Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27

Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27 bagi tahun 2015 bakal diadakan pada 15 April tidak lama lagi. Adakah anda telah bersedia untuk menghadapinya. Mungkin anda tercari-cari contoh-contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 sebagai tips dan panduan untuk menghadapi peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27


contoh soalan peperiksaan pegawai penerangan

Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27, adalah wajar anda mengetahui contoh-contoh soalan untuk mendapat gambaran peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27. Soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 terdiri daripada 3 bahagian iaitu :
  • Seksyen A : Pengetahuan AM
  • Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C : Ujian Psikometrik
Ketiga-tiga seksyen ini mempunyai soalan yang berbeza-beza. Berikut adalah contoh-contoh soalan  peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27

Berikut merupakan Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 yang boleh anda jadikan sebagai rujukan.
Seksyen A : Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai banyak soalan menguji pengetahuan anda. Anda diberikan masa 30 minit untuk menjawab 40 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2014. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan). Sekali lagi formatnya;
  • Tempoh: 30 minit
  • Jumlah Soalan: 40 soalan
Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional.



Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan soalan dalam seksyen A ini.

Contoh-contoh soalan seksyen A.

Jawab soalan 1, 2 dan 3 berdasarkan pernyataan di bawah :


1.    Namakan salah satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia

A.    Pertandingan Bahas Kenegaraan
B.    Pertandingan Debat Kenegaraan
C.    Pertandingan Jabatan Kerajaan
D.    Pertandingan Penjawat Awam


2.    Program Komuniti Bestari menganjurkan  pertandingan tersebut untuk

I.    Mempromosikan Jabatan Penerangan Malaysia kepada masyarakat
II.    Meningkatkan kesedaran masyarakat.
III.    Fokus pada generasi muda untuk mengikuti perkembangan semasa.
IV.    Membina minda masyarakat dan memupuk semangat perpaduan di kalangan generasi muda ini.

A.    I dan II
B.    I, II dan III
C.    II, III dan IV
D.    I, II, III dan IV


3.    Di antara berikut, manakah pernyataan yang BENAR mengenai program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia?

I.   Memupuk semangat kerjasama dan nilai-nilai perpaduan di kalangan ahli-ahli Komuniti Bestari dan masyarakat umum melalui perkongsian minat dan kefahaman pelbagai nilai dan sub-budaya.
II.  Menggalakkan budaya ilmu yang jitu, berwibawa dan perbincangan yang sihat berdasarkan fakta yang sahih, tepat dan jelas selaras dengan globalisasi dan ledakan maklumat.
III. Menyemaikan budaya berhujah secara matang, bernas dan bermaklumat berdasarkan kerangka pembinaan masyarakat bermaklumat (knowledge society).
IV. Menggalakkan nilai-nilai perkongsian matlamat dalam satu wadah dan pasukan bagi tujuan bersama.

A.    I dan II
B.    I, II dan III
C.    II, III dan IV
D.    I, II, III dan IV


4.    Apakah nama asal bagi Jabatan Penerangan Malaysia?

A.    Malay States Information Agency
B.    Jabatan Publisiti dan Percetakan
C.    Jabatan Perhubungan Raya
D.    Jabatan Penerangan

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab dalam masa 35 minit, sebanyak 30 soalan. Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Secara umumnya format yang digunapakai tahun 2012/13 adalah sama dengan format  tahun-tahun sebelum ini sejak tahun 2009 lagi. Sekali lagi, format tahun ini untuk sesi 15 APRIL 2015 adalah;

1.    Sebuah mesin dengan kos RM 35,000.00 telah dibeli pada 1 Januari 2008. Aset ini disusutnilaikan pada 10 % setahun mengikut kaedah ansuran tetap. Kirakan belanja susut nilai untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

A.    RM 1,000.00
B.    RM 3,000.00
C.    RM 5,000.00
D.    RM 7,000.00

2.    Kaisara telah menjual telefon bimbitnya dengan harga RM 954.00 kepada Nalini. Beliau telah untung sebanyak 33%. Berapakah harga sebenar telefon bimbit nya.

A.    RM 420.20
B.    RM 532.20
C.    RM 639.20
D.    RM 720.20

Seksyen C : Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

1.    Saya suka bekerja sendiri.

A.    Ya        B. Tidak


2.    Keputusan yang dibuat dalam kerja kumpulan mengambil kira pandangan kesemua ahli.

A.    Ya        B. Tidak


3.    Saya memberikan tumpuan penuh kepada tugas yang diberikan semasa kerja.

A.    Ya        B. Tidak


4.    Saya gemar menggunakan idea ciptaan diri sendiri.

A.    Ya        B. Tidak


5.    Saya menggunakan strategi penyelesaian masalah yang tersendiri.

A.    Ya        B. Tidak




Kesemua contoh-contoh soalan diatas adalah soalan contoh Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27 mengikut format yang sebenar. Jika anda mahukan lebih banyak tips dan panduan berkaitan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27 anda bolehlah rujuk  panduan yang disediakan oleh Tim InfoKerjaya. Sila ke pautan berikut : Panduan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia