Cara Nak Mulakan Bisnes Tudung Online

Cara nak mulakan bisnes tudung online sendiri. Siapa sangka kan potensi bisnes tudung adalah sangat besar. Tak kisahlah siapa anda, asalkan anda ada minat dan keinginan, anda dah boleh berniaga tudung sendiri. Walaupun anda suri rumah anda tak perlu risau sebab bisnes tudung boleh dilakukan dari rumah. Pelajar universiti pun dah ramai yang bergiat aktif tambah pendapatan dengan menjual tudung secara online. Maknanya tak perlu pun nak ada sebuah kedai baru nak mula berniaga tudung.

Cara Nak Mulakan Bisnes Tudung Online

Ramai yang mencari tips dan panduan untuk berniaga tudung sebab ramai yang tak tahu bagaimanakah cara nak mula bisnes tudung ni. Tudung adalah bisnes yang power dan dikatakan sangat laris. Cuba buka facebook dan search tentang bisnes tudung. Saya yakin anda akan jumpa banyak page tentang bisnes tudung. Tak perlu nak ada kedai pun takpe, jual tudung secara online pun boleh.

cara mula bisnes tudung online sendiri

Mengapa bisnes tudung dikatakan hot dan ada permintaan tinggi. Sebabnya ramai orang nak kelihatan cantik dan mereka tidak akan jemu dalam membeli produk. Dah jadi lumrah wanita kan nak cantik dan menawan dimata suami misalnya. Almaklumlah pengamal ilmu memikat lelaki.

Seperti sedia maklum niche pakaian seperti tudung sentiasa mendapat permintaan tinggi terutamanya menjelang musim perayaan. Memang tidak dinafikan bisnes tudung antara lubuk bisnes yang mendapat permintaan tinggi.
Memang tepat kalau nak dikatakan bisnes tudung adalah berpotensi dan merupakan produk yang mempunyai permintaan tinggi.

Dari segi pasaran tidaklah membimbangkan kerana sasaran anda adalah wanita dan wanita mempunyai kuasa beli yang tinggi khususnya menjelang musim perayaan.

Asalkan anda gunakan ayat menjual yang power dan strategi yang betul, bisnes tudung anda akan berjaya. Beberapa tips yang anda kena tahu untuk memulakan bisnes tudung antaranya :
  • Tahu kat mana nak dapatkan tudung dengan harga yang murah
  • Kenalpasti supplier tudung yang bagus
  • Tahu tudung apa yang mendapat sambutan
  • Berapakah modal permulaan
  • Bagaimana nak promosi tudung
  • Apakah ayat-ayat promosi yang mampu memikat dan 7 cara promosi online

5 Tips yang saya nyatakan di atas sangat penting. Anda perlu kuasainya supaya anda berjaya. Kalau kena caranya, untung berganda-ganda dengan bisnes tudung. Cuma ilmu tentang bisnes tudung tu kena ada. Biasalah nak buat bisnes kena ada ilmu. Tak kisahlah bisnes air balang, bisnes banner, bisnes burger, bisnes putu dan apa jua bisnes sekalipun anda tetap kena ada ilmu. Pendek kata semua bisnes kena ada ilmu barulah berjaya.
Masa di universiti dulu saya pernah berniaga tudung. Nak cari duit poket lebih maka saya buat keputusan untuk jual tudung.  Bincang punya bincang dengan tiga orang kawan akhirnya kami sepakat nak jual tudung. Maka bermulalah operasi kami cari kat mana nak beli tudung dengan harga borong. Sebelum tu kami dah buat survey tudung apa yang jadi trend masa tu. Kami ambil tempahan dahulu mengikut jenis tudung yang mereka mahukan.

Memang boleh dapat dengan harga yang murah kalau beli borong. Untung jualan memang berbaloi-baloi. Boleh katakan dua kali ganda untungnya. Betullah apa yang saya baca tentang bisnes tudung ni kita kena buat kajian pasaran. Kaji tudung apa yang mendapat permintaan. Bisnes tudung memang bisnes yang laris sepanjang masa.

Modal untuk bisnes tudung ni tak semestinya modal yang besar. Modal kecil pun boleh. Peringkat permulaanlah katakan jangan nak gelojoh sangat. Yang penting dapatkan pelanggan yang pertama hingga ke sepuluh dahulu. Ada tiga proses untuk buat bisnes tudung ni yang anda kena pegang sampai bila-bila.
  • Pertama : Dapatkan stok tudung
  • Kedua : Plan strategi pemasaran
  • Ketiga : Plan tindakan

Nasihat saya kalau anda berhasrat untuk bisnes tudung, gunakan point-pont di atas. Pertama cuba dapatkan stok tudung. Kena rajin buat carian barulah anda akan jumpa lokasi yang betul-betul sesuai. Tentang modal tu jangan bimbang sebab anda tak semestinya perlu bermula dengan modal yang besar. Modal yang kecil pun boleh. Kemudian plan betul-betul strategi pemasaran anda. Yang penting anda sudah ada produk (tudung) yang nak diniagakan.


Disamping tu kena rajin-rajinkan diri baca rahsia bisnes tudung ni sampai lebam. Bukan apa takut nanti anda tersasar dari landasan. Kalau ada panduan ni lagi senang anda nak buat kerja. Cuma ulang langkah-langkah ini. Lama-kelamaan anda akan mahir dan nampak hasilnya.

Baiklah, itu sahaja perkongsian dari saya. Ingat walau apa jua bisnes yang nak dijalankan memerlukan ilmu. Tak boleh nak mulakan bisnes tanpa ilmu di dada begitu sahaja jika nak berjaya dalam bisnes tudung.

Ok, kalau anda berminat untuk dapatkan koleksi tudung atau untuk beli tudung untuk dijual, anda boleh survey kat laman web Tudung2u. Kat sini juga anda boleh survey trend tudung terkini dan tudung yang manakah mendapat permintaan tinggi. Sila ke website Tudung2u.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

10 comments

comments
April 18, 2015 5:12 PM delete

Bisnes tudung memang best sb org sentiasa pakai dan update selalu.

Reply
avatar
April 21, 2015 1:04 AM delete

Ya, tambah plak macam-macam gaya pakai tudung sekarang ni.. :-)

Reply
avatar
October 16, 2015 6:10 AM delete

Terima kasih atas perkongsian nasihat niaga
.Akan dikongsikan formula ini di luar sana.

Di sini saya kongsikan juga link untuk belajar bisnes start up oleh Haryzat Zulzahary:-
bit.ly/senibisnesstartupmeletup

Reply
avatar
October 21, 2015 8:00 AM delete

Saya ada menerima perkhidmatan jahit shawl / tudung secara pukal..if berminat, bole wassap saya di 0177821257 ye☺

Reply
avatar
October 21, 2015 8:02 AM delete

Saya ada menerima perkhidmatan jahit shawl / tudung secara pukal..if berminat, bole wassap saya di 0177821257 ye☺

Reply
avatar
February 18, 2016 8:38 PM delete

Sape kat sni bole jadi mentor jual tudung online?

Reply
avatar
February 25, 2016 7:00 AM delete

Dulu saya start bisnes tudung bodo-bodo je.. Merugikan duit, masa dan tenaga. Tapi 1 je yg tak merugikan. Pengalaman :) Pengalaman mematangkan kita :)

Reply
avatar
February 26, 2016 2:10 AM delete

Ya, setuju.

Pengalaman tak boleh di beli :-)

Reply
avatar
April 10, 2016 10:57 AM delete

Perkongsian yang baik Tuan!

Saya juga ada blog tentang ini. Zaman Sekarang, surirumah pun mampu buat bisnes dari rumah, dan jangan hairan ada yang mampu buka kedai sendiri sebab tinggi permintaan.

Yang bekerja pun boleh buat bisnes part time tambah pendapatan tanpa ganggu masa kerja mereka.

Di sini saya ada blog tentang cara Mudah mulakan perniagaan dalam 5 hari seperti surirumah2 yang telah berjaya,
ikuti di sini : http://amizanyap.com/cara-memulakan-perniagaan/

Reply
avatar
August 30, 2016 9:42 AM delete

berniaga tudung memang menjadi. Orang perempuan suka beli tudung.

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia