Bagaimana Cara Import Barang Dari China

Bagaimanakah Cara Nak Import Barang Dari China? Saya tahu anda ada keinginan untuk tambah pendapatan dengan jual barang dari china tetapi tak tahu macam mana nak import barang dari china. Jika kena caranya, anda boleh import barangan dari china dengan murah secara berterusan. Malangnya selagi anda tak ada panduan import barang dari china selagi tulah anda masih gagal jalankan bisnes barang dari china.

Bagaimana Cara Nak Import Barang Dari China


cara nak import barangan dari china

Saya difahamkan negara China adalah antara negara yang membekalkan barangan yang murah. Bukan sahaja murah malah berkualiti dan popular. Barang-barang ini anda boleh jual dengan keuntungan yang tinggi. Dalam entri sebelum ni juga (Cara Borong Barang China Secara Online) saya pernah ceritakan barangan dari china mempunyai permintaan yang tinggi.
Negara China dikatakan sebagai sebuah negara kilang kepada dunia..

Kelebihan Import Barangan Dari China

Negara China kini lebih dikenali sebagai "Kilang kepada dunia" kerana anda boleh menjumpai barangan buatan negara China di hampir setiap negara di seluruh dunia. Komputer yang anda sedang gunakan untuk membaca laman web ini juga besar kemungkinan mengandungi barangan buatan negara China.

Negara China kini sudah mengambil tempat pertama sebagai pusat kegiatan ekonomi dunia, dan anda sepatutnya bersedia untuk mengambil peluang daripada perubahan ini. Perubahan baru ekonomi di negara China seperti permulaan bursa saham negara China, peningkatan pelaburan luar ke negara China dan usaha berterusan daripada usahawan-usahawan mereka, membawa maksud yang ekonomi di negara China akan semakin berkembang dan meningkat dengan lebih pesat berbanding sebelum ini.

Kuasa penghasilan barangan popular oleh negara China diakui oleh kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat berdasarkan jumlah import mencapai berbillion Dollar Amerika yang telah dilakukan oleh mereka terhadap barangan yang dihasilkan di negara China berdasarkan laporan import negara Amerika Syarikat dari tahun 2000 sehingga tahun 2009.

Pada tahun 2013, jumlah import barangan daripada negara China ke Amerika Syarikat telah melebihi jumlah barangan Amerika Syarikat yang dieksport ke negara China. Ini menunjukkan betapa popularnya barangan negara China di Amerika Syarikat.
 
Selain itu, negara China juga merupakan di antara rakan dagang paling besar untuk negara kita Malaysia. Ini menunjukkan betapa popularnya barangan buatan negara China di pasaran negara kita.

[+] Langkah Demi Langkah Import Barangan Dari China

Sebab-Sebab Anda Perlu Import Barang Dari China

Ini saya senaraikan beberapa sebab utama anda perlu mengimport barangan dari china :

Kos pembuatan yang murah

Kilang-kilang di negara China menghasilkan pelbagai jenis produk dan pada kebiasaannya harganya adalah jauh lebih murah berbanding negara lain di dunia.

Polisi pintu terbuka negara China

Pembekal dari negara China semakin menuju ke arah aktiviti mengeksport barangan mereka ke pasaran luar dan semakin meningkatkan aktiviti pemasaran kepada pelanggan luar negara.

cara import barangan dari china

    

Perkhidmatan Dropshipping

Ramai pembekal negara China yang memberikan perkhidmatan Dropshipping untuk pelanggan mereka.
    
Mudah berurusniaga

Walaupun terdapat perbezaan bahasa, terdapat cara untuk mengurangkan masalah ini apabila anda melakukan urusniaga dengan mereka seperti yang ditunjukkan dalam Panduan Import Barang Dari China.
Jangan takut, walaupun anda belum pernah ke negara China, penduduknya tidak akan menyingkirkan anda walaupun anda masih baru kepada negara mereka. Mereka akan membantu anda dengan sebaik mungkin.
Ramai yang beranggapan mengimport dari negara luar amat sukar sebelum ini. Membeli secara terus daripada negara China adalah mustahil sebelum ini. Ada yang beranggapan kini sudah semakin ramai orang yang membuat keuntungan dengan menjual barangan buatan negara China.

Tetapi sebenarnya silap bahawa peluang masih terbuka untuk peniaga-peniaga kecil seperti anda yang ingin berjinak-jinak menjual barang dari china. Jangan mudah mengalah. Apa yang anda perlu lakukan adalah cari ilmu terlebih dahulu sebelum anda mengimport barangan dari china. Pendek kata ilmu mengimport barang dari china tu sangat penting.


Sekian dari saya, rujukan lengkap : Panduan Mengimport Barangan Dari China


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
April 16, 2015 7:39 AM delete

Sekarang semua barang dari china.. Haritu ada order kat megamallcity.com tak silap. Rupanya dari hongkong. Hehe

Reply
avatar
April 21, 2015 1:03 AM delete

Ye sebab negara China memang femes degan barang-barangnya, banyak barang yang masuk Malaysia adalah dari china..

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia