Bakar Lemak Pantas Tanpa Bazirkan Duit

Cara kurus dengan menahan lapar sebenarnya tak benar. Saya sebenarnya kurang bersetuju kalau ada yang bagitau kalau nak kurus kena kurang makan dan menahan lapar. Sebab ada lagi cara untuk bakar lemak pantas tanpa melibatkan ubat-ubatan, pil-pil dan sebagainya. Paling malang lagi dah banyak duit dilaburkan semata-mata nak cari cara bakar lemak yang hakikatnya dah banyak duit yang terbakar.

Cara Bakar Lemak Pantas Yang Berkesan

Ramai yang mula panik bila badan dah mula melebar tak kisahlah lelaki mahupun perempuan. Dah jadi lumrah manusia nak cantik dan kelihatan menarik apatah lagi wanita yang nak pikat lelaki idaman.

cara bakar lemak untuk kurus cepat
 
Akhirnya mereka tercari-carilah cara kurus cepat, cara kurus tanpa berlapar, cara kurus tanpa makan produk, cara kurus tanpa keluar duit dan jimat. Kesemuanya membawa motif yang sama iaitu nak kurus tetapi cara yang digunakan masih tak berkesan.

Kalau pengamal cara kurus dengan Diet Atkins tu lainlah sebab sekurang-kurangnya mereka dah nampak cara kurus yang betul sekaligus menolak pendapat bahawa kalau nak kurus kenalah berlapar.

[+] Tips : Teknik Pelik Turunkan Berat Badan

Tak kurang juga yang beranggapan kalau nak kurus kenalah keluarkan banyak duit untuk beli pelbagai produk yang adakalanya boleh memberikan kesan sampingan untuk jangka masa yang panjang. Biasalah, kebanyakan pil-pil ada yang mengandungi bahan kimia yang tak sesuai dengan tubuh badan.

5 Anggapan teknik bakar lemak yang silap :

Tahukah anda bahawa cara diet yang memakan makanan rendah karbohidrat sebenarnya menurunkan kadar pembakaran lemak dalam diri anda & seterusnya mengagalkan anda dalam proses menurunkan berat badan.

Tahukah anda dengan senaman kardio yang biasa anda lakukan tidak membantu anda dalam meningkatkan pembakaran lemak dalam diri anda.

Tahukah anda bahawa dengan melakukan 1000 kali sit up ataupun ‘crunch’ bagi membuang lemak pada perut anda adalah perkara yang sia-sia.

Tahukah anda bahawa mengambil pil “fat-burner” sebenarnya merosakkan sistem pembakaran lemak semulajadi dalam diri anda. Kenapa perlu ‘fat-burner’ sekiranya anda mampu melakukannya tanpa sebarang bantuan?


Tahukah anda menahan lapar adalah perkara yang paling sia-sia sekali dan langsung tidak membantu dalam pembakaran lemak dalam diri anda.

Kesan Jika Salah Guna Teknik Kurus

Semua orang mampu mencuba cara turunkan berat badan tetapi tak semua yang berjaya. Adakah anda beranggapan bahawa dengan menahan lapar dan berdiet secara ‘hardcore’ mudah-mudah sahaja anda boleh menurunkan berat badan 4kg dalam masa seminggu.

Sebenarnya cara tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda. Sebab yang menurunkan berat badan itu sebenarnya adalah jisim otot dan bukannya jisim lemak.

Maknanya apabila anda tidak makan, metabolisma diri anda akan menurun. Badan anda perlukan tenaga jadi tenaga ini diambil daripada protein otot-otot diri anda dan bukannya daripada lemak dalam badan anda. Jadi tak betul jika nak kurus kena berlapar. Ini dinamakan ‘muscle-catabolisme’.

Sebaliknya anda boleh menurunkan berat badan dengan mengurangkan jisim lemak dan bukan jisim otot. Dengan adanya otot yang mantap dan lemak yang kurang maka sudah tentu badan anda akan menjadi lebih kemas dan bergaya.

Bagaimana Cara Bakar Lemak Pantas ?

Ok, yang ni adalah cara bakar lemak pantas berdasarkan pemahaman saya. Apabila karbohidrat, lemak dan protein masuk kedalam badan ia akan ditukar ke bentuk yang sangat ringkas iaitu glukosa, asid lemak dan asid amino.

Ketiga unsur ini akan digunakan sebagai tenaga oleh badan. Apabila ia tidak digunakan ia akan disimpan sebagai lemak.

Jadi anda perlu mengarahkan badan anda menggunakan lemak-lemak yang tersimpan ini. Prosesnya tidak komplek sangat, ia umpama ‘menekan button start’ sahaja.

Apabila telah diarahakan, badan anda akan mengalami proses thermogenic. Apa akan jadi pada lemak yang terkumpul itu tadi ? Maka berlakulah proses lipolisis iaitu lemak yang tersimpan akan dipaksa keluar supaya dapat menghasilkan tenaga.

Teknik pembakaran lemak ini seterusnya  akan menstabilkan hormon anda kemudian ia akan meningkatkan metabolisma diri anda. Akhir sekali berat badan anda akan menurun secara drastik dan konsisten.

....Secara keseluruhannya anda kena tukarkan karbohidrat yang masuk dalam badan anda menjadi glukosa, asid lemak dan asid amino.

...Kedua, tiga unsur tadi yang tak digunakan akan jadi lemak yang tersimpan.

...Gunakan lemak yang tersimpan tadi sehingga keluar menjadi bentuk tenaga sehingga terbakar dengan sendirinya.


Masih tak faham juga ? Anda boleh baca Proses Bakar Lemak Pantas ni. Nak tak nak anda kena baca juga jika anda serius dan tekad nak kurus. Kalau nak kurus tanpa bazirkan wang tu elok sangatlah baca ye. Tak payah lagi nak makan macam-macam produk cukup hanya jadikan badan anda sendiri sebagai mesin pembakar lemak.


ps : jangan pula tak tahu ye dah ramai yang amalkan teknik bakar lemak pantas ni kalau dilihat pada testimoni-testimoni pengamalnya. :-)



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia