Cara Nak Mula Bisnes Tudung Sendiri

Cara nak mula bisnes tudung sendiri. Nampaknya ramai juga yang berminat nak berniaga tudung memandangkan sekarang dah ada yang buat bisnes tudung online. Tetapi ramai lagi yang tak berani mula bisnes tudung sebab tak tahu cara yang betul nak bisnes tudung sendiri. Beberapa perkara perlu diambil kira sebelum memulakan bisnes tudung antaranya ialah modal.

Cara Nak Mula Bisnes Tudung Sendiri

Modal nak mulakan bisnes tudung sendiri, awal-awal tak perlu banyak mana, janji anda perlu dapatkan pelanggan pertama hingga sepuluh dahulu. Bila dah dapat pelanggan ni, anda pegang list nama dan contact mereka. Pelanggan yang sepuluh ini sudah cukup bagus sebagai permulaan mempromosikan apa yang anda jual. Jika produk anda bagus, apatah lagi lebih murah daripada terdapat di tempat lain, mereka pasti mencari anda.

cara nak mula bisnes tudung sendiri

Ramai yang mahu mulakan bisnes sendiri tetapi ilmu tak cukup di dada. Bisnes main redah, main trial-n-error ini bukannya tak boleh. Boleh sahaja jika anda ada modal yang besar dan ada banyak masa lebihan. Berbeza dengan mereka yang mungkin mahu menjana income menerusi bisnes tudung secara betul, berterusan dan lumayan, ilmu mesti diperlukan.

Ilmu bisnes satu hal. Sumber nak berniaga pun satu hal. Ada yang kurang modal, tapi nak dapatkan produk yang terbaik untuk dijual dan dapat keuntungan tinggi. Jadi ada masalah di situ. Dalam bisnes tudung ni, kena juga lengkapkan keperluan lain, contohnya :
  • Hanger
  • Patung (Mannequin)
  • Rak
  • Tag harga
Ini sumber keperluan nak berniaga tudung. Walaupun bisnes tudung sendiri nak dijalankan tanpa kedai, hanya dibuat di rumah, nak juga ada hanger atau penyangkut tudung yang sesuai, nak ada patung untuk peragaan, nak ada rak simpanan tudung, nak ada kelengkapan untuk tag harga. Apatah lagi kalau memang nak ada kedai. Jadi, kat mana nak dapatkan semua ini?


Sumber yang senang nak dapat, murah dan berkualiti mesti kita inginkan dalam bisnes kita. Selain sumber nak dapatkan tudung, sumber nak dapatkan keperluan bagi bisnes tudung pun sama penting. Bisnes tudung senang sebab permintaan itu sentiasa ada. Cuba dapatkan panduan bisnes tudung dan anda akan nampak betapa mudahnya nak jadi trend-setter walaupun tudung itu dari fesyen corak yang lama. Tudung mudah nak diperaga dan digayakan, jadi tak mustahil boleh dijual dengan laris.


Beli RM8-10 sehelai, tapi boleh jual sehingga RM 30 hingga RM 50. Semua itu boleh jika anda tahu nak naik taraf tudung yang dijual kepada sesuatu yang nampak eksklusif, itulah antara formula menjual tudung sehari sehingga RM500. Nak dapatkan stok tudung murah, boleh lihat panduan di dalam direktori bisnes tudung dan baca petua mendapat stok tudung harga rendah.


Tudung produk yang sentiasa dicari, apatah lagi golongan sasarannya ialah wanita yang memang gila shopping. Lagipun, produk ini senang nak jual online, kos pos pun murah sebab ia ringan. Nak mulakan bisnes tudung sendiri, maka kena baca panduan-panduan yang telah saya nyatakan tadi.

Kita jumpa lagi :-)

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
August 30, 2016 9:44 AM delete

Tak susah nak berniaga tudung jika kena dengan caranya.

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia