendah pada pengetahuan panel penemuduga sehingga merasakan diri anda bijak dari mereka dengan berpandukan cara anda menjawab.

5. Menggunakan nama-nama orang berpangkat tinggi atau besar dalam sesi temuduga, seolah-olah anda ada orang dalam, supaya panel penemuduga berasa kagum dengan anda.

6. Mencabar panel penemuduga dengan memberikan soalan yang rumit dan teknikal kepada mereka. Sepatutnya mereka yang menyoal anda.

Perkara-perkara di atas boleh membuatkan panel penemuduga berasa tidak senang hati dan membosankan. Ini bakal memberi kesan kepada anda. Peluang bakal tertutup kerana sikap anda. Adakalanya anda tidak sedar apa yang anda lakukan tersebut menambahkan lagi rasa meluat orang lain terhadap anda biar pun anda merasakan tindakan tersebut bagus.

[+] Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Mengawal Emosi Semasa Temuduga

Sekiranya anda dipandang rendah atau dihina, logiknya anda akan berasa marah dan naik angin. Sudah pasti! Ketika berada di bilik temuduga, anda akan ditanyakan soalan-soalan yang membuatkan anda panas hati kerana ia bakal mencabar kewibawaan anda. Ia adalah salah satu strategi panel penemuduga untuk menguji emosi anda. Adakah anda seorang yang penyabar, cepat marah, kurang sabar dan sebagainya.

Anda yang perlu anda lakukan ialah :

1. Sedari bahawa panel penemuduga sedang menguji anda.

2. Jawab setiap pertanyaan dengan jelas dan lantang, tidak terlalu laju atau terlalu perlahan.

3. Ketepikan sikap ego anda, rendah diri semasa ditemuduga.

4. Tenangkan diri sebelum menjawab soalan.

5. Senyumlah walau pun ianya sekadar sebuah lakonan, ikhlaskan senyuman anda.

6. Buktikan kepada panel penemuduga bahawa anda benar-benar minat dengan jawatan yang dipohon.

Anda dinasihat supaya menjawab soalan dengan tenang, ambil masa untuk berfikir sebentar dan mulai menjawab dengan perlahan-lahan. Menjawab dalam keadaan yang terburu-buru hanya akan menyebabkan anda hilang fokus dan emosi tidak dapat dikawal. Boleh jadi anda akan bertengkar dengan penemuduga nanti.

Menjaga Adab & Sikap Semasa Temuduga

1. Elakkan daripada berbohong semasa temuduga.

2. Sekiranya anda tidak tahu jawapan, elakkan daripada menipu atau mendiamkan diri sahaja. Bersikap jujur sahaja dengan memberitahu anda tidak tahu jawapannya.

3. Bersedia untuk menceritakan penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda.

4. Jangan berbincang tentang masalah peribadi anda semasa ditemuduga. Ianya tidak berkaitan dengan panel penemuduga dan mereka tak mahu mendengarnya.

5. Jika disoal tentang pengalaman kerjaya terdahulu, berikan keterangan dengan ringkas, padat dan tepat.

6. Elakkan daripada memburuk-burukkan bekas majikan anda sama ada dari sektor awam atau sektor swasta yang terdahulu. Kongsikan kisah yang baik-baik sahaja.

7. Nyatakan kelulusan dan kelayakan anda yang sebenar. Namun usah mendabik dada sekiranya kelayakan dan kelulusan anda amat tinggi.

8. Anda wajib mengetahui sebahagian dari tugas-tugas yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

9. Biar panel penemuduga yang menamatkan sesi temuduga.

10. Ucapkan terima kasih kepada mereka sebagai tanda penghargaan.

11. Jangan lupa berjabat tangan dengan panel penemuduga.


3 perkara yang saya nyatakan di atas adalah sangat penting iaitu perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga, mengawal emosi semasa temuduga serta menjaga adab dan sikap semasa temuduga. Adalah wajib untuk anda mengetahui ketiga-tiga perkara ini dan jangan ambil mudah. Jika anda betul-betul mahu berjaya dalam temuduga kerja kerajaan saya yakin anda adalah orang yang mengambil berat tentang perkara ini. Mudahan-mudahan anda berjaya dalam temuduga kerja kerajaan.

Dapatkan Panduan Lengkap Temuduga : Dapatkan disini.




 

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia